2

39.5K 3K 285
                                    

Sebaik menghempas pintu kereta Lily melangkah masuk ke arah kaunter. Dahinya sedikit berkedut melihat keadaan bengkel tempat selalu dia servis keretanya dan kereta ayah ibu. Keadaan bengkel berubah 360 darjah berbeza dari beberapa bulan lepas. Kini keadaan kemas direnovasi, warna dinding juga berubah.

"Wah banyak dah berubah ya?" Tegur Lily sebaik mencapai borang tersedia di kaunter. Gadis di kaunter itu tersenyum membalas sapaan.

"Itulah. 5 bulan lepas bengkel ni kena jual. Jadi kami bekerja dengan bos baru" Luah gadis itu, ada riak kecewa di wajah itu. Ialah mereka akan dapat majikan baru. Sampai sekarang tiada siapa tahu bagaimana rupa majikan baru mereka. Mereka hanya mendapat arahan dari jauh.

"Wow, harga masih sama ke?" Soal Lily takut juga dia tiba-tiba lari dari budget.

"Masih sama bergantung pada kerosakkan. Setakat ni kami tak dapat apa-apa perubahan harga" balas gadis bertag nama Azwa itu.

"Nasib baik!" Lily tarik nafas lega sambil pen di tangan menari-nari mencoret maklumat di atas kertas.

"Kereta Cik Lily dah okay ke?" Soal Azwa. Ialah Lily antara pelanggan tetap di bengkel itu. Buat dia cam wajah itu. Bukan keretanya sahaja. Malah kereta ibu bapanya juga dibawa baiki disini.

"Dah okay. Cuma harini saya datang nak baiki kereta ibu pulak. Macam problem." Balas Lily sambil tersenyum ramah lantas menghulur borang maklumat kereta pada gadis itu.

"Oh boleh Cik Lily.." Azwa senyum lebar.

"Hari ni saya tak dapat tunggu ya. Saya sibuk dekat kedai. Nanti petang saya ambil."

"Boleh boleh. Cik Lily nak balik macam mana?"

"Boleh sesiapa hantarkan?" Soal Lily kembali.

"Boleh boleh. Cik Lily tunggu kejap ya. Saya panggilkan orang yang boleh hantar Cik Lily" uja wanita itu sebelum berlalu ke belakang. Lily senyum sambil mata melilau memandang sekeliling. Ada satu logo besar didinding bengkel belum siap disempurnakan. Masih dalam proses. Mata dia lama menatap disitu.

'KH..'

"Cik Lily. Dia boleh hantarkan" sapaan Azwa di belakang buat Lily tersentak lantas berpaling memandang seorang lelaki senyum manis kearahnya.

"Rumah saya tak jauh. Minta tolong ya" minta Lily sopan.

"Boleh Cik. Tak ada masalah." Balas pekerja itu. Lily memandang Azwa dengan senyuman sebelum melambai meminta diri.

Sebaik sampai dipintu pagar dihantar pekerja itu. Lily mengerut dahi kehairanan melihat beberapa buah kereta tersusun di hadapan rumahnya. Mama ada buat majlis ke apa? Tak bagitahu dia pun?

Dia melajukan langkah dari jauh terdengar gelak tawa dari dalam rumah. Pintu besar ditolak perlahan . Sebelum kaki melangkah ke arah suara-suara masih riuh mengisi ruang. Dia teguk air liur, kenapa dadanya terasa berdetak kuat saat itu.

Seketika dia terkebil-kebil. Ruang mata terasa asing melihat beberapa susuk yang agak asing dihadapan matanya. Lily menarik senyum kekok.

"Eh Lily dah balik.. Lily jangan lah buat muka terkejut macam tu. Buruk sangat anak oi" Puan Anisa terlebih dahulu menyapa buat semua mata disitu memandang ke arahnya. Lily kenal Erma dan ibunya Puan Sarah. Tapi sebuah lagi keluarga itu..

Lili mengecil mata cuba mengecam wajah itu. Jangan jangan..
Ha! Sekali matanya membulat.

"Aunty Ida!!" Lily senyum kekok cuba menegur ramah.

"Maaf!! Lily dah tak cam wajah aunty!!" Lily laju menerpa ke arah rakan baik ayahnya itu. Tawa Aunty Ida meletus.

"Maaf.. Aunty, Uncle" Lily memandang Puan Ida dan suaminya Encik Rozi silih berganti sebelum menyalami mereka.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now