22

32.1K 2.6K 161
                                    

"Kamu kemana Lily?" Cemas Encik Fajil menyoal Lily yang baru tiba setelah semalaman hilang entah kemana. Dia malah hampir melaporkan pada pihak polis untuk mencari anaknya, Lily yang hilang secara mengejut dengan pintu bilik terbuka, aircond yang masih terpasang. Telefon bimbit sahaja ditinggal gadis itu. Bapa mana yang tidak risau.

"Lily..." Lily pandang Puan Sarah yang turut melangkah cemas ke arahnya. Serta merta riak wajahnya berubah. Memang sengaja dia tidak izinkan Khair menghantarnya sehingga ke perkarangan rumah. Mungkin sengaja mahu melihat reaksi ayahnya tapi baru sekarang dia menyesal tidak meminta lelaki itu menghantarnya hingga ke muka pintu. Mungkin dia akan puas melihat riak Erma kelak.

"Lily ke rumah kawan." Balas Lily mendatar lantas terhinjut-hinjut melangkah masuk kedalam rumah.

"Kawan yang mana? Dayang?" Soal Encik Fajir lagi sebelum matanya jatuh memandang langkah Lily kelihatan tidak normal.

"Kenapa dengan kaki kamu Lily?!"

Lily berhenti melangkah sebelum menarik nafas panjang. Suara Encik Fajir betul-betul buat dia rimas mendengarnya.

"Apa dah jadi kat kamu Lily? Semalaman hilang, balik dengan kaki terluka macam ni. Apa yang kamu buat?" Leter Encik Fajir lagi.

"Kenapa ya? Sejak Ibu dah tak ada ayah kuat membebel? Ayah dulu diam dan tak banyak cakap macam sekarang.."

"Sebab kamu satu-satunya anak ayah dengan Ibu, tugas ayah sekarang untuk jaga kamu.." Mengendur suara Encik Fajir mengundang senyuman sumbing di bibir Lily. Matanya melirik memandang Puan Sarah tak berkelip kegusaran memandangnya.

"Aunty Sarah dengar? Saya satu-satunya anak ayah dan Ibu.. Keluarga kami lengkap sebelum Aunty tiba." Pedas kata-kata Lily dituju kepada Puan Sarah, cukup buat wanita itu menunduk memandang lantai.

"Lily.." Suara Encik Fajir kedengaran mendatar, malah lelaki itu sekarang sudah tidak berani memarahinya.

"Tanya diri Ayah kenapa Lily selalu terluka macam ni.." Lily kembali melangkah terhinjut-hinjut mendaki tangga. Pedih yang dia rasakan tidak sepedih duka yang dia lalui. Kenapa mereka lebih peduli pada luka di kaki itu berbanding luka yang lebih parah dihatinya.

"Ada yang lebih sakit dari ini, yang tak mampu ayah lihat." Sebaik menutur ayat terakhir Lily berlalu meninggalkan dua orang itu. Dia sudah tidak betah lagi berlama melihat pasangan itu. Muak!

Encik Fajir terkedu memandang belakang anaknya. Satu helaan nafas berat dilepaskan. Entah bagaimana lagi dia ingin mengembalikan anaknya seperti dahulu. Ianya tidak mungkin lagi.

"Lambat sampai harini Encik Bos?" Sapa Izwan seorang pekerja bengkel saat keluar daripada tandas dan memandang Khair baru keluar dari pintu pejabatnya untuk menukar pakaian yang lebih sesuai untuk dibuat kerja bengkel.

"Ya, saya terbangun lewat." Khair senyum. Wajahnya hari ini kelihatan begitu segar dan bertenaga mungkin rehatnya terlebih cukup. Pagi tadi dia sempat menelefon mamanya memaklumkan dia tidur di bengkel. Jika tidak dimaklumkan mungkin fikiran mamanya boleh sampai ke Pluto.

"Kereta-kereta customer semalam semua dah ambil hari ni, dan kereta Puan Rashidah pun dah dihantar." Lapor Izwan buat Khair mengangguk kepalanya. Sisanya beberapa buah kereta lagi yang belum mereka baiki. Kerja yang tak akan pernah habis, buat apa dia fikirkan. Itu minatnya juga.

"Harini ada kereta baru masuk?" Soal Khair.

"Yup ada, awal-awal pagi ada kereta seorang doktor baru masuk untuk buat minor service. Mungkin lepas tengah hari nanti dia datang ambil." Jawab Izwan. Satu keluhan terbit dari ulas bibirnya buat Khair tersenyum. Pasti pekerja-pekerjanya kepenatan dengan berbuah-buah kereta datang tidak henti minggu itu.

Bukan CinderellaDär berättelser lever. Upptäck nu