Bahagian 12

15.4K 695 7
                                    

“Betullah! Sebab tu cikgu kat sekolah dulu pernah kata kena jaga mata supaya ilmu tak hilang. Jadi, disebabkan saya kena study kat bilik awak ni awak tak boleh seksi-seksi lagi.”

Eimad terdiam. Dia tidak endahkan ayat aku. Cepat kakinya melangkah ke pintu bilik air di sebelah kanan katil.

Aku hela nafas. Berpeluh.

Alah, Eimad tu saja je. Bukan dia pernah kata dia tak ada perasaan kepada aku sebelum ini. Banyak kali dia ulang ayat sama. Jadi, pada aku dia memang zero perasaan cinta kepada aku. dan aku, kenapa nak susahkan diri fikir pasal dia. Biarlah. Tak ke mana kalau asyik nak fikir perasaan orang lain.

Sebelum dia keluar dari bilik air, aku terlebih dahulu sudah melangkah keluar dari bilik. Susun langkah ke dapur. Menyedari Ayah Jin masih belum turun, aku siapkan apa yang patut di meja makan. Kemudian naik semula ke atas, panggil Ayah Jin turun dan juga Eimad.

Sedang menunggu Ayah Jin bersiap, aku tercongok berdiri di hadapan pintu yang terkuak sedikit itu. Tak sedar pula kehadiran Eimad sampailah dia berdeham perlahan di sebelah kiri aku.

"Ayah tak turun lagi?"

Aku sekadar mengeyakan soalan Eimad.

"Kau turun dulu, biar aku yang temankan ayah. Lagipun, ayah datang ni sebab ada hal nak bincang dengan aku."

Mendengar alasan Eimad, aku jadi sangsi pula. Hal apa?

Nak je tanya tapi aku tak berani. Hanya anggukan faham aku balas sebelum langkahan kaki dibawa pergi ke tingkat bawah semula. Perlahan-lahan aku melangkah apabila sampai di anak tangga. Cuba mencuri dengar perbualan Eimad dengan Ayah Jin.

Aku rapatkan tubuh pada dinding sebelum wajah sedikit terjojol dari balik dinding. Mengintai ke arah Eimad yang masih setia menanti di depan muka pintu bilik tetamu itu.
Kedengaran suara Ayah Jin dari dalam, diselangi sapaan mesra Eimad.

"Ayah bukan apa, kalau lama sangat kita rahsiakan perihal ni. Takut-takut nanti ada yang percaya bulat-bulat tentang keadaan dia tu. Puas dah ayah nasihat dan tegur, nampak sangat salah tu ada pada Fir seorang."

Fir? Ayah Jin cakap pasal aku?

"Nak Eimad berterus-terang dengan Fir?"

"Eh, tak usah! Tak usah! Hal ni biar ayah yang selesaikan sendiri. Fir tak perlu tahu. Tak penting. Lagipun kamu berdua dah selamat bernikah. Dan dia pun dah terima dengan hati terbuka. Biar ayah sendiri yang jumpa keluarga mak ngah tu. Pandai-pandailah ayah nak ugut bagi mereka gerun sikit," tawa kecil Ayah Jin kedengaran.

Eimad sekadar diam. Melihat mereka seperti berura-ura mahu bergerak turun, terus aku buka langkah. Berlari anak mengejar meja makan, gara-gara tak mahu Eimad pelik melihat aku terhegeh-hegeh turun dari anak tangga. Padahal dah lama dia suruh aku turun tadi.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now