EPILOG

49.5K 2.8K 317
                                    

Jemari kecil kemas menggenggam jemari milik si wanita, manakala tangan kirinya pula kemas memegang batang cotton candy dibeli wanita disebelah. Senyuman mekar dibibir tidak sabar mahu berkongsi gula gula kapas itu dengan ibunya.

"Baba!!" Lihat susuk tubuh seorang lelaki yang keluar menyambutnya. Tubuh kecil Naaila menjerit teruja seraya melepas genggaman dari tangan wanita yang memimpinnya tadi.

"Hey jangan lari Naaila!" Khair laju tunduk mendepa tangan dan serentak itu Naaila memeluk leher babanya minta didukung. Senyuman Khair terbentuk.

"Amboi jumpa Baba dia, terus lupa Mak Ngah ya?" Dayang cekak pinggang.

"Naaila pergi mana dengan Mak Ngah?" Khair soal anak kecilnya.

"Baby.. Mak Nah bawa Baby." Balas Naaila pelat.

"Baby? Comel tak?"

"Comel!!" Jerit Naaila teruja.

"Naaila nak baby tak?" Soal Khair lagi. Mata Naaila membulat teruja.

"Nak! Naaila nak baby."

"Tunggu baby dalam perut Mak Ngah keluar tau. Tak lama dah." Khair tunjuk perut Dayang yang sudah sarat mungkin beberapa minggu lagi mereka akan ada keluarga baru.

Naaila berpaling memandang perut ibu saudaranya. Dayang pula tersenyum mengusap perut sendiri. Alhamdulillah, hampir dua tahun berkahwin dengan Lutfi, giliran mereka pula menimang cahaya mata.

"Naaila nak baby Mak Nah." Naaila pandang ayahnya seperti meminta barang mainan dikedai.

"Mana boleh main minta-minta Naaila. Ni Pak Ngah punya." Entah dari mana Lutfi muncul memeluk pinggang isterinya.

Khair pula tergelak kecil melihat wajah cemberut Naaila.

"Baba..." Naaila cebir bibir meminta Khair lakukan sesuatu.

"Ya, ya. Nanti baby Mak Ngah keluar Naaila pun boleh main dengan baby." Khair tolak kepala Naaila kebahu memujuk anak itu.

"Macam mana dengan anak Dzul dan Fatnim?" Lutfi menyoal isterinya. Dayang yang sibuk kehulur kehilir menjenguk Fatnim di hospital di pihak keluarga abangnya.

Katanya dia rasa serba salah kerana orang tua mereka tak pernah nak peduli pada keluarga sendiri, sudahnya giliran Dayang yang membantu Fatnim di hospital bagi pihak seorang ibu mertua bagi Fatnim. Mujurlah Dzul yang terlebih paranoid itu selalu ada disamping isterinya.

"Macam baby lah."

"Yelah macam baby. Sihat? Fatnim macam mana?"

"Kenapa abang risau pasal perempuan lain pula ni?" Dayang soal Lutfi kembali.

Giliran dahi Lutfi berkerut. "Lah Fatnim tu kakak ipar abang juga, pekerja abang. Takkan nak ambil tahu pun salah?" Aih makin parah cemburu isterinya seorang ni.

"Dia okay. Baby sihat, tembam. Hidung dia mancung macam abang Dzul." Balas Dayang dengan senyuman bangga. Lutfi senyum lantas mengusap kepala isterinya.

"Abang pun tak sabar nak tengok muka anak kita. Confirm macam abang.."

"Siapa cakap ni? Confident sangat. Mana tahu sekali keluar muka saya?"

"Abang ayah dia.."

"Tengok Naaila keluar sebijik muka Lily haa. Tak ada muka Khair."

"Itu anak diorang."

"Sudah.." Khair mengecil mata bersama anaknya yang terkebil-kebil memandang pasangan itu.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now