Bahagian 25

14.9K 656 18
                                    

Eimad ni nak kata dia marah, macam bukan marah. Nak kata merajuk, macam bukan juga. Senang sangat emosinya berubah-ubah.

Hhmmm...

Kadang-kadang aku tak tahu nak buat reaksi macam mana setiap kali mood dia berubah-ubah. Tapi, tengok pada gaya tak nampak macam orang merajuk. Tak puas hati agaknya. Yalah, Nazim tu dah lama aku suka. Sebelum tahu Kak Izara nak bertunang dengan Eimad lagi.

Ayah Jin pun tahu. Dan rancangannya, lepas Kak Izara dan Eimad kahwin. Ayah Jin nak tunangkan aku dengan Nizam.

Tapi, tak sampailah pula hajat yang itu. Mungkin hanya di pihak aku saja. Pihak Nazim mungkin dah ada pilihan lain. Lebih-lebih lagi aku cuma suka dia dalam diam.

"Esok, Fir nak balik kolej dengan siapa?"

Beralih tumpuanku ke arah Eimad yang segak bergaya. Bukan awal lagi ke nak bersiap untuk ke jamuan Nazim? Aku pun belum mandi apa lagi. Maghrib pun belum lagi. Kata majlis pukul sembilan nanti.

"Saya tak mesej Eiya lagi."

"Tak payahlah susahkan Eiya. Abang hantarkan."

Aku pandang Eimad. Pandang dengan perasaan tak percaya. Sungguh, tak percaya!

Kalau dulu, Eimad tak pernahpun ambil tahu perihal kolej, kuliah, cuti semester, exam. Kali ini, apabila dia kata dia nak hantarkan aku balik ke kolej. Rasa macam bulan gugur dari langit.

"Tak sudi? Tak apa." Eimad mula melangkah dari sofa mini yang sedang aku duduk berehat.

"Eh, siapa kata tak sudi? Boleh je."

Eimad tak paling ke arah aku tapi nampak dia perlahankan tempo langkahan.

"Kalau boleh, abang nak dengar sekali lagi Fir panggil abang dengan panggilan abang. Boleh?"

Eimad di muka pintu aku pandang lama. Betul ke apa aku dengar tadi. Ish, kenapa nak kena minta pula? Yang akupun sama dah elok Eimad bahasakan dia abang, masih juga nak awak-saya dengan Eimad.

"Kalau yang tu pun tak sudi, tak apalah."

"Eh, sekejap! Tunggu!" Melompat aku turun dari sofa mini. Berlari ke arah Eimad yang berura-ura mahu melangkah keluar.

Dapat sahaja capai lengan Eimad, terus aku bawa tubuhnya berpaling mengadap aku. Elok pula dia turuti, tak adalah menonong sahaja meninggalkan aku.

"Er..."

Alamak, ni yang lemah ni! Tadi, semangat berkobar-kobar. Sekarang apabila berhadapan je dengan tuan empunya badan. Terus hilang segala kosa kata, suku kata, abjad, imbuhan di kepala.

"Tadi, waktu asar saya tak sempat nak solat dengan..." Aku telan liur dulu. Entahlah kenapa nak perkataan abang tu susah sangat nak aku sebut. Dah macam kena sumpahan.

"Abang jadi imam saya solat maghrib nanti?"

Fuh... terlepas juga perkataan abang tu dari bibir aku!

Masalahnya, Eimad langsung tak ada respons apa dengan ayat aku itu.

"Awak tak sudi ke?" soalku pula.

"Aik, tak akan yang tadi je panggil abang?"

"Awak kata sekali je."

Eimad terkebil-kebil pandang aku. Betullah apa yang dia minta tadi. Sekali. Bukan dua kali, tiga kali.

"Abang tak nak sekali. Abang nak berkali-kali panggilan abang tu Fir sebut. Infiniti. Sampai hujung nyawa abang nanti."

Perasaan apa ni? Kenapa aku rasa sesuatu yang cukup susah untuk aku jelaskan sekarang? Sesuatu rasa yang hanya hadir bukan setiap ketika.

Mendengar ayat Eimad itu, aku tak boleh gambarkan apa yang hati dan perasaan aku lalui sekarang.

"Boleh?"

Sayup kedengaran suara Eimad. Dan aku langsung tak berhenti mengangguk mengeyakan permintaannya itu.

"Selamanya," balasku perlahan.

Oh, inikah cinta? Kenapa Eimad nampak terlalu indah di mata aku dengan senyuman di hujung bibirnya? Jadi, aku dah jatuh cinta! Tak salah lagi.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now