20

34.5K 2.4K 416
                                    

"Auch! Pelan-pelan lah Talia! Kulit aku dah nipis tu!" Berkerut Lily memarahi Talia yang sedang menyapu ubat dipahanya tapi caranya seperti sedang menyiat-nyiat kulit pehanya.

"Lah. Aku fikir kau dah hilang saraf sakit." Perli Talia tak bersalah sambil dia memperlahankan sapuan di peha Lily. Kulit disitu sudah membaik, tunggu parutnya hilang dan mungkin mengambil sedikit masa.

"Excuse me?" Lily jenggil mata.

"Yelah, dah cara macam nak bunuh diri. Tapi itulah nyawa kau je liat."

"Hahahaha! Sudah Talia! Berasap budak tu karang." Dayang yang membawa dua mug air melabuh punggung disofa menempatkan dua gadis itu.

Dia sendiri belum berehat, pulang sahaja dari kerja. Ketibaannya di Airport disambut dua gadis itu lalu dibawa ke rumahnya sendiri. Dasar.

Mujurlah abangnya tiada kerana pergi bercuti bersama kawan-kawannya.

"Aku cuma nak puaskan diri aku." Lily membalas dingin.

"Puaskan diri kau ni salah. Ini namanya memberi penderitaan pada diri. Diorang yang tak sakit tapi kau yang dapat sakit." Ceramah Talia.

Betul kata Talia, dia hanya melihat Ayahnya bermasam muka dengan Puan Sarah untuk beberapa hari dan setelah itu mereka seperti biasa.

"Macam mana aku nak buat lagi? Bunuh mereka kah?"

"Lily!!" Serentak Dayang dan Talia menjerit. Lily lepas tawa kecil mendapat respon dua gadis itu.

"Tak, aku tak akan buat cara tu. Bukan aku kesian tapi.. masih terlalu awal.Macam mana diorang ambil masa yang lama menikam aku dan Ibu dari belakang. Begitu juga aku. Sikit demi sikit aku tikam mereka.. Sampai dia rasa deritanya.."

"Kalau dia mati sekalipun, aku harap dia mati dalam tekanan." Kata-kata Lily sekarang buat Dayang meremang.

"Kau jangan buat macam-macam lagi Lily. Sayang diri kau juga." Ujar Dayang buat Lily tersenyum lantas mengangguk kepalanya.

Hanya Talia diam memerhati wajah itu. Entah kenapa hatinya rasa tidak enak. Sudah pasti ada sesuatu yang Lily rancang.

"Jadi Erma akan bertunang esok. Okaylah berkurang seorang langau dalam rumah tu." Dayang tarik mug lalu disua ke mulut.

"Tak. Itu tak okay." Kata-kata Lily buat Talia dan Dayang serentak berpaling.

"Apa kau cakap?"

"Kalau dia duduk jauh, dia lebih bahagia. Sebaiknya dia dekat dengan aku.."

"Jadi?" Mata Talia membulat sedikit.

"Sama ada aku akan batalkan perkahwinan itu.. atau aku buat dia ditinggalkan.."
....

"Ya Allah.." Terjelepuk Erma di atas lantai melihat apa yang ada di atas katilnya kini.

Tangan naik menekup mulut dengan mata terasa berat menunggu bila-bila masa empangan air mata itu pecah. Perlahan-lahan tubuh itu terlurut jatuh melihat baju dihadiahkan Puan Ida dan Khair kini rabak menjadi kepingan-kepingan yang tak mungkin mampu dibaiki lagi. Baju bewarna kuning pastel asalnya sudah siap untuk dipakai dan digantung di dalam almari tapi entah bagaimana oagi itu, dia temui baju itu terlipat dengan koyakan seperti digunting seseorang.

Padahal majlis pertunangan itu akan berlangsung hari itu, segalanya sudah disiapkan, bagaimana dia mahu memberitahu Puan Ida yang baju itu tidak mampu dipakainya kerana sudah koyak semuanya. Puan Ida sangat mengharapkan dia untuk memakai baju itu, kerana katanya Khair yang memilih untuknya.

Erma raup wajah ke rambutnya sebelum dia menunduk kepala kelantai. Setitis demi setitis air mata kini tumpah dipipinya. Entah bagaimana dia gambarkan rasa itu. Sakit, marah dan geram bercambur baur buat dia ingin mengamuk melepas segalanya.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now