35

34.9K 2.5K 227
                                    

Eh eh ayee~
I'm on vacation
Every single day
Cause I love mu occupation
Eh eh ayee~
I'm on vacation
If you don't like your life
Then you should go and change it!

"Rasanya macam bawa budak-budak pergi lawatan sekolah." Lily mengeluh memandang Dayang dan Lily kelihatan gembira bergelak tawa menaiki sampan transparent dengan keduannya gigih mengayuh sampan. Apa yang kelakar pun dia tidak tahu sampai keduannya tergelak.

Seperti sedang mengejeknya kerana tidak dapat ikut serta nenaiki sampan kerana dilarang Khair awal-awal. Lily merengus sambil menyarung kaca mata gelapnya, lebih baik dia pura-pura tidak lihat dari hatinya menggeledak kerana cemburu melihat dua makhluk itu.

"Jauh-jauh datang Pulau Mabul, sebab mengidam. Tak kan nak tayang muncung je adik ipar." Teguran Lutfi buat Lily mencebik menunjuk ke arah Dayang dan Talia penuh geram.

"Lah kenapa?"

"Kenapa abang Khair tak bagi Lily naik sampan tu! Lily nak juga duduk atas Flying Sampan tu! Nak juga rasa terbang dalam air!" Bibir Lily muka mencebik buat Lutfi garu kepala tidak tahu bagaimana mahu merespon. Sumpah dia menyesal menegur perempuan itu.

"Lily kan pregnant. Nanti Khair takut jatuh ke, atau Lily kayuh sampan tu. Bahaya tau! Tu kerja berat." Berhati-hati Lutfi membalas. Dasar adik tak berguna. Isteri tengah bersedih disini dia boleh pergi Scuba Diving dengan Ilham!

"Tapi Lily nak naik sampan tu abang!" Lily cabut kaca mata hitamnya menunjuk matanya sudah berkaca. Ilham garu kening yang tak gatal.

Ikutkan hati dia tak sampai hati biarkan ibu mengandung mengidam sebegitu rupa, tapi kalau dia layankan nanti Khair mengamuk. Satu pasal dia nak menjawab.

"Lily, kita pergi main benda lain nak? Macam makan-makan dalam resort? Lily kan suka makan?" Pujuk Lutfi.

"Tak nak! Lily nak naik Flying Sampan tu juga!" Jerit Lily. Lutfi teguk air liur. Wahai adikku Khair yang sedang mengadakan meeting dengan ikan dalam air sana. Aku sumpah kau ikan kembung!

Kedengaran tawa Dayang dan Talia bersatu menambah bengkak di hati Lily. Buat apa dia jauh-jauh kesini kalau semata-mata jadi pemerhati. Macam seorang guru yang membawa anak murid ke lawatan sekolah! Padahal yang mengidam mahu ke Pulau Mabul, Sabah adalah dia. Yang menikmatinya adalah mereka!

"Okay okay, Abang bawa Lily naik sampan tu. Tapi janji dengan abang jangan beritahu Khair." Kata-kata Lutfi buat wajah sugul Lily serta merta bercahaya.

"Betul ke abang?!" Soal Lily teruja. Lutfi teguk air liur terasa kesat. Lambat-lambat dia mengangguk kepalanya.

"Yeay!!" Lutfi lepas keluhan berat melihat Lily teruja memandang ke dalam air lauk. Walau mereka berada di kawasan cetek sekarang. Lutfi tetap tak dapat bertenang kerana mereka sudah setengah jam di atas sampan lut sinar itu. Khair bila-bila masa boleh balik!

"Abang Lutfi tengok! Jernih nya air ni!!"

"Abang dah tengok Lily.."

"Lily jangan lah lama sangat! Nanti Khair balik." Kedengaran teguran Dayang dari atas jeti buat Lily merengus menjeling sahabatnya.

"Cemburu lah tu."

"Kawan Lily tu betul. Kalau Khair balik nanti, naya kita berdua Lily."

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now