Bahagian 32

13.9K 591 12
                                    


Lama Eimad merenung aku. Ya, dari waktu aku turunkan barang ke tingkat bawah, dia masih menyandar tubuh pada badan kereta dan merenung aku semacam.

"Dah, semua barang saya dah turunkan." Aku tepuk bekas kotoran pada telapak tangan.

Nampak yang Eimad belum berganjak dari kedudukannya seawal tadi.

"Abang tak nak tumpangkan saya balik ke? Saya boleh call teksi ke..." tak sempat nak tengok skrin, Eimad dah rampas telefon pada pegangan aku.

"Abang nak pandang kesayangan abang ni sekejap. Nak cari kalau ada-ada luka kat mana-mana ke, kecederaan ke, parut ke..."

Eh, eh, Eimad belek depan belakang badan aku. Berpusing pula aku apabila mengikut kehendak dia.

"Tak ada luka, tak ada cedera, tak ada parut, cuma lapar je sebab lepas jawab paper tadi saya tak makan lagi," jelasku bersungguh-sungguh.

Eimad ni, kalau buat benda tak malukan aku. Tak sah agaknya! Dahlah Eiya duduk menilik dari wakaf berhampiran.

Oh,ye...teringat pula pesanan Eiya tadi!

"Abang, kawan kirim salam. Kata yang abang ni hot," bisikku perlahan.

Dan, dan pula Eimad betulkan kolar kemeja. Butang kemeja. Lipatan hujung lengan. Mengada!

"Nak tahu hot ke tak hot, Fir kena cuba dulu."

Erk. Tertelan kesat liur.

"Dah lupa apa soalan abang yang lepas?" elok pula Eimad tahan pintu kereta apabila aku cuba tutup. .

Dan, dan pula dia soal aku dengan soalan yang setahu aku tak pernah pula aku ingat. Dipulangkan semula telefon kepadaku.

"Soalan apa?"

Kali ini Eimad balas soalan aku dengan senyuman senget.

Ish, soalan yang mana? Dia tutup kemas pintu penumpang hadapan lalu diloloskan tubuh masuk ke kerusi pemandu.

"Fir kan dah merdeka. Kita sambut merdeka malam nanti, nak?"

Eh. Erk. Okey, dah ingat. Aku dah ingat. Ish, gatal!

Kenapalah Eimad tak lupa soalan tu? Dan kenapalah aku lambat terfikir maksud senyuman Eimad tadi?

"Mengadalah abang ni!" sebab geram dengan senyuman yang tak pernah nak hilang dari bibir Eimad, laju je jari aku cubit lengan, pinggang, bahu Eimad!

Geram!

"Sakitlah sayang! Sabar. Malam sambutan merdeka nanti sayang cubitlah dada ke, perut abang ke, pipi abang ke sepuas hati sayang!"

Cepat-cepat aku turunkan cermin tingkap. Tekap kedua belah telapak tangan pada telinga yang beralas tudung. Sambil menyanyi ke arah luar tingkap. Tak nak dengar apa yang Eimad sedang katakan sekarang.

Tak nak!

Eimad ni, sengajalah!

Separuh perjalanan, baru tersedar yang Eimad bawa aku lalu jalan lain. Bukan terus pulang ke rumahnya tetapi ke lebuhraya.

"Abang, kita nak ke mana?" Aku toleh ke arah Eimad yang sedang memandu.

"Balik rumah ayah sekejap. Abang baru teringat mesej ayah semalam."

"Ayah mesej apa?" soalku.

Ya, sangat pelik sebab Ayah Jin langsung tak mesej aku apa-apa sepanjang aku menjalani peperisaan akhir. Kalau Eimad sahaja yang dapat mesej, maknanya perkara mustahak.

"Ayah tak sihat ke?" dugaku pula.

"Fir rehatlah, tidur. Mesti penatkan. Sekejap lagi abang gerak kalau lewat, kita berhenti di mana-mana perhentian. Kita solat, makan tengah hari." Eimad balas pandanganku dengan senyuman. Langsung tak ada garis kerisauan pada wajahnya.

Ya, mungkin aku tak perlu risaukan apa-apa. Habis melayan mata, aku terlelap tanpa memikirkan sebab kenapa perlu ke rumah Ayah Jin.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now