17

30.5K 2.7K 670
                                    

"Tak sangka mama dapat makan sekali dengan Khair dan Erma harini." Puan Ida tersenyum memandang Khair dan Erma silih berganti.

"Kenapa Aunty tak ajak je Erma keluar kalau Aunty bosan?" Soal Erma sambil tangan memotong chicken chop di dalam pinggan.

Khair diam dalam dunianya sendiri.

"Aunty tak nak lah kacau Erma. Erma sibuk dengan sekolah lagi. Nak balik tengok mama Erma lagi." Puan Ida tersenyum, moodnya harini membuak-buak bahagia apabila Erma dan Khair serentak bersetuju untuk keluar makan dengannya.

"Tak apa Aunty, hari minggu Erma cuti."

"Khair, mama tengok Erma macam susah nak potong ayam tu. Tolong potongkan untuk dia." Puan Ida sentuh bahu anak lelakinya. Khair pandang sekilas sebelum akur menarik pinggan Erma lalu memotong ayamnya.

"Te,,terima kasih Khair." Erma teguk air liur. Dari sisi sahaja Khair nampak kacaknya. Untungnya dia jika dapat memiliki lelaki itu. Tetapi sejak kejadian dimana dia mendapat video Khair dan Lily berpelukan. Dia tidak menghubungi Khair dan lelaki itu juga tidak ada datang menjelaskan.

Segala persoalannya sudah terjawab yang Khair tidak menganggap dirinya sesiapa.

"Nah." Khair kembali menolak pinggan Erma buat gadis itu tersentak. Dia hampir mengelamun di hadapan Puan Ida dengan menatap anak teruna wanita itu!

"Erma dah lama ke jadi cikgu?"  Soal Puan Ida sambil tersenyum memandang telatah Erma kelihatan segan ditangkap menatap anak terunanya.

"Er, dah masuk tahun ketiga."

"Wah agak lama juga tu Erma. Sepanjang tu, tak ada ke berkenan dekat Erma ni? Cikgu-cikgu sekolah tu ke?" Puan Ida jeling anaknya kelihatan tenang menyua makanan ke dalam mulut. Khair kelihatan tidak berminat.

"Ada tu ada lah juga.." Erma tersipu menunduk segan.

"Tapi hati Erma tak terbuka untuk orang lain." Balas Erma perlahan dalam segan. Puan Ida kerut dahi.

"Jadi hati Erma terbuka untuk siapa?" Sebaik soalan itu diaju, mata Erma spontan bergerak menjeling ke arah Khair.

"Mungkin jodoh Erma belum tiba." Erma cepat-cepat mengawal riak wajah. Dia tak mahu orang-orang itu tahu apa terbuku lama dihati. Cinta, cinta juga tapi dia tidak akan jatuhkan maruahnya sebagai wanita untuk beria menunjuk cinta pada lelaki yang tak sudi.

"InsyaAllah jodoh Erma tak lama dah." Puan Ida tersenyum lebar lantas memegang tangan gadis itu buat mata Khair bergerak lantas memandang mamanya.

Hatinya rasa sesuatu.

•••

'Ktang!!' Bunyi kaca pecah kuat bergema buat Puan Sarah yang sedang mengemas dapur segera menapak ke meja makan. Hampir luruh jantungnya melihat makanan dimasak untuk makan siang sudah selamat bertaburan di atas lantai.

Lambat-lambat dia mengangkat wajah memandang wajah bengis Lily dihadapan.

"Kau nak bunuh aku ke orang tua?!! Tak sedap!" Tengkingan Lily bergema.

"Lily? Apa yang tak kena?"

"Ah! Aku tak boleh bayangkan macam mana ayah aku boleh curang dengan perempuan macam kau! Sudahlah masak tak sedap. Ibu aku beribu ganda better daripada kau!"

"Lily.. maaf.." Puan Sarah hilang kata-kata.

"Kau dah bomoh-bomohkan ayah aku ke orang tua?" Mencerlung mata Lily

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now