Bahagian 24

14.3K 699 12
                                    


Satu persatu buah strawberi yang dibelah dua ni aku susun di atas kek coklat kukus. Rasanya tadi ada je banyak lagi lebihan hirisan strawberi di atas piring sebelah kiri. Apabila tengok jari siapa yang lagi laju mencapai buah tersebut, aku sekadar mengeluh perlahan.

"Bilalah nak siap kalau macam ni?" luahku perlahan.

"Sedap apa? Rugi kalau buat hiasan semata-mata. Baik makan," balas Eimad.

Eh, terasa ke? Tapi memang sengaja aku perli dia tadi.

"Awak dah okey ke?" soalku perlahan.

Tadi, lepas naik ke bilik untuk solat nampak yang wajah Eimad dah tak tegang mana. Turun ke dapur tadipun, dia sendiri yang jadi sukarela.

Masalahnya, jadi sukarela menghabiskan strawberi.

"Ada nampak tak okey ke sekarang?" Eimad tanya balik sebelum disumbat beberapa biji strawberi lagi ke dalam mulut.

Tak masam ke? Tertelan liur tengok dia kunyah dengan wajah selamba.

"Bukan sekarang, lepas kita jumpa jiran sebelah tengah hari tadi," jelasku.

"Oh, jiran sebelah." Eimad tak jawabpun soalan aku. Dia bangun dari kerusi dan menuju ke singki pula.

Aku diam. Kek coklat kukus nipun dah siap hias, aku tatang dan bawa ke arah peti sejuk pula. Buka saja pintu peti sejuk Eimad bersuara.

"Okey je. Tak ada apa-apa masalah dengan jiran sebelah."

Aku pandang Eimad sekejap. Tak ada apa-apa masalah? Jadi, dah kenapa campak beg kertas dengan kunci macam orang hilang akal?

Ego Eimad ni. Ego!

Aku tak balas apa. Mata kembali menumpu ke arah dalam peti sejuk. Kebetulan pula aku teringat pesanan mama sebelum mama keluar ke bandar tadi. Mama ada buatkan kek cheese leleh. Dan memang ada di depan mata aku sekarang ni.

Piring yang berisi dua potong kek cheese leleh aku keluarkan dari rak bahagian bawah. Okey, nampak sangat menyelerakan. Apatah lagi mama suka letak hirisan cheese yang banyak di atas kek.

"Ops, dah lupa?" serentak itu Eimad rentap piring yang aku pegang tadi.

Terkebil-kebil aku pandang dia yang tersenyum senget.

"Kali ni je..." rayuku.

Ya, kali ini sahaja. Dahulu Eimad dah habiskan kek coklat kukus yang mama bekalkan kepada aku. Sekarang, aku nak rasa juga kek cheese ni.

"Tolong...sekali ni je..." Aku mulakan adegan rayu-merayu. Entahlah Eimad nak cair ke apa, tapi yang penting aku nak kek cheese tu meleleh dan cair di dalam mulut aku juga.

"Tak. Boleh." Eimad sebut satu persatu ayat itu.

Ish, dia bawa ke ruang depan pula! Selamba je tinggalkan aku di dapur terpinga-pinga.

"Abang!"

Erk.

Dan, dan Eimad berpaling lepas berhenti melangkah tadi. Mengejut. Ya, riak wajah dia pun sedikit tergamam.

Apa perkataan 'abang' tu ada kuasa sakti ke sampai Eimad bereaksi sebegitu?

"Fir sebut apa tadi?"

Eh, pura-pura tak dengar pula!

"Sebut apa?" Aku peluk tubuh. Pura-pura tak pernah sebutpun panggilan abang tu.

"Tadi, ada tadi. Abang ada dengar. Cuba sebut sekali lagi."

Tertelan liur. Bukan sebab permintaan Eimad. Tapi, jarak kami yang semakin dekat ini. Buat aku gelabah sekejap.

Depan mata aku ada Eimad dan beberapa potong kek cheese leleh. Kalau diberi pilihan, mestilah aku pilih makanan terlebih dahulu.

"Tak ada. Tak ada sebut apa." Aku masih berlagak seperti biasa.

Menyedari Eimad dalam keadaan tidak terlalu fokus dengan piring di tangannya. Cepat-cepat aku capai dah bawa lari ke ruang tamu.

Dan, dan juga terasa badan seperti di udara. Eimad berjaya raih lenganku dari belakang. Masalahnya, sekarang dia kurung aku dengan lengan sasa yang menyilang di bahagian bahuku.

Alamak! Alamak! Ni yang lemah ni.

"Fir." Eimad berbisik. Dekat.

"Saya tak ada sebutpun perkataan abang tu."

Pelik. Eimad lepaskan dakapan pada tubuhku. Ya, aku dah bebas. Dia tak lagi kurung aku dengan pelukan.

Cepat-cepat aku berpaling. Eimad sedang menahan ketawa.

"Apa yang kelakar?"

"Fir dah mengaku sendiri." Eimad cuba hampir.

Aku segera mengundur. Entah macam mana aku rasa kaki aku tersalah langkah. Terawang-awang di udara sebelum tubuh belakang terhempas kuat pada sofa panjang.

Apa yang lebih mengejutkan, Eimad turut terjatuh sama. Dan dia betul-betul berada di atas badan aku sekarang!

Kek cheese leleh!

Mata berlari ke arah piring yang ada pada pegangan Eimad. Betul-betul elok terletak di atas lantai permaidani.

Fuh, selamat!

"Risau kek je ke?"

Hah? Mata terus menangkap mata Eimad. Dan baru perasan yang jarak kami tinggal seinci sahaja.

"Nak selamanya macam ni?" Eimad senyum nakal.

Aku jatuhkan pandangan. Tak sempat dan dengar ayat seterusnya daripada Eimad. Terus aku tolak tubuh dia.

Kaki blaus aku betulkan. Skirt panjang yang terselak sedikit tadi, aku tarik sepenuh hati. Badan dah elok menyandar pada sofa secara menegak.

Langsung aku tak jeling Eimad. Terbias bayangan dia dari skrin televisyen yang ada di ruang tamu ini.

"Pilih abang ke kek ni?" Eimad dah tayang-tayang cebisan kek pada garfu yang elok dipegangnya.

Ish, aku dah lapar ni! Main pilih-pilih pula.

"Kalau dua-dua?" Aku balas pandangan Eimad. Terasa membahang pula seluruh wajah saat ini.

Eimad senyum nakal. Dijongket-jongket keningnya. Alahai, boleh cair hati aku ni sama macam cheese di atas kek tu.

"Eh, mana boleh pilih dua-dua. Satu je. Kena adil."

Ish... Susahlah macam ni!

Aku nampak Eimad dan rasmikan cebisan kek tadi. Ya Allah, boleh pula dia jamah kek tu macam sedang buat iklan makanan di televisyen!

"Abang..."

Merayu. Itu je dalam fikiran aku sekarang. Lagi sekali aku seru perkataan abang. Cumanya kali ini aku panjangkan harakat.

"Tak boleh sayang... Kena pilih dulu. Abang ke kek?"

Alahai, Eimad panggil aku sayang pula!

Terliur dah ni. Tak boleh jadi. Eimad ni sengaja kan, sengaja! Dengan kek pun dia nak suruh aku buat pilihan.

"Abang ke kek?" Eimad soal lagi.

Baru nak buat pilihan, suara mama dah kedengaran di muka pintu.

"Eimad, tolong mama bawa masuk barang ni!"

Akhirnya, mama penyelamat! Terus aku ambil piring dari tangan Eimad semasa dia berpaling ke arah pintu hadapan tadi.

Ya Allah, boleh juga rasa kek ni! Berlari anak aku ke ruang dapur semula. Dan, Eimad kelihatan terpinga-pinga sewaktu aku berlari anak tadi sebab pilihan yang dia ada sekarang adalah patuhi arahan mama.

KERANA BUKAN AKU (COMPLETED)Where stories live. Discover now