Bahagian 07

16.5K 743 17
                                    

Turun sahaja dari kereta, Eimad sudah menapak ke laluan pejalan kaki taman rekreasi berkenaan. Aku sahaja yang terkial-kial betulkan tali kasut dan peluk botol air. Baru lari sekejap dari pandangan, aku sudah hilang jejaknya.

Perlahan-lahan aku menapak. Ada ramai yang menghabiskan hujung minggu di situ. Lebih-lebih lagi anak muda. Siap ada berdrama kasih dan sayang. Aku perhatikan sahaja. Cuci mata.

“Nak jalan, pandang depan.”

Tersentak aku. Pandangan beralih ke hadapan semula. Nyaris-nyaris tersembam wajah pada belakang tubuh Eimad. Dah dia berhenti mengejut. Lagipun aku sudah mencongak jarak dan masa tadi. Tak silap memang laluan yang aku tuju kosong dan lengang.

“Awak nak saya buat apa kat sini?”

Jogging. Kau nak buat benda lain ke?”

Aku geleng. Sebenarnya minggu orientasi je aku pernah berjoging. Selepas itu, hajat tinggal hajat apabila hujung minggu aku banyak habiskan masa berkurung di dalam hostel.

“Kena panaskan badan dulu,” ngomelku.

Eimad sempat toleh sebelum dia merenggangkan badan. Sesekali dia memusingkan tubuh. Hampir terkena siku lengannya pada tubuhku.

“Pergilah sana tu, panaskan badan.” Eimad juih ke arah ruang di sebelah trek larian. Ada beberapa palang menegak.

Aku pandang Eimad kembali.

“Lepas dah panaskan badan, jogging lima pusingan satu taman ni. Tak cukup jangan harap dapat balik dan sambung study lapan topik tu.”
Ugut. Dia mengugut lagi.

Apabila Eimad mula melangkah pergi, aku merengus perlahan. Nak marah pun ada. Tapi, aku diamkan. Tak nak menganggu mood dia.

Botol air aku letak di tepi palang besi. Aku dongak wajah. Apa yang aku boleh buat di sini. Nak bergayut ke? Oleh sebab tak mahu bazirkan masa, aku hanya tarik nafas dan buat beberapa regangan badan.

Apabila badan sudah berpeluh sedikit. Aku mula menapak ke trek larian. Pandang beberapa lelaki dan wanita yang cukup stamina berjoging. Agaknya, aku semput tak sampai lima kali pusingan nanti.

“Cepat...”

Aku kalih ke sebelah mencari pemiliki suara itu.

Eimad sudah berpeluh. Lenjun belakang sut sukannya. Tertelan liurku melihat otot lengan Eimad. Aish, cuci mata lagi!

Kaki berlari. Sederhana laju. Tidaklah laju mana, tetapi aku boleh agak berapa jarakku dengan Eimad. Dia dah berapa kali pusingan agaknya, belakang badan pun dah berpeluh. Aku je yang tak berpeluh-peluh lagi.
Sedang cuba kawal pernafasan sambil berlari, mataku singgah pada wajah beberapa perempuan yang sedang berehat di pondok bersebelahan. Mereka tersenyum-senyum memandang Eimad. Tiba-tiba hati ni menggerutu.

Eimad berhenti di sebelah laluan. Dia membongkok menahan lelah. Beberapa langkah aku hampir dengannya, Eimad angkat wajah.

“Empat kali lagi.” Dia angkat jari empat.

Aku diamkan diri. Tahu empat kali pusingan lagi tetapi kaki dah lenguh. Nak jalan jelah.

“Lari!”

Tersentak lagi apabila suara Eimad begitu dekat. Dia berlari di belakangku pula.

“Penat.”

“Lari cepat.”

Tangan Eimad menepuk perlahan belakang tubuhku. Hampir mengena pinggulku. Aku tahan geram. Dia sudah melintas ke hadapan.

Gatal! Gatal! Arghh...geram!

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now