39

31.7K 2.5K 226
                                    

Turun naik nafas Khair sebaik tiba diperkarangan rumah mentuanya. Bagaimana dia tidak marah, apabila dia tidak diberitahu yang Lily sudah dikeluarkan daripada hospital padahal dia sibuk diluar mencari makanan kegemaran Lily dan menguruskan urusan Azam! Lelaki yang telah merogol isterinya.

Dua hari Lily mendapatkan rawatan di hospital dan dua hari Khair bertahan menurut segala permintaan isterinya. Lily yang tak mahu menemuinya dan dia yang pendam segala rindu untuk menjaga emosi wanita itu.

Dan sekarang apa lagi? Lily tak mahu ikut dia pulang ke rumah mereka?

"Apa semua ni ayah? Kenapa buat Khair macam ni?" Tak bersalam Khair menerjah masuk ke rumah mentuanya. Wajah encik Fajir kelihatan serba salah.

"Maaf Khair.. Ini permintaan Lily sendiri.. Ayah minta maaf." Encik Fajir tunduk kepala. Kalau tidak rasa bersalah pada anaknya, mungkin Encik Fajir akan menegur keputusan Lily. Tapi sekarang, dia memilih untuk turutkan segala permintaan Lily. Dia tak mahu lagi burukkan keadaanya bersama Lily.

"Khair suami dia ayah, Khair yang perlu ada kat sisi dia sekarang." Sebaik mungkin Khair jaga tona suaranya.

"Lily perlukan masa Khair.."

'Haa..' Khair hela nafas berat sebelum dia dongak ke atas memandang bilik isterinya. Tak menunggu Khair melangkah mendaki.

"Khair tunggu!" Encik Fajir cuba menghalang tapi Khair sudah berkeras mendaki tangga.

"Khair perlu bercakap dengan Lily." Khair pandang pintu bilik isterinya sebelum tombol pintu dipulas.

Berkunci.

Bang bang!!

"Buka pintu ni Lily! Abang nak bercakap?!" Kuat suara Khair memanggil dari luar.

Mulut Lily terbuka mencari nafas. Air mata berlinang muka jatuh ke pipi. Dia kini sedang terduduk bersandar pada daun pintu. Tangannya bergetar, jujur dia belum bersedia menatap wajah itu.

"Buka Lily! Kenapa Lily buat abang macam ni?!" Suara Khair bergetar di balik pintu. Rindunya pada Lily tak tertahan tapi isterinya malah menjauh darinya. Kenapa semua ini harus jadi seperti ini?

"Khair sabar.."

"Berapa lama lagi Khair kena sabar ayah?!" Soal Khair kuat. Encik Fajir terdiam.

Kekecohan buat Puan Sarah, Erma dan Lisa turut bergegas ke atas melihat segalanya. Mata Puan Sarah mula berkaca.

"Lily.. tolong buka pintu ni sayang.." Suara bergetar Khair di balik pintu buat Lily teresak-esak memegang perutnya yang membukit.

Khair perlahan-lahan terlurut dipegang Encik Fajir dibelakang.

"Ayah.. Khair merayu.." Bibir Encik Fajir turut bergetar melihat keadaan menantunya.

"Tolong ayah.. Bagi Khair jumpa Lily.. Khair rindukan dia..." Khair tunduk di kaki mentuanya.

Rayuan Khair terasa dekat di telinga buat Lily ketap gigi. Terhinjut-hinjut bahunya melepas esakan.

"Khair rindukan isteri Khair Ayah.."

Erma tunduk wajah. Buat pertama kali, dan tak pernah dia jangka Khair akan merayu dan menangis seperti ini. Cinta Khair terhadap Lily terlalu tulus hingga semua dapat melihatnya sekarang.

"Maaf Khair.. Ayah minta maaf." Encik Fajir duduk menarik bahu Khair untuk menegak.

"Ayah minta maaf kalau anak perempuan ayah buat kamu terseksa macam ni Khair. Tapi Lily..." Encik Fajir tarik nafas.

"Lily dah banyak lalui perkara yang tak patut dia lalui. Semua silap Ayah Khair.. Maafkan Ayah.." Air mata Encik Fajir turut laju mengalir ke pipi disaksi isteri dah anak menantunya.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now