5

34.1K 2.9K 285
                                    

Lily memperlahankan kereta melihat beberapa orang di jambatan yang masih dibina tak jauh dari rumahnya. Jambatan itu masih dalam proses pembinaan, mungkin diangarkan siap hujung bulan ini. Dia tidak peduli semua itu.

Sekarang hatinya terdetik untuk berhenti dan melihat, dia diundang rasa gusar. Jantungnya berdetak laju.

"Lily!! Lily!!" Baru sahaja Lily keluar dari perut kereta ada seorang wanita jirannya datang menerpa. Mata Lily mula berkaca.

"Ibu Lily....." Kata-kata wanita itu bagai tenggelam. Lily kaku memandang ke hadapan, sungai besar yang dikerumuni orang.

"IBU!!!!! TAK!!!!"

"BOS! BOS!!" Khair yang ralit membelek barang yang baru sampai berpaling melihat salah seorang pekerjanya termengah-mengah datang menyapanya.

"Kenapa?" Dahi Khair berkerut. Lelaki itu berdiam sesaat mencari nafas. Wajahnya pucat.

"Tadi.. tadi saya tengok kereta yang dibawa Cik Lily terbabas!"

"Hah?! Jangan main-main!" Tergamam Khair.

"Teruk bos! Kereta tu masuk dalam sungai besar hujung sana. Allahu macam mana pemandunya."

Belum apa-apa Khair pantas berlalu menuju ke keretanya.
"Bos tunggu!!" Lelaki bernama Afif segera mengikut Khair.

Kereta dipandu seperti orang gila oleh Khair buat Afif yang duduk disebelah mengecut ketakutan. Dia tidak sangka bosnya akan jadi seseram ini apabila dalam keadaan tegang.

Sampai sahaja mereka di disitu, tak menyempat untuk matikan enjin, Khair terus berlalu menuju ke arah orang ramai. Orang-orang yang berkerumun ditolak dan dia membolos tubuh diantara mereka.

"Tolong... saya.." Kuat raungan seseorang di pinggir sungai buat mata Khair membulat. Buat seketika dia tarik nafas lega.

"Lily.." perlahan nama itu diseru.

"Sabar Cik!! Pihak kamu sedang jalankan kerja!! Kami minta cik untuk bertenang!!" Seorang bomba disamping Lily menahan Lily untuk mendekati sungai.

Kenapa? Apa telah berlaku? Khair laju melangkah menghampiri.

"Lily!!" Nama gadis itu diseru buat Lily berpaling. Wajah gadis itu sembab dengan air mata.

"Lily apa dah jadi?!" Khair tarik tangan Lily dari bomba lelaki itu.

"Abang... Ibu.. Ibu Lily.." Suara Lily kedengaran lemah. Khair kelu, memandang ke dalam sungai. Tak mungkin puan Anisa memandu selaju difikirnya.

"Mangsa dah ditemui!!" Seorang bomba memberi isyarat dari pinggir. Lily yang tadinya lemah terus bertenaga menuju ke arah sungai tapi Khair menahan kemas.

"Abang!! Ibu Lily!!"

"Sabar Lily! Bagi mereka jalankan kerja!"

"No ibu Lily!! Lily nak ibu Lily!!" Seperti anak kecil yang meraung dapatkan ibunya. Khair ketap gigi, dia tak suka melihat Lily sesakit ini.

"Ibuu!! Ibu!!!" Makin kuat rontaan Lily sebaik melihat susuk dikeluarkan dari dasar sungai.

Berkerut wajah Khair menahan diri Lily dari menghampiri Lily yang keras menghampiri pihak bomba yang sedang jalankan kerja mereka.

Seketika waktu seakan berhenti. Rontaan Lily melemah. Yang mereka lihat seorang bomba berpaling dan menggeleng kepala penuh kecewa pada mereka. Seperti mengatakan.

'Mereka sudah gagal selamatkan mangsa'

"IBUUUUU!!!! NO!!!!" Kuat raungan Lily kedengaran buat orang-orang yang berkerumun disitu turut menitiskan air mata.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now