Bahagian 06

16.8K 749 27
                                    

Eimad jeling-jeling aku sambil memandu. Entah apa benda lagi akan jadi bahan usikan dia. Sudahlah tadi dikatanya tangan aku ini kontot. Kontot-kontot pun, tangan inilah yang sediakan sarapan, makan tengah hari, dan malam untuk dia walaupun hanya tolong hidangkan sahaja. Selama tinggal dengan Eimad, dia selalu beli makanan luar. Tidak pernah minta aku masak. Takut dapur terbakar agaknya.

"Muka cemberut kenapa? Tak puas hati ke aku ajak joging. Come on lah, kita kena jaga kesihatan. Nanti jatuh sakit, siapa yang susah? Aku juga yang susah. Susah nak jawab dengan Ayah Jin nanti."

Aku diam. Dia sudah mula membebel. Tiada satu apa pun yang aku tidak puas hati. Cuma tak suka dia jeling-jeling. Rasa macam nak cucuk dengan jari je matanya itu.

"Siapa kata tak suka? Saya okey je." Aku peluk tubuh.

"Aku cuma ingatkan sahaja. Kau tu perempuan, kena jaga badan. Nanti kalau suami lari cari yang lain, siapa yang susah?"

Aik, ke situ pula jadinya. Aku palingkan wajah. Tidak mahu balas soalan yang sengaja mahu bangkitkan rasa amarah aku. Sekejap, kenapa aku nak marah? Biarlah dia cari perempuan lain. Aku rasa perkahwinan kami ini tak akan bertahan lama.

"Kenapa kahwin dengan saya kalau dah tahu saya ni malas nak jaga badan?"

Eimad diam sahaja. Mungkin disebabkan aku soal tanpa pandang dia, pasti tidak dengar begitu jelas apa yang aku katakan.

"Dah jodoh."

Senang je dia jawab. Bukan aku tidak tahu macam mana reaksi dia malam pernikahan dahulu. Rasa mahu telan aku sahaja. Mujurlah katil besar, bolehlah aku menempel tidur di hujung katil. Kalau tidak, ada yang kena tidur di lantai jawabnya.

"Ni nak marah-marah kenapa? Tak suka ke aku kacau kau study? Eleh, topik tu kacang jelah. Apa yang susah?"

Eii... kalau cakap tak sakitkan hati aku, tak sah agaknya!

Aku diamkan diri. Buat apa berbalah tentang perkara yang tidak mendatangkan faedah.

"Lepas joging saya nak balik rumah terus. Ada lapan lagi topik saya tak ulangkaji."

Eimad angguk. Entah betul ke tidak. Jangan dia menyimpang ke tempat lain sudahlah. Lagipun, kami mana pernah keluar berdua selepas jadi suami isteri ini. Kalau keluar pun, keluar untuk isikan perut. Hujung minggu mesti Eimad tiada di rumah. Sibuk memanjang jumpa klien katanya.

"Firzah."

Nama penuh aku terzahir di bibirnya. Aku pandang Eimad. Ada hal apa lagi?

"Semalam, aku ada buat apa-apa tak dengan kau? Tanya apa-apa ke?"

Berkerut dahiku. Semalam, dia ada buat apa? Tanya apa? Yang mana satu? Rasanya ada banyak benda dia buat. Hurm...

"Tak ingat." Aku beri jawapan selamat.

"Oh, okey."

Apabila dia diam kembali. Ligat otak aku mengingat. Dia nak sentuh perihal yang mana, di dalam bilik ke atau di anak tangga? Ada banyak perkara yang dia buat tanpa sedar. Lebih-lebih lagi soalan yang berkaitan dengan peperiksaan akhir semester.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now