32

37.5K 2.6K 191
                                    

"Lama menghilang, doktor Ilham patah hati ke?" Lily buang apron pada tubuh sebelum menghulur pada pekerjanya. Ilham senyum segaris.

"Sibuk sikit dekat hospital." Balas lelaki itu. Lily lepas tawa kecil sebelum menggamit lelaki itu mencari tempat duduk untuk mereka makan bersama.

"Macam mana hidup dengan cinta hati? Best?" Soal Ilham sebaik mereka menemui tempat strategik untuk berborak di dalam restoran Lily itu.

"Tipulah kalau saya tak bahagia. Khair lelaki terbaik yang pernah saya jumpa."

"Auch saya cemburu." Sengaja Ilham pegang dada menunjuk rasa sakitnya, mengundang tawa Lily.

"Sejak bila kamu berdua bercinta? Talia cakap korang tak pernah bercinta." Soal Ilham lagi. Mata Lily terjenggil, sejak bila Talia jadi geng doktor Ilham pula ni?

"Sejak bila awak jadi geng Talia?"

"Haritu Talia ada ke hospital bawa mummy dia. Kebetulan kami berjumpa, Talia ajak saya lunch lepas hantar Mummy dia pulang." Terang Ilham.

"Oh si Talia yang tak ada kerja." Dan mulut tak boleh nak jaga. Lily tepuk dahi.

"Apa lagi yang Talia cerita?"

"Semuanya. Tanpa saya minta." Tak bersalah Ilham membalas.

"Dia gunakam kisah saya sebagai topik untuk berborak." Lily mengeluh.

"By the way, apa yang Talia cakap semua betul. Saya tak bercinta dengan Khair."

"Jadi awak guna perkahwinan ni semata-mata untuk balas dendam?" Tebak Ilham.

"Tak! Tak! Bukan macam tu.. Saya suka Abang Khair.. Tapi.."

"Tapi?" Ilham jungkit sebelah kening. Sebelum anak matanya bergerak mendongak ke atas. Senyuman tipis diukir buat orang itu.

"Tapi saya tak tahu, saya cemburu dan geram apabila abang Khair bertunang dengan Erma. Saya ingat sebab saya bencikan Erma tapi sebenarnya saya benci apabila Abang Khair pilih Erma daripada saya." Ilham lepas tawa kecil.

"Awak boleh tahan comel juga ya." Mata Ilham menangkap seseorang di belakang Lily menjenggil memandangnya. Dia senyum nakal.

"Saya tahu si Erma tu dan lama sukakan Abang Khair dan selama ini saya diam dan memerhati dia. Dalam erti kata lain saya mengalah." Lily mengeluh sambil mengacau air baru dibawa pekerjanya di meja itu.

Khair tegak berdiri dibelakang tunduk wajah dengan senyuman tipis. Jadi selama ini Lily pendam perasaanya semata-mata mengalah untuk Erma?

"Tapi setelah apa yang dah jadi pada Ibu. Saya tak rasa, saya perlu berpura-pura menjaga perasaan orang yang terang-terang tikam saya dari belakang." Wajah Lily bertukar dingin.

"Saya akan ambil kembali semua hak saya.."

"Jadi awak nak cakap Khair tu hak awak?" Soap Ilham lagi.

Lily angguk penuh yakin.

"Ya."

"Auch! Sekali lagi saya cemburu! HAHAHA." Ilham lepas tawa kecil memandang Khair berundur beberapa langkah kebelakang. Seperti mengatakan, anggap sahaja dia tidak dengar apa diperkatakan Lily tadi.

Mungkin Lily memerlukan masa untuk berterus terang tentang semua itu padanya. Dia tidak akan mendesak himgga menimbul ruang janggal antara mereka nanti. Lagipun sekurang-kurangnya dia lega, Lily juga ada perasaan sama padanya.

"Tu milik awak dah sampai." Ilham muncung mulut ke arah Khair yang melanglah tak jauh dari mereka. Laju sahaja bibir Lily mengoyak semyum memandang suaminya.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now