18

31.1K 2.4K 857
                                    

"Mujurlah Cik Lily tak melecur teruk. Cuma luka lecuran dia kena selalu dipantau dan cuci." Ilham pandang wajah gusar Encik Fajir dan wajah tenang Khair silih berganti. Apa sebenarnya telah berlaku pada Lily.

"Alhamdulillah. Lily kat mana?"

"Nurse sedang sapu ubat di kawasan luka. Untuk lecuran jangan balut dengan apa-apa kain kasa, saya nanti jadi jangkitan kuman." Pesan Doktor Ilham.

"Ini resit, ubat boleh ambil di farmasi ya."

"Baik doktor terima kasih."

"Uncle pergi ambil ubat dan kaunter bayaran sekejap. Khair tunggu Lily ya?" Encik Fajir memandang pula kearah Khair yang dari tadi tidak banyak bicaranya.

"Baik uncle." Khair hulur senyum tipis sebelum tubuh lelaki itu berlalu meninggalkan dia bersama Doktor Ilham masih disitu.

"Hai doktor!" Belum sempat Khair membuka mulut seseorang menyapa mesra Doktor dihadapannya buatkan Khair diam memerhati.

"Hai Cik Chef. Kenapa? Masakan simpan dendam pada Cik Chef ke sampai cederakan Cik chef harini?" Perli Ilham buatkan Lily melepaskan tawa kecil. Disudut padang Khair, Lily kelihatan sangat normal sekarang berbanding tadi.

"Nampaknya macam tu lah." Lily jeling Khair kelihatan masih diam disitu memerhati dirinya.

"Oh ya, ini kawan awak?" Ilham pandang Khair.

"Tak, dia anak kepada kawan ayah saya." Balasan Lily cukup menunjuk jarak jauh antara mereka.

"Rasanya kita dah banyak kali bertemu selama ni. Saya Ilham." Ilham menghulur tangan. Kekok.

"Khair. Thanks sudah rawat Lily."

Ilham sekadar membalas dengan senyuman sebelum berpaling memandang Lily tersenyum lebar memandangnya. Nampaknya mood gadis itu kelihatan baik walaupun sudah melecur dipaha.

"Saya pergi dulu ya. Saya ada pesakit lagi."

"Baik. Ada masa datanglah restoran saya."

"Promise!" Ilham kenyit mata sebelum berlalu dari situ. Dari cara percakapan mereka Khair dapat simpulkan tiada hubungan istimewa antara mereka.

Perlahan-lahan senyuman lebar Lily mengendur seraya berpaling menatap Khair masih diam disitu.

"Jadi kau dah nampak semuanya harini." Lily pegang paha terhinjut-hinjut mencari kerusi untuk merehatkan tubuh. Khair turut spontan bergerak membantu gadis itu.

"Nampaknya macam tulah." Ringkas Khair membalas sebelum membantu Lily melabuhkan duduk.

"Aku cuma nak ingatkan kau, sebaiknya kau diamkan mulut kau dari perkara lebih buruk yang akan aku lakukan."

"Maksud Lily?" Khair balas memandang wajah itu.

"Jangan cerita apa-apa pada ayah aku! Kau bukan sesiapa! Ingat tu!" Walau berbisik tona suara Lily jelas sedang menguggut Khair.

Khair buang pandang ke arah kerumunan  pesakit sebelum dia hela nafas berat.

"Apa yang Lily buat sekarang ni salah."

"Aku tak perlu nasihat kau. Kalau kau fikir apa yang aku buat dekat Erma dan mama dia tu salah." Lily pandang jauh kedalam mata itu.

"Apa yang diorang dah buat pada ibu aku berganda lebih dari apa yang aku buat." Terketap gigi Lily membalas kata-kata Khair.

"Abang lebih fikirkan Lily lebih dari mereka." Balas Khair tenang.

"Semakin hari Lily semakin sakitkan diri Lily. Abang tak sanggup lihat semua tu." Riak Lily berubah mendatar buat seketika sebelum ia tiba-tiba menghamburkan tawa dibuat-buat.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now