Bahagian 20

15.7K 711 21
                                    

Dua jam. Betul, memang dua jam dah aku duduk di ruang tamu. Dengan televisyen terbuka tanpa aku tengok. Kipas di ruang makan terpasang.

Dan apa yang lagi penting, aku langsung tak berani nak jejak kaki ke atas lagi.

Semua ni macam tak masuk akal! Sangat. Boleh percaya ke yang Eimad, dia bahasakan dirinya abang kepada aku?

Boleh percaya ke?

Ish, semakin aku fikir semakin kusut pula kepala otak ni! Dahlah aku nak final exam. Apa yang meletak kat kepala sekarang bukan segala mak nenek nota kuliah tapi ayat Eimad tadi.

Ya Allah, kelirunya!

"Siap cepat."

Automatik aku berdiri tengah ruang keluarga. Suara Eimad. Ya, memang suara dia. Bersiap ke mana?

Perlahan-lahan aku pusing badan ke belakang. Nampak Eimad sedang betulkan kolar kemeja. Kenapa nampak segak semacam je ni?

"Awak nak ajak saya ke mana? Bersiap?" sedaya upaya aku tutur soalan. Tutup rasa gugup.

"Fir tak payah masak tengah hari ni, abang bawa makan Fir keluar. Jalan-jalan. Nanti kita makan di restoran yang abang selalu makan. Naik cepat, bersiap."

Dengar sahaja ayat akhir Eimad, laju kaki memasang langkah. Penuh berhati-hati aku melangkah belakang Eimad.

Dan, dan dia sengaja halang aku berjalan. Terkial-kial aku tahan langkah daripada tersalah jejak.

"Tunggu." Halus je suara Eimad kedengaran. Seolah-olah merayu untuk aku berhenti melangkah dan menumpukan perhatian kepada dia.

Masalahnya aku tak boleh nak patuh saat ini. Dengan gelabahnya terus aku panjangkan langkah dan tinggalkan Eimad di tangga.

Argh... biarlah! Gugup datang balik bila dengar dia bersuara apatah lagi pandang muka dia. Ini yang buat aku lemah ni!

Lolos saja ke dalam bilik, terus aku kunci pintu. Dada macam nak pecah.

Macam mana aku nak kawal gelabah biawak ni?

Ayah Jin tak ada pula. Kalau Ayah Jin ada, mesti aku rasa selamat. Kenapa sekarang rasa nyawa bagai telur di hujung tanduk kerbau je ni?

"Fir!" ketukan bertalu-talu di muka pintu. Perasan tombol dipulas berkali-kali.

Cepat-cepat aku terjah masuk ke bilik mandi. Buka paip di singki. Tolak separuh pintu bilik mandi itu.

Aku mengundur beberapa langkah.

"Kenapa?" jeritku dari dalam ruang bilik mandi. Seolah-olahnya aku sedang mandi sekarang.

"Tak, tak ada apa. Abang ingat Fr tak sihat tadi. Abang panaskan enjin kereta dulu, sekejap lagi abang naik ke bilik semula."

"Eh, eh..."

Kedengaran Eimad menuruni anak tangga. Senyap sunyi luar bilik. Kenapa dia nak naik ke bilik semula?

Aduh, ni yang nak mandi kerbau je ni! Lebih baik aku siap awal, turun ke bawah terus sebelum Eimad naik ke bilik semula.

Tak sampai sepuluh minit aku dah siap sarung shawl. Penuh berhati-hati aku jejak ke pintu bilik. Baru nak pulas tombol, sudah ada suara Eimad kedengaran dari balik pintu.

"Lama lagi?"

Aku teguk liur. Dah lama ke dia tunggu? Kenapa aku tak dengar sesiapa berjalan di luar bilik selepas mandi tadi?

Terus aku buka pintu. Dan saat itu jugalah mata ni tertangkap dengan pandangan Eimad. Tak berkelip. Sama dengan dia yang berdiri tegak di hadapan.

"Saya dah siap," suaraku mahu menyedarkan lamunan Eimad.

Tak tahulah apa yang dia pandang dan renung dari tadi. Jangan kata aku kena tukar blaus ke apa. Ini saja pakaian yang aku ada. Selebihnya aku tinggalkan di hostel.

"Jom." Eimad senyum. Masalahnya bukan senyuman je dia hulur, dengan telapak tangan sekali dihulur ke arahku.

Terjongket kening. Belum pernah Eimad buat macam ni lagi.

"Jomlah," terus aku melangkah. Tapi tak sampai beberapa langkah sebelum tangan kanan diraih ke dalam genggaman Eimad.

Erk. Terhenti aku melangkah. Eimad tak endahkan reaksi mengejut aku, selamba dia melangkah ke arah tangga. Mahu tak mahu, aku perlu turuti. Kalaulah tangan ni boleh pakai buang, memang aku bagi Eimad tangan ni saja.

Dan, kenapa rasa ada aura lain yang meresap ke dalam tubuh aku saat ni? Kenapa rasa ada rerama berterbangan di dalam hati dan perasaan sekarang?

Apa yang Eimad dah buat?

"Seronok kan? Tak selalunya kita dapat luangkan masa macam sekarang." Eimad bersuara tatkala kami tiba di hadapan keretanya.

"Tak suka ke?" soalnya pula.

Terus aku nafikan tak fikir apa. Ya, aku suka tapi semua ini terlalu drastik. Boleh tak kalau aku minta Eimad jadi Eimad yang mula-mula aku kenal dulu?

Eimad yang langsung tak pernah cakna tentang aku. Eimad yang selalu dingin dengan cara aku. Eimad yang...

Bunyi hon mengejutkan lamunanku. Eh, kenapa aku tercongok di bawah matahari? Eimad dah masuk kereta!

Aku, aku... aku ni dah kenapa? Cepat-cepat aku masuk ke dalam badan kereta.

Tak berani jeling ataupun curi pandang Eimad di sebelah. Kalau tengok je muka dia, melayang jauh anganan aku. Kalau boleh, dengan tubuh aku juga melayang ke awan biru.

Jadi, inilah perasaan orang dilamun cinta? Betul ke aku dan Eimad sedang bercinta sekarang?

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now