31

35.8K 2.7K 304
                                    

Brek tangan ditarik dengan helaan nafas berat. Mata dipejam seketika mencari kekuatan. Dia tahu dia tidak cukup kuat untuk menghadapi semua ini tetapi ini sudah suratan hidupnya untuk terus tempuhi. Dia harus ikhlaskan melepaskan apa yang dia sayang. Orang yang dia cintakan sejak sekian lama. Sakit bukan?

Sebaik pintu kereta dibuka dan tubuh keluar dari perut kereta. Sebentuk cincin di jari manis diusap sebelum dia dongak kepala memandang sebuah bengkel besar berdiri dihadapannya. Bibir ukir senyum pahit mengubat lara yang diukir mereka sebulan yang lalu.

"Cik Erma?" Erma toleh memandang seseorang menyapanya. Senyuman dihulur buat gadis bernama Azwa itu.

"Khair ada? Saya ada benda nak jumpa dan bagi kat dia." Balas Erma lembut.

"Ada, Bos Khair ada dekat office dia." Balas Azwa ramah. Rasa juga aura kejanggalan, memandangkan gadis dihadapannya sekarang bekas tunang majikannya manakala Khair malah telah berkahwin dengan Lily!

"Oh, boleh saya masuk?" Pinta Erma.

Azwa terkebil-kebil sebelum lambat-lambat mengangguk kepalanya.

"Silakan."

Erma tarik nafas panjang lantas melangkah mendaki tangga nenuju ke pejabat Khair. Sudah lama dia menyendiri, tiba masa dia akhiri semua itu. Khair juga sudah bahagia bersama Lily. Dia sudah tidak mahu lagi hidup dalam pengharapan untuk cinta lelaki itu. Dari awal dia cuma dijadikan bahan untuk puaskan hati Lily sendiri.

Kedengaran kejam. Tapi itulah hakikat yang dia kena tempuhi untuk menjadi seorang Erma.

Erma diam sejenak di muka pintu separuh terbuka, dan Khair di dalam bersama sekeping kertas kelihatan sibuk menilik kotak-kotak di dalam pejabatnya.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumu..." Khair yang menoleh terjeda.

"Salam.." sambungnya kendur.

"Saya ganggu awak?" Soal Erma tenang. Khair tarik nafas memandang kotak-kotak di sampingnya.

"Tak, masuklah." Pelawa Khair seraya meletak helaian kertas di atas kotak lantas menuju ke arah sofa.

Sebaik melabuh duduk di sofa dan meneguk air mineral di situ. Khair pandang Erma masih tegak menunduk.

"Duduk lah." Sekali lagi Khair mempelawa. Erma teguk air liur perlahan-lahan mengangguk kepala seraya melabuhkan punggung di atas sofa.

"Lama kita tak jumpa. Awak sihat?" Khair akhirnya terdahulu membuka bicara.

"Saya sihat.." Cuma hati ini masih belum sembuh dipermainkan awak Khair.

"Baguslah." Balas Khair ringkas.

Keadaan kembali janggal. Erma genggam tangan sendiri kemas sebelum dia menarik nafas panjang. Cincin di jari manis ditatap sayu.

"Banyak persoalan yang ada dalam fikiran saya.."

"Sebaiknya awak simpan soalan tu dan jangan tanya saya." Laju Khair memotong buat Erma angkat wajah merenung wajah lelaki itu.

"Tapi kenapa Khair? Saya ada hak untuk tahu!" Dingin Erma tatap lelaki itu.

"Awak tahu kan jawapan yang akan saya bagi akan sakitkan awak nanti. Sebaiknya jangan tambah luka yang sedia ada." Tenang Khair membalas buat Erma ketap gigi merenung lelaki itu.

"Adakah Lily yang rancangan semua ni?" Erma berkeras mengaju soalan. Dia cuma mahukan satu jawapan yang boleh mengubat hatinya. Tapi rasanya tidak mungkin.

Riak kosong Khair menjawab segalanya.

"Tak, saya yang rancang semua ni."

Erma tunduk merenung hari manisnya. Sudah Khair katakan jangan ajukan soalan, dia malah tetap berdegil.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now