Bahagian 36

15.4K 580 11
                                    

Pulang dari rumah Ayah Jin, kami menerima berita tentang keadaan Kak Izara. Dia dah mula sedarkan diri. Ada perubahan positif.

Selama hampir sebulan Kak Izara dirawat di hospital, aku banyak bertanya khabar tentangnya melalui Ayah Jin.

Eimad minta aku beri ruang dan masa untuk Kak Izara. Dan lebihkan masa kepadanya sementara aku menunggu keputusan peperiksaan.

Kembali sahaja ke rumah Eimad kali ini. Ada banyak perbezaan. Lebih-lebih lagi aku dah belajar banyak tentang dirinya dahulu.

Jadi, segala apa tentang selera Eimad aku dah mahir. Lebih-lebih lagi aku selalu dapat talian hayat daripada mama kalau aku tak tahu apa lagi makanan kesukaan Eimad.

Sebelum sempat menapak ke dapur, aku tilik jam pada dinding. Lagi setengah jam sebelum Eimad sampai ke rumah. Lauk makan malam aku dah sediakan awal. Tinggal bancuhan air sahaja.

Sedang ralit mengacau gula di dalam jag, terasa ada sentuhan lembut singgah pada bahuku. Tak lama sebelum tangannya menjalar membalut bahagian pinggang pula.

"Abang," seruku perlahan.

Elok pula dia menongkat dagu di bahuku.

"Awal balik? Nasib saya dah siapkan lauk. Abang dah lapar? Naiklah bilik, mandi. Kita makan malam lepas tu."

Eimad tak bersuara apa, cuma semakin galak pula dia membalut tubuhku ke dalam dakapannya.

"Sayang tak penat ke?"

Terjongket kening. Eh, siapa yang penat sekarang ni?

"Tak, untuk abang tak pernah penat." Aku menoleh memandang Eimad seketika.

Dan, dan pula dia hadiahkan kucupan di pipiku. Mengejut.

"Untuk apa?" soalku.

Eimad bulatkan mata. Pelik dengan soalan pendekku tadi agaknya.

"Aik, nak cium isteripun kena ada sebab ke?" Eimad senyum senget.

Aku palingkan tubuh. Kali ini tersandar belakang tubuh pada meja. Dan aku betulkan dudukan sambil memaut pinggan Eimad pula.

"Abang, dekat sikit."

Eimad pandang aku. Sebab dia macam berkeras tak mahu ikut permintaan aku terus aku jungkitkan kaki dan...

Sebab mata tertutup rapat sewaktu halakan bibir ke arah pipi Eimad, aku tak pasti selamat ataupun tak kucupan aku mendarat tadi.

Celik je mata. Berlaga pandanganku dengan sepasang mata hitam Eimad. Dan baru aku perasan ke mana perginya kucupan tadi mendarat. Kelabut aku leraikan pelukan pada tubuh Eimad.

Ya Allah, segannya!

Jari meraba-raba bibir. Selamat dah bertemu bibir Eimad tadi.

Tak lama kedengaran pula ketawa Eimad. Mengekek dia gelak sambil mencekak pinggang.

"Untuk apa?" soalnya pula apabila tawanya sudah reda.

Ya, untuk apa? Aku sendiri dah lupa. Padahal sengaja nak mengusik Eimad tetapi jadi pula tragedi yang tak dirancang.

"Kena ada sebab ke nak buat macam tu dengan suami sendiri?" sengaja aku soal ayat tanya yang sama seperti Eimad menyoalku.

Eimad tak jawab tapi tangannya tangkas memaut bahuku. Terdorong tubuhku datang dekat kepadanya.

Eimad labuhkan dahinya ke atas dahiku. Kami saling berpandangan. Seketika Eimad mengetap bibir. Seolah-olah menahan tawa daripada kedengaran, dan akhirnya hanya senyuman meniti di bibir merahnya.

"Abang dapat cuti."

"Cuti?"

"Sambut malam merdeka." Eimad senyum nakal.

Dan, dan juga aku hadiah cubitan di bahagian pinggangnya. Ish, sempat lagi cakap pasal tu! Ingat dah lupa.

"Abang nak bawa saya ke mana cuti nanti? Kata nak sambut malam merdeka," sengaja aku cuba pancing Eimad.

"Tak ke mana kot. Duduk rumah je." Eimad tegakkan tubuh.

"Ish, kata nak honeymoon!" terus aku peluk tubuh.

Eimad yang berjalan ke ruang berdekatan tangga naik ke atas sudah ketawa besar.

Menyampah! Sengajalah Eimad ni...

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now