9

33.8K 2.6K 293
                                    

"Dayang!" Lily berlari-lari mengejar langkah sahabat kelasnya. Dayang kelihatan sedang bergelak tawa dengan sahabat kelasnya yang lain. Ada beberapa orang lelaki dan perempuan disitu.

"Oh Lily!" Dayang melambai tangan dengan senyuman lebar. Lily melajukan langkah sebelum tercungap-cungap mencari nafas sebaik tiba dihadapan gadis bernama Dayang itu.

"Kenapa Lily?" Soal Dayang. Lily jarang mahu bergaul dengan dia dan rakan kelas yang lain. Entah kenapa hari itu Lily datang menegurnya.

"Aku dengar kau dengan yang lain nak pergi buat study group?" Soal Lily.

"A'ah ya, kau nak join ke?" Soal Dayang.

Dalam termengah-mengah mencari nafas Lily pantas mengangguk kepala.
"Aku nak join! Boleh kan?"

"Aku tak kisah tapi..." Mata Dayang bergerak memandang seseorang yang baru melangkah mendekati mereka.

"Lily jom balik!" Lily tersentak disapa seseorang. Rakan-rakan kelasnya yang turut disitu berpaling memandang seseorang berseragam biru memandang tajam seorang demi seorang disitu.

"Aku tak rasa kakak kau kasi." Sambung Dayang mendatar. Lily tarik nafas panjang sebelum berpaling memandang Erma yang tajam memandangnya.

"Erma kau balik dulu, aku ada hal dengan kawan-kawan aku." Balas Lily.

"Hal apa? Kat mana?" Soal Erma sarkastik. Erma merupakan penolong pengawas di sekolah itu dan tak ramai gemarkan dia kerana sikap menjengkelkan yang sering ditunjuk gadis itu. Disebabkan itu juga, tak ramai ingin berurusan dengan perempuan itu.

"Study group dengan diorang." Balas Lily mendatar.

"Aku boleh ajar kau. Diorang ni belum tentu pergi study group. Entah-entah pergi berfoya-foya lelaki perempuan." Erma pandang seorang demi seorang disitu penuh jengkel buat Dayang dan yang lain memutar bola mata.

"Balik lah Lily, kakak kau memang tak akan kasi kau bergaul dengan kami." Sambung Dayang. Mereka tahu Lily bukan adik Erma. Tapi sikap prihatin Erma pada Lily terlebih-lebih buat orang menganggap Lily adik angkat kesayangan Erma. Buktinya Lly mahu pergi bergaul dengan rakan sekelasnya sahaja sudah dihalang Erma.

"Erma aku.."

"Aku cakap balik. Aku tak suka kau bergaul dengan diorang!" Tegang suara Erma buat Lily akur mengalah.

"Sorry Dayang, maybe next time." Lily hulur senyum tawar buat Dayang dan rakannya yang lain.

"Jom!" Belum sempat Dayang membalas Erma sudah menarik tangan Lily berlalu dari situ.

"Annoyingnya ! Kalau aku jadi Lily memang aku tak hadap perempuan sombong tu!" Seorang kawan Dayang mengomel dengan gelengan kepala.

"Entah! Lily tu dah lah bukan adik dia! Mengongkong!" Seorang lagi menyambung buat Dayang senyum tipis memandang Lily diomel Erma dari jauh.

"KAU lupa yang Khair suruh aku jaga kau??" Keras suara Erma buat Lily muncung bibir tidak puas hati.

"Apa kaitan dengan abang Khair? Dia tu dah lama tak ada kat sini!" Marah Lily kembali.

"Aku bertanggungjawab jaga kau! Khair tu dah anggap kau macam adik dia."

"Tak perlu macam ni Erma! Dia orang kawan kawan kelas aku juga. Kami pergi study bukan pergi buat benda bukan-bukan!"

"Aku tak peduli. Aku tak suka kau berkawan dengan diorang. Lagi-lagi Dayang! Dia banyak rekod buruk dalam buku disiplin! Aku tak nak kau pun terpalit sama sebab berkawan dengan dia!" Marah Erma. Lily raup rambut sendiri sebelum menjuling matanya. Dia rimas!

"Lily!!" Erma menjarit memanggil sebaik Lily melangkh meninggalkan dia disitu.

"Ya! Aku dengar!" Suara Lily sedikit membentak.

"Aku harap kakak kesayangan kau tak cari kau kat sini." Dayang letak segelas susu panas dihadapan sahabatnya.

"Aku akan bunuh dia kalau dia ada depan mata aku sekarang." BalaS Lily mendatar mengundang tawa Dayang. sebaik itu mereka sama-sama mendiamkan diri. Dayang tarik nafas panjang menatap wajah sugul sahabatnya.

"Tak sangka bukan? Orang yang kau sanjung dan hormat selamat ini rupanya pengkhianat terbesar dalam hidup kau. Aku masih belum percaya.." Dayang geleng kepala sendiri. Dia mendapat panggilan mengejut dari Lily untuk datang mengambilnya di hospital dan bawa dia pergi jauh dari keluarganya. Sebelumnya dia ada mendapat berita tentang kematian Ibu Lily tapi dia tidak sempat datang untuk melawat kerana berada di luar kawasan. Hanya pesanan Takziah dikirim buat Lily, itupun tidak bebalas. tapi sebaik dia pulang ke Kuala Lumpur, panggilan megejut dari Lily buat dia tergamam.

"Tolong ambil itu dihospital dan bawa aku jauh dari krluarga aku."  Masih dia ingat kata-kata Lily tadi. Hingalah persoalannya terjawab. Punca kematian Ibu Lily adalah kerana pengkhianat dalam hidup mereka berdua. Jatuh simpati dia mendengarnya, 20 tahun Lily berbahagia dengan keluaraganya tanpa mereka sedar ada racun pelahan-lahan merebak menghancurkan kebahagiaan itu.

Dan itu ialah Erma dan mamanya. Orang yng Lily paling percaya dan patuh!

"Aku ta patut diam macam ni..." Mata Lily tajam memandang kedepan penuh amarah dan dendam. Dayang jungkit sebelah kening.

"Maksud kau? Kau nak balas dendam?" Soal Dayang.

Bibir Lily menyungging senyum sinis.

"Mereka sudah sakitkan aku dan Ibu. Aku akan balas lebih dari ini.."

Dayang diam memandang wajah sahabatnya. Lambat-lambat bibirnya turut tersenyum.

"Aku akan sokong kau Lily. Baik dan buruk kau. Aku akan sokong." Dayang pegang tangan sahabatnya menyalur semangat. Biarlah kalau dia dianggap jahat menyokong tindakan buruk sahabatnya. Dia tidak peduli baik atau buruk dilakukan Lily, asalkan itu dapat hilangkan rasa sakit sahabatnya,Dia tidak akan menghalang malah menggalakkan semua itu.

...

"OH CIK LILY dah discharged dan pulang tengah hari tadi."

"Hah?' Mata Khair tak berkelip memandang jururawat dihadapannya.

"Cik Lily sudah pulang.." Jururawat itu kembali mengulang. Wajah Khair berubah kendur. Makanan dibawanya untuk Lily dipandang sepi. Hampir setiap hari dia mampir ke hospital itu untuk mengirim makanan buat Lily walaupun tidak dapat menemui gadis itu.

Tapi sekarang dia buntu mahu mencari kemana gadis itu.

"Dia kemana nurse?" Soal Khair.

"Kami tak pasti, tapi ada seorang perempuan yang bawa dia pulang tadi."

Wajah Khair berkerut. Seorang perempuan? Siapa? Ermaka? Tapi tidak mungkin. Siapa lagi sahabat Lily yang lain?

"Terima kasih nurse." Khair senyum tipis sebelum berlalu. Kemana lagi dia harus cari Lily. Dia betul-betul risau sekarang.

"Helo Erma?"

"Helo Khair? Kenapa?" Suara Wrma kedengaran di corong telefon.

"Awak tahu Lily kemana? Saya tak boleh nak cari dia. Nurse cakap Lily dah discharged tapi dibawa pulang oleh seorang perempuan?" Wajah Erma berubah mendengar soalan gusar Khair ditalian. Khair kelihatan betul-betul risaukan Lily.

"Saya tak tahu, Lily tak mungkin beritahu saya kemana dia." Balas Erma mendatar.

"Awak ada maklumat kawan-kawan Lily contact or Instagram?" Soal Khair sungguh-sungguh. Erma terdiam sejenak.

"Ada."

"Good. Nanti send dekat saya. Saya nak tanya diorang mana tahu diorang tahu Lily kat mana sekarang."

"O..okay. Nanti saya send."

"Thank you. See ya."

Tut..

Erma pandang skrin telefon tak berkelip. Matanya terasa hangat.

"Fikir baik-baik Erma! Khair cuma risaukan Lily keraa dia anggap Lily adiknya!" Ujar Erma menyedapkan hati sendiri.

Tingg~

Skrin Erma menyala menunjuk pesanan baru dikirm Khair. Dia pejam mata menarik nafas panjang.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now