PROLOG

70.1K 3.6K 322
                                    

Gelak tawa riuh di dalam rumah agam itu kedengaran dari jauh. Lily memandang ibu dan ayahnya dihadapan.

"Lily kenapa? Murung je?" Soal Puan Anisa memandang wajah redup anaknya di tempat duduk belakang. Lily senyum tipis.

"Betul ke Abang Khair dengan keluarga nak keluar negara ibu?" Soal Lily mendatar. Puan Anisa senyum tipis.

"Iya sayang. Mereka dah kena pindah sana. Uncle Rozi dah kena bertugas kat sana." Balas Puan Anisa sambil menanggalkan tali pinggang keledarnya.

"Sudahlah, mereka dah tunggu lama. Lily tolong bawa hadiah sekali ya?" Encik Fajir pula menyampuk lantas keluar dari perut kereta.

Lily akur lantas mengambil bungkusan kemas dibalut ibunya. Pintu kereta dibuka dari luar oleh Puan Anisa yang lebar tersenyum buat anak kecilnya. Lily masih 8 tahun tapi sudah pandai merasa sedih.

"Jom sayang" Encik Fajir hulur tangan buat Lily disambut anak kecil berdress ungu itu.

"Dia sedih lah tu Khair dah nak tinggalkan dia." Puan Anisa mengeluh sambil memandang suaminya. Khair yang banyak menjaga Lily disekolah sejak Lily muka masuk ke sekolah rendah.

Khair banyak membantu, memanjakan Lily tak ubah seperti adik sendiri jauh beza dari Erma sama usianya dengan Khair iaitu 11 tahun dan turut anak kepada rakan baik mereka. Waktu rehat dan balik sekolah hanya Khair yang menunggu Lily di pintu kelas sehingga Lily selamat pulang bersama ibu atau ayahnya. Mungkin sebab itu Lily terasa dengan kepergian lelaki itu kelak.

"Wah dah sampai dah budak kecil ni!" Puan Ida tersenyum lebar menyambut kedatangan rakan baiknya dengan menyapa si kecil Lily bersama bungkusan hadiah.

"Maaf lewat sikit." Ujar Puan Anisa.

"Ish tak apa lah. Jemputlah makan dulu! Semua pun baru siap ni!" Balas Puan Ida kecoh. Mata Lily bergerak mencari susuk seorang sebelum dia menangkap Khair bersama Erma bermain di tepi kolam renang. Lily senyum lebar.

"Aunty nah!" Bungkusan hadiah ditanganha dihulur buat Puan Ida.

"Terima kasih Lily comel." Puan Ida senyum lebar menyambut huluran hadiah si kecil itu sebelum matanya terkebil-kebil memandang Lily berlari begitu sahaja meninggalkan dia.

"Hahaha, maaflah kak. Dia cari abang Khair dia tu lah" Puan Anisa geleng kepala melihat Lily berlari ke arah Khair. Puan Ida turut tersenyum.

"Macam mana lah dia kat sekolah tak ada Khair nanti ya.." balas Puan Ida simpati.

"Tak apa lah kak. Pandai-pandai lah dia. Dah besar dah tu" Encik Fajil menyampuk buat Puan Ida senyum tipis memandang anak kecil itu.

"Abang Khair!" Lily melaunh nama Khair buat lelaki itu pantas berpaling.

"Lily! Mari lah sini!" Jerit Khair kembali. Erma dihadapan Khair turut tersenyum lebar.

"Abang Khair dengan kak Erma tengok apa tu?" Soal Lily polos sambil kepala menjenguk-jenguk memandang apa yang menarik perhatian mereka berdua.

"Ni tengok ni. Comel tak?" Khair bangun mendukung sesuatu. Seketika mata Lily membulat.

"Ini kucing kan?" Soal Lily teruja.

"Lily tak pernah bela kucing ke?" Soal Erma pula. Lily angguk.

"Ibu dengan ayah tak pernah bawa balik kucing. Ini kucing siapa?" Soal Lily lagi. Khair mengusap kepala anak kucing itu.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now