16

31.9K 2.4K 434
                                    

"Abang dah baiki semua yang rosak dalam kereta ni. Barang-barang yang rosak tu abang tukar baru. And.." Khair buka pintu kereta seraya menghidupkan enjin.

"Selamat untuk dipakai." Khair kembali berpaling memandang Lily tak berkelip memandang kereta ibunya. Sudah lama kereta itu tersadai di bengkel Khair sejak Puan Anisa meninggal.

Lily kelihatan mengambil nafas panjang sebelum tersenyum tipis. Perlahan-lahan dia melangkah melintasi Khair seraya melabuhkan duduk di tempat pemandu.

"Lily yakin nak drive kereta ni?" Suara Khair kedengaran lembut menyoal. Lily diam sejenak. Lama dia berdiam dalam dunia sendiri sebelum mendongak memandang Khair setia berdiri disebelah pintu kereta.

"Saya nak bawa kereta ni.." Lily bangun dari tempat duduk sebelum berdiri membelakangi Khair. Sebak yang dia rasakan sekarang. Dia tidak mahu Khair melihatnya. Bibir dikemam menahan diri, mata dipejam rapat agar dia tidak mengeluarkan apa-apa cecair hingga buat  tubir matanya bergenang. Mulut dibuka sedikit mencari nafas.

Dia betul-betul rindukan ibunya. Dia ingin melihat ibunya didalam kereta itu lagi. Dia ingin melihat wanita cantik itu berdiri disamping kereta itu dengan senyuman lebar ketika sampai di restoran untuk menyapanya.

"Kenapa perlu palingkan muka dari abang kalau Lily nak menangis?" Teguran garau itu buat Lily tersentak dan serentak itu dia buka mata dan mendongak melihat Khair tepat dihadapannya. Sinaran matahari terhalang dek tubuh lelaki itu.

"Siapa cakap saya menangis!" Lily merengus lantas memaling wajahnya ketepi. Khair menyembunyi senyum apabila dia dapat menangkap wajah gadis itu mula menunjuk segannya.

"Tak salah kalau Lily menangis pon. Abang sanggup tukar baju untuk Lily menumpang bahu."

"Excuse me?" Lily pandang Khair penuh jengkel.

"Abang bergurau. Abang lagi sanggup tengok wajah dingin Lily dari tengok Lily sedih macam ni. Sebab tu abang buat Lily marah." Khair sekali lagi tersenyum manis buat Lily merengus memandangnya.

"Berapa semua kos?" Tak betah duduk disitu Lily berura-ura untuk pergi.

"Tak payah bayar."

"Ha?" Lily kerut dahi.

"Anggap ni rasa bersalah abang sebab tak mampu baiki kereta Aunty Nisa pada hari kejadian. Kalau abang dapat undur masa.." Khair menghentikan kata-katanya sebaik melihat wajah Lily yang mula berubah.

"Lily abang tak maksudkan.."

Lily tunduk wajah, dia betul-betul tak dapat menahan sebaknya sekarang. Dia rindukan ibunya. Mendengar nama Puan Nisa disebut sudah cukup buat dia rasa sesaknya. Lagi-lagi berada di dalam kereta yang menjadi punca kematian wanita itu.

"Lily.."

"Tsk tsk!! Saya okay!" Lily segera berpaling dengan esakan. Khair kaku dia betul-betul tak berniat untuk membuat Lily makin sedih.

"Lily abang minta maaf." Khair tarik bahu Lily sebelum mengusapnya disitu. Lily masih menunduk walaupun dipaling menghadap lelaki itu.

"Wah! Jarang aku nak jumpa bengkel kemas dan aesthetic macam ni! Tak sangka dekat je dengan rumah aku.." Seseorang muncul buat Lily dan Khair serentak berpaling.

"Ops!" Talia yang memegang telefon bimbitnya merakam segenap ruang bengkel buat-buat terkejut melihat babak didepan mata. Kamera dihala tepat kearah keduanya.

Perasan akan dirinya Khair pantas menarik tangan dari bahu Lily.

"Oh oh! Sorry aku tak perasan korang kat sini. Lily kau okay?" Talia cepat-cepat mematikan rakaman video sebelum memandang ke arah Lily.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now