Bahagian 31

15.4K 596 12
                                    

notakepala; maaf kalau ada terkurang di mana-mana.

Hari ini kertas peperiksaan terakhir. Eimad kata, dia akan datang jemput aku petang nanti. Dan segala pakaian yang masih berbaki di bilik hostel, aku dah kemas siap-siap sebelum keluar ke dewan peperiksaan awal pagi tadi.

Lima minit lagi kertas peperiksaan akan diserahkan kepada pensyarah bertugas. Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan baik. Harap keputusan nanti tak mengecewakan.

Menapak keluar dari dewan, Eiya terus menerpa ke arahku. Dari seberang jalan, jelas kelihatan Ubai melambai mesra ke arah kami.

"Fir, abang sepupu kau eh yang jemput kau balik nanti?" soal Eiya apabila kami berjalan ke arah Ubai.

"Kenapa?" pelik pula dengan soalan Eiya.

"Ala... Aku suka tengoklah sepupu kau tu. Kalau dia masih single and available. Tak ada couple dengan sesiapa lagi, kau kenalkanlah aku dengan dia. Mana tahu aku naik pelamin dahulu daripada kau." Eiya dah mula aksi kucing siam. Mengada-ngada!

"Dia tak single dan tak available," balasku bersahaja.

"Eh, jangan-jangan kau ye yang suka sepupu kau tu?" tebak Eiya.

"Amboi! Rancak berbual. Tak ajakpun aku!" Ubai menegur.

Aku memang malas nak komen apa pasal Eimad di depan mereka berdua. Hari tu, waktu Eimad hantarkan aku kolej dua minggu lepas. Memang Ubai dah siap bergosip di dalam grup kuliah.

Nak je cakap yang aku dengan Eimad, dah berkahwin. Kami suami isteri tapi Eimad kata, biarlah dia yang jelaskan kalau perkara dah jadi semakin tak terkawal.

Saat ini, semuanya masih terkawal pada aku.

"Aku suruh Fir kirim salam kepada sepupu hot dia, kau sibuk kenapa?"

"Eh, eh...sepupu tu kekasih Fir lah! Kau ni Eiya, aku yang depan mata nipun kau tak nampak!"

Ish, mula dah tu! Ni yang aku malas nak layan.

Sebab pergaduhan mulut Eiya dengan Ubai ni semakin menjadi-jadi. Terus aku tinggalkan mereka berdua.

Lalu sahaja laluan ke arah pekarangan hostel. Suara garau menyapa namaku.

Berpusing aku ke belakang mencari gerangan siapa yang menegur aku tadi.

"Nazim?"

Okey, kenapa Nazim yang muncul dan bukan Eimad?

"Fir apa khabar?"

Eh, kenapa formal sangat soalan Nazim ni?

"Kenapa kau ada kat sini? Ada apa-apa ke?" Aku cuba mulakan sesi perbualan sebaik mungkin. Walaupun aku cukup terkesan dengan lakonan Nazim pada malam majlis di kediamannya dahulu. Selepas peristiwa tu langsung aku tak ambil tahu pasal Kak Izara. Dan memang tak pernah kami bertemu lagi. 

"Aku datang nak jelaskan apa yang sepatutnya aku jelaskan kepada kau dahulu. Kau ada masa, Fir? Tak lama. Sekejap. Mungkin dalam dua, tiga minit." Nazim tilik jam tangannya seketika.

Memikirkan kesungguhan pada riak wajah Nazim. Aku angguk tanda setuju.

Wakaf yang berhampiran laluan pejalan kaki menjadi tempat pilihan. Nazim masih berura-ura mahu meneruskan kata-katanya.

"Hal apa yang kau nak jelaskan?" dugaku. Cuba menarik tumpuan Nazim supaya tak melengahkan masa lagi.

"Fir, aku dah buat keputusan. Aku akan bernikah dengan Zara bulan depan."

Aku pandang Nazim lama. Terpinga-pinga apabila dengar ayatnya itu.

"Kenapa? Kau tahu kan yang dia... Nazim, kenapa buat macam ni?" Aku jadi buntu pula. Apa sebab Nazim buat keputusan macam ni?

"Aku tak nak dia sakiti kau lagi, Fir. Kau mesti pernah dengar ayat ni. Bahagia tu tak bermakna kita memiliki apa yang kita suka." Nazim balas pandanganku.

"Bukan dengan cara ni Nazim. Kau tak perlu..."

"Aku dah tekad dengan keputusan aku, Fir. Zara perlukan bimbingan. Bukan cemuhan. Dia dah hanyut dengan dunia nafsu dia sendiri..."

"Jadi kau nak jadi hero? Nazim, kau tak pernah terfikir nak raih bahagia kau sendiri?" Aku mencelah, sama seperti Nazim mencelah ayat aku tadi.

"Kau dah bahagia."

Jawapan pendek Nazim buat aku terdiam.

"Kau pernah jadi kebahagian aku dahulu, Fir. Dan sekarang, aku nampak kau cukup bahagia dengan Eimad. Jadi, aku dah capai kebahagian jika kau dah bahagia seperti sekarang." Nazim senyum walaupun aku nampak senyumannya menutup beribu satu perasaan yang lain.

"Aku akan bimbing Zara. Lagipun, aku ni tak adalah baik mana. Mustahil aku nak dapat jodoh yang baik sedangkan akupun hidup tunggang-langgang macam ni," sambung Nazim lagi.

"Akupun tak baik juga tapi Allah temukan aku dengan Eimad. Sebab jodoh tu cermin kepada diri kita sendiri. Selepas aku kenal dengan Eimad sebetul-betulnya, terbit rasa yang aku nak jadi isteri yang terbaik buat dia." Aku pandang Nazim.

"Ya, itulah yang aku maksudkan." Nazim angguk.

"Kau pasti dengan semua ni?" dugaku.

"Aku yakin dengan jalan hidup yang Allah dah tentukan untuk aku. Akupun nak minta maaf kenapa aku tak jujur dengan kau, malam tu."

"Kau tak buat apa yang salah, dan aku dah lupakan. Sebenarnya, aku sedang cuba untuk lupakan," jujurku.

"Aku buat begitu supaya Zara tak cederakan kau lebih lagi. Aku tak sangka yang dia sanggup buat macam tu kepada kau. Cukup tak sangka."

"Dia dah lama hanyut dengan dendam. Kak Izara patut dapat satu lagu peluang. Dia boleh jadi seorang yang lebih baik daripada sebelum ni."

"Jangan risau, Fir. Aku akan bimbing dia. Aku tahu kau masih sayangkan Zara. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan kau bahagia tanpa kehadiran Zara lagi." Nazim bangkit dari duduk.

Tak sempat aku nak bersuara lagi, dia sudah menapak ke keretanya. Nazim, aku tak tahu apa yang bermain di fikiran kau waktu sekarang ini. Tapi, doa aku selalu ada untuk kau dan juga Kak Izara.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now