Bahagian 11

15.8K 734 23
                                    


“Jemput minum ayah.”

Ayah Jin angguk. Kak Laila capai satu cawan berisi air teh kosong lalu dihulur kepada Ayah Jin.

Sunyi sahaja suasana. Seperti tiada apa yang menarik untuk dijadikan topik perbualan.

“Fir dah lama balik ke sini?”

Aku pandang Ayah Jin. "Dah tiga hari, minggu depan nak final exam dah.”

Ayah Jin angguk sambul disua cawan ke bibirnya.

“Nanti kalau ayah nak bermalam di rumah along, ayah call dahulu takut along busy tak ada kat rumah.”

“Tak apalah, ayah nak tengokkan budak berdua ni. Rumah along bila-bila ayah boleh pergi. Tak payah risau mana.”

Aku diam. Yang ini buat aku risau. Selepas akad nikah dahulu, Ayah Jin memang banyak berdiam diri. Nak kata tak suka aku berkahwin dengan Eimad pun aku tidak pasti, tetapi memang daripada air wajahnya aku tahu Ayah Jin seperti menyimpan sesuatu daripada pengetahuan aku.

“Lama dah ke Eimad ke office dia?”

Aku mengeyakan soalan Ayah Jin.

“Fir, along minta diri dahulu. Nanti apa-apa hal call along ye?”

Aku alih pandangan ke arah Kak Laila. Dia letak cawan yang berbaki suku airnya di atas dulang terlebih dahulu. Lalu dicapai tas tangan di sebelah sofa sebelum menyalam tangan Ayah Jin.

Aku berdiri, mengekorinya ke pintu rumah.

“Fir jaga makan ayah ye, ayah tak boleh makan pedas sangat. Garam pun jangan lebih.”

Aku pandang kak Laila.“Okey along.”

Kak Laila senyum.“Jaga diri.”

Aku hantar pemergian kak Laila dengan pandangan.

Ayah Jin berdeham di ruang tamu. Ligat aku menyusun langkah kembali ke ruang dalam semula. Perlahan-lahan aku menapak. Tidak berani hendak melawan pandangan mata Ayah Jin.

“Fir bahagia tak dengan anak angkat ayah tu?”

Aku yang tertunduk hanya angguk perlahan.

“Ada dia buat kamu sakit hati?”

Cepat-cepat aku geleng.

“Tak ada, Abang Eimad baik dengan Fir.”

Ayah Jin diam. Disebabkan tiada lagi soalan daripada bibirnya, barulah aku berani dongak wajah.

“Ayah nak rehat.”Ayah Jin beransur bangun.

“Fir tunjukkan bilik.” Aku papah langkah Ayah Jin.

Sampai di hadapan bilik, Ayah Jin berpesan supaya beritahu dia jika Eimad sudah balik ke rumah. Aku tutup perlahan pintu bilik tetamu yang Ayah Jin masuk.

Nafas lega dihela. Mujurlah tiada soalan lain yang Ayah Jin tanyakan. Sudah kebiasaan untuk Ayah Jin membahasakan dirinya sebagai ayah kepada aku. Dan yang lagi bagus sebab Ayah Jin langsung tak bercerita perihal mak ngah kepadaku. Aku cukup yakin mak ngah langsung tidak suka dengan aku selepas apa yang telah terjadi.

Bilik Eimad dituju. Melihat betapa serabutnya bilik dia sekarang, aku sudah hilang mood untuk mengulangkaji pelajaran. Baju yang berselerak di atas lantai bilik, aku kutip satu persatu lalu disusun di atas bagasi yang terlentang di sebelah meja cermin.

Buku-buku yang bertaburan di atas katil turut aku susun di atas meja cermin pula. Melihat biasan wajahku pada cermin buat aku mengeluh perlahan. 

Daripada aku buang masa memikirkan nasib diri, ada baiknya aku turun ke dapur. Cari bahan masakan untuk makan tengah hari nanti. Jadi, bermulalah rutin harian yang sepatutnya aku jalani sebelum ini. Suri rumah buat Eimad.

****

Usai solat zuhur tadi, aku duduk termenung di bucu katil. Sedang elok melayan perasaan sendiri, kedengaran pintu bilik dikuak perlahan. Kelabut aku bangun dan betulkan badan.

Eimad masuk. Dia pandang aku terlebih dahulu sebelum matanya merayap memerhati sekeliling. Kemudian, dia menapak ke sebelah almari pakaian sebelum kemejanya dilorotkan dari tubuh.

“Ayah Jin mana?”soalnya tanpa memalingkan wajah.

“Ada, rehat di bilik sebelah."

Eimad toleh memandang aku. Melihat dia yang hanya menyarung singlet putih nipis, terteguk liur. Terkelip-kelip mata apabila menyedari Eimad tidak bersuara apa.

“Dah masak?” soalnya sambil mendekati katil di mana aku berada.

Aku balas dengan anggukan.

“Kau masak apa?"

Berkerut dahiku cuba ingat apa yang aku dah masak tadi. Semuanya pasal singlet putih nipis Eimad, aku jadi lupa!

“Erm...”

“Aik, tak akan nampak aku seksi sikit dah lupa masak apa?”

Tersentak.

“Ni kalau study kat dalam bilik ni, mahu lupa apa nanti kalau nak jawab exam," sambung Eimad sambil dibetulkan kedudukan singlet pada tubuhnya.

Kali ini senyuman mengejek Eimad melintas di mataku. Cukup jelas kelihatan.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now