34

34.1K 2.5K 257
                                    

Lutfi hela nafas dari berpaling kebelakang memandang dari tingkap kaca sliding door menampakkan ahli keluarganya sedang serius berbicara. Lily terutamanya.

Dia menyangka Lily sudah mula melupakan apa yang telah berlaku pada Ibunya dan berhasrat ingin memulakan sesuatu yang baru dengan adiknya Khair. Tapi siapa sangka, dalam diam wanita itu sudah atur semuanya.

Lutfi senyum tipis, dia tak boleh kata apa juga. Dia tidak ada ditempat Lily.

"Abang.." Lutfi jungkit kening sebelum tunduk kepala memandang Lisa sedang membongkok mengusap kucing peliharaan Lily dan Khair.

"Ya Lisa?"

"Betul ke Ayah dengan Mama akan bercerai?" Tak bernada Lisa menyoal buat Lutfi kelu mencari jawapan yang sesuai untuk anak itu.

"Lisa tahu kam Lisa masih kecil?" Lutfi turut duduk mendekati anak itu.

"Lisa tak patut fikirkan urusan orang dewasa. Lisa patut enjoy zaman kanak-kanak Lisa dulu." Lutfi senyum tipis.

"Lisa tahu." Lisa tunduk kepala.

"Lisa jangan risau, walauapapun jadi pada Ayah dan Mama Lisa. Lisa masih ada keluarga, tak ada apa yang merubah fakta yang mereka Ayah dan Mama Lisa." Lutfi usap kepala Lisa cuba menyedapkan hati anak itu.

"Lisa tak marah Ayah dan Mama bercerai." Jawapan ringkas Lisa buat Lutfi tersentak.

"Hah?"

"Lisa dah tak nak tengok mama dengan Kakak Lily bergaduh. Lisa tak nak tengok Kak Lily sakit lagi. Lisa tak mahu tengok mama menangis lagi."

"Lisa.." Lutfi terkedu.

"Kalau Ayah dan Mama bercerai, semua itu tak akan jadi lagi kan Abang?" Lisa dongak memandang mata Lutfi.

Lutfi terdiam, bagaimana anak kecil seperti Lisa boleh faham situasi seberat itu.

"Lisa!" Mendengar nama dilaung Erma, Lisa pantas berpaling dengan senyuman lebar.

"Jom balik." Ajak Erma. Lisa pantas bangun menepuk punggungnya.

"Bye Abang Lut! Bye Ferrarri!" Lisa melambai tangan sebelum berlari mendapatkan Erma tidak jauh dari situ.

Lutfi hela nafas berat sebelum dia geleng lemah kepalanya.

•••

Sunyi perjalanan mereka pulang ke rumah. Tiada patah kata keluar dari ulas mulut masing-masing. Fajir dalam duniannya sendiri dan begitu juga Sarah. Hinggalah mereka tiba di garaj rumah. Sarah terlebih dahulu keluar dari perut kereta dan Fajir masih diam di dalam kereta.

Satu keluhan nafas berat dilepaskan, sebelum dia tolak pintu kereta. Langkah tidak diatur terus masuk ke dalam rumah malah dia menuju ke taman bunga tempat menjadi kebiasaan arwah Anisa meluang masa diwaktu petang.

Dia melabuh punggung dibangku. Bagai terngiang gelak tawa Lily dan Anisa masih segar ditaman itu tak lama dahulu. Diganti dengan jeritan dan teriakan Lily. Mata terpejam  rapat saat terbayang kesakitan Lily melukakan diri sendiri di hadapan matanya dahulu.

Dia seorang ayah dan seorang suami yang betul-betul gagal. Dia sudah korbankan perasaan Lily dan sekarang. Perasaan Lisa pula dipertaruhkan.

Hanya tuhan sahaja yang tahu segala kekusutan di kepalanya sekarang.

"Maafkan abang, Anisa.."

"LILY jom tidur." Khair peluk tubuh memandang Lily jauh termenung di ruang tamu.

"Abang tidur dulu,," Balas Lily dengan senyuman. Kepala mendongak kebelakang memandang Khair yang menghampiri.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now