Bahagian 28

14.2K 607 16
                                    

Ya, memang dia yang berdiri di depan aku. Tak salah lagi. Atas bawah dia pandang aku sambil memeluk tubuh.

Selesai meletak dulang terus aku melangkah ke arah ruang dalam semula. Sapaan Kak Izara aku tak endahkan. Menonong aku tinggalkan dia.

Rasa seperti dia langsung tak mengekori di belakang. Aku cuba menoleh seketika. Ya, susuk tubuh Kak Izara tidak lagi kelihatan.

Mungkin bayangan aku sahaja tadi. Lagipun, apa pula kaitan Kak Izara dengan Nazmi. Mereka bukan kenalan rapat. Mustahil Kak Izara muncul di majlis yang tiada kaitan dengannya.

Menyedari Nazmi ada di ruang tamu. Segera aku melangkah ke arah mama. Perihal hadiah buat aku mahu selesaikan semuanya sekarang juga. Tak mahu tertunggu.

Sapaan mama sekadar aku balas dengan senyuman. Mata berlari ke arah kotak hadiah yang elok terletak di atas kerusi kosong bersebelahan mama.

"Tadi Eimad cari Fir. Tapi, mama tak perasan dia menghilang ke mana. Fir cuba cari di belakang. Mana tahu Eimad ada di sana," runsing wajah mama.

"Nanti Fir cari Abang Eimad, mama jangan risau." Aku cuba tenangkan mama.

"Mama tak risau apa. Takut kamu ke hulu, ke hilir tak jumpa satu sama lain je." Mama gelak.

Aku senyum nipis menutup rasa yang berdebar-debar ini. Berpaling sahaja ke arah di mana aku terlihat Nazim tadi, sudah muncul tuan empunya badannya di hadapan aku sekarang.

Aku menapak ke arah Nazim. Harapnya selesai sahaja aku berikan hadiah ini kepada dia, aku dah tak nak ada apa-apa perasaan lagi terhadap Nazim.

"Fir!" sapanya ceria. Ya, senyuman yang pernah buat aku tak tidur sepanjang malam kali pertama aku bertemu dengan Nazim.

Baru nak balas sapaan Nazim, mataku laju menangkap jari-jemari yang memaut lengan Nazim dari sebelah kirinya. Dan, waktu itu jugalah suara mama jelas kedengaran menyapa empunya diri.

"Zim, dah lama kenal dengan sepupu Zara ke?" Kak Izara elok memeluk lengan lelaki tersebut tanpa rasa segan dan malu.

Apa yang Kak Izara rancangkan sekarang?

"Oh, Zara lupalah! Bukan lepas Zara tinggalkan Eimad dulu, semua orang dah kenal dengan Firzah ni." Kak Izara senyum. Tapi, senyumannya padaku penuh jelik dan rasa tak puas hati.

Janganlah Kak Izara sengaja nak timbulkan isu lain di majlis Nazim pula!

"Oh, hadiah?"

Tak sempat aku nak kata apa, Kak Izara dah rampas kotak hadiah itu dari pegangan aku.

"Untuk siapa?" soal Kak Izara. Lebih kepada perlian bagiku.

"Mestilah untuk Zim." Nazim cuba capai daripada Kak Izara, tapi dia pula bawa jauh supaya tak terlepas ke tangan lelaki itu.

"Sekejap! Sekejap, Zara nak hadam situasi ni sekejap."

Melihat gaya Kak Izara, aku pasti apa yang dirasakan akan berjalan lancar dari awal tadi sudah bertemu ranjau yang muncul tanpa amaran.

"Fir dah kahwin dengan lelaki yang pernah Zara cinta dahulu, sekarang masih lagi mengharap perhatian daripada lelaki yang baru Zara cintai?" Kak Izara merenung tepat ke wajahku.

"Apa yang Kak Izara cakap ni?" tebakku tegas.

Kak Izara menahan gelak. Dia hulur kotak hadiah kepada Nazim sebelum tangannya meragut kemas lengan aku pula.

"Aku akan jelaskan. Jelaskan apa yang kau dah lupa!" Kak Izara berbisik tetapi bisikan cukup tajam, penuh dengan dendam.

Ditolak tubuhku. Nazim tak bersuara apa. Sepertinya perbualan kami ini sekadar perkara biasa apatah lagi Kak Izara sangat bijak bertindak. Dia beransur dengan Nazim. Menghilang di dalam keramaian tetamu yang hadir.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now