44

33.4K 2.5K 180
                                    

Mata Lily bergerak memandang Khair segak bersiap dihadapan cermin mengemas baju dipakai pada tubuh tegap lelaki itu. Bersungguh Khair mencari baju sepasang dengannya, warna cream lembut kena pada warna kulit cerah milik suaminya.

Siap mengemaskan baju pada tubuh, Khair capai botol perfume lantas menyembur bebas pada tubuhnya.

"Siapa yang pregnant sekarang? Dia yang beria." Lily yang duduk di birai katil bangun sambil pegang perut memboyotnya.

Dengar sahaja komen isterinya, bibir Khair melorek senyum. Laju sahaja tangan kekar itu menarik pinggang Lily merapat.
"Baba pun mesti nak beria kalahkan mama okay. Tak sabar nak tahu anak kita lelaki ke perempuan."

"Lily pun." Walau ada senyum di bibir isterinya. Khair tahu Lily masih gugup.

Ini kali pertama Lily bertemu dengan rakannya dan orang lain setelah lama mengurung diri di dalam rumah dan keluar semata-mata untuk memeriksa keadaan bayi mereka.

Malah Khair sekarang memendekkan waktu kerja ke 4 jam sehari semata-mata untuk berada di sisi isterinya.

"Lily takut?" Khair usap kepala Lily yang kemas bertudung. Peristiwa itu banyak mengubah diri Lily. Berkat dorongan Khair dan Encik Fajir. Lily sekarang gemar mendengar bicara dan ceramah agama saat sendirian. Adakala tika gadis itu teringatkan momen hitam itu, Lily akan memasang zikir ataupun ayat Quran untuk menenangkan diri sendiri. Malah mulut comel isterinya kini sudah lancar menghafal zikir lebih dari dia.

"Sikit." Lily dongak membalas tatapan suaminya.

"Tak perlu takut Lily. Kan abang dah pesan, sekarang ni Lily kat dunia nyata. Lupakan mimpi buruk tu ya?"

"Kawan-kawan Lily dah sungguh-sungguh call abang dari subuh semata-mata nak jumpa Lily hari ni." Dengar sahaja ayat itu, bibir Lily sudah tercebik dengan air mata mula bergenang di tubir.

Dia sedih kerana dia rindukan sahabat-sahabatnya. Dia terharu apabila Talia dan Dayang sudi menelefon Khair subuh-subuh hari semata-mata tanya tentang makanan yang Lily nak makan.

"Olo.. Abang cakap sikit pun dah nak menangis." Khair garu kening sebelum dia tarik Lily dalam pelukan. Sensitif Lily sekarang bukan boleh dibuat main. Salah cakap sikit pecahlah empangan tak berapa kukuh isterinya itu.

"Okay-okay. Sorry.. Abang paksa Lily ke?" Khair lerai pelukan sebelum dia tunduk menyoal isterinya.

Tiada jawapan selain gelengan dibalas Lily.

"Lily takut?"

Lily diam tersedu-sedu sambil dia usap air mata sendiri.

"Lily rindu Dayang dan Talia."

"Laa, kalau rindu jangan lah menangis. Kan diorang ada kat bawah tu.."

"Abang marah Lily nangis.." Sekali lagi bibir Lily tercebik-cebik.

"Ehh tak.."

"Shh.. Jangan menangis sayang.. Nanti orang ingat abang dera Lily." Mati akal Khair dibuatnya sudahnya dia tarik Lily dalam pelukan dalam 2 minit mereka berkeadaan begitu barulah Lily leraikan pelukan lantas menarik tisu menyapu air mata.

Entah kenapa, semua benda nak ditangiskan.

"Maafkan Lily, Lily tak tahu kenapa.."

"Shh.. Tak apa." Khair tarik kepala Lily lantas menghadiahkan kucupan hangat di dahi isterinya.

"Lily ready?" Umpama sang raja menghulur tangan buat sang ratu. Akhirnya bibir Lily tersungging senyum manis.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now