8

34.9K 2.8K 550
                                    

Jadi inilah makna keseorangan.

Sunyi tiada sesiapa yang berada difikirannya. Tiada sesiapa yang mampu buat dirinya tersenyum lagi. Kosong.

Hidup rasa tidak sempurna dan tiada maknanya jika dia teruskan. Ia akan lebih menyakitkan. Dia hilang seorang ibu, wanita yang paling dia sayang. Dan sekarang, walaupun ayahnya masih hidup, tiada maknanya juga. Dia dan Ibu dikhianati.

Baru sehari dia ditinggalkan, tanah kubur ibunya masih segar tertibus. Dan hari dia kembali dengan tangisan. Bukan sahaja kerinduan, malah kesakitan yang membawa dia kesitu.

"Kenapa ibu tak bawa Lily sekali..."

"Lily tak mahu hadap semua kenyataan ini seorang diri ibu. Lily tak nak sesakit ini.." Teresak-esak Lily pegang dadanya. Sesak penuh dengan emosi.

"Dunia ni tak adil buat Lily.. Lelaki yang Lily sayang dan sanjung selama ini. Kenapa dia?!! Kenapa dia yang jadi punca kematian Ibu!!"

"Lily nak tidur dengan ibu.. Lily nak tidur dan bangun tanpa fikirkan apa-apa lagi.." Lily pegang tanah mengambus kubur ibunya. Perlahan-lahan tubuh dibaringkan. Tanpa alas.

Kini air matanya jatuh di mengena tanah.

"Lily.." Terbuka mulut Khair mencari nafas. Melihat Lily seperti itu cukup buat jiwa lelakinya turut sakit.

"Abang baliklah.. Lily tak nak balik." Teresak-esak Lily menutur.

"Tak boleh macam ni Lily."

"Lily nak tidur dengan ibu.. Lily nak tenang.." Perlahan-laham kelompak mata dikatup, senyuman tipis terukir dibibir. Dia rasa dekat dengan ibunya.

"Lily sayang ibu.." Tanah kubur ibunya diusap seperti dia mengusap ibunya disisi. Rindu. Dia sangat rindu.

Bunyi deringan telefon buat Khair tersentak dari menatap Lily. Tangannya naik mengusap air mata yang entah bila jatuh ke pipi sebelum menyeluk poket seluar mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Khair! Ini Uncle Fajir. Lily macam mana Khair?" Jelas kedengaran suara kegusaran lelaki itu ditalian.

Khair hela nafas berat sebelum anak matanya bergerak memandang Lily berbaring di atas tanah tepat disebelah kubur ibunya.

"Menyedihkan." Sepatah dibalas Khair. Entah kenapa hatinya turut rasa sakitnya.

"Khair kat mana sekarang? Uncle pergi sana bawa Lily balik." Soal Encik Fajir lagi.

"Tanah perkuburan. Di kubur Aunty Nisa." Tak bernada Khair membalas.

"Okay."

Tut..

Panggilan dimatikan begitu sahaja. Encik Fajir pasti terlalu risaukan anaknya. Tapi hatinya kuat mengatakan, Lily yang sekarang pasti sukar untuk dipujuk.

Lily bukan anak kecil lagi.

Anak mata Khair jatuh memandang tapak kaki Lily sudah kering dengan darah pekat. Gigi diketap dengan nafas ditarik panjang. Seraya itu dia perlahan-lahan melangkah dan duduk mencangkung. Wajah Lily yang telah lena ditatap lama sebelum tangannya bergerak mencepung tubuh gadis itu.

Tidurlah Lily..
Kalau hanya itu yang buat kesakitan itu hilang.
Hari esok lebih menyakitkan..

•••
"Saya dah bersih luka dan balut kaki dia." Doktor Ilham memandang susuk lagi pegun memandang gadis terbaring lemah di atas katil pesakit. Entah apa difikiran lelaki itu, dan apa yang berlaku pada gadis bernama Lily itu.

"Adakah dia masih gagal terima kematian ibu dia?" Soalan doktor itu buat Khair berpaling.

"Not really. Thanks doctor." Khair melangkah menghampiri Lily sebelum rambut gadis itu diusap dengan tangan.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now