19

29.5K 2.6K 575
                                    

Sebaik hempas pintu kereta, dahi Lily sendikit berkerut memandang beberapa buah kereta tersusun dirumahnya. Ada apa didalam? Perempuan tua tu dah meninggal ke apa?

Jika meninggal, dia patut cari baju paling cantik untuk pengebumian wanita itu.

"Lily!" Mendengar namanya dipanggil, Lily pantas menoleh.

"Abang Lut?"

"Lama tak jumpa Lily. Lily sihat?" Soal Lutfi ramah.

Lily hulur senyum tawar.
"Abang Lut buat apa kat sini?" Soal Lily tidak bernada. Kerutan di kening jelas menunjuk yang kehadiran lelaki itu buat dia tak senang.

"Abang pon baru sampai, erm abang nak join mama dan papa..."

Kata-kata Lutfi tiba-tiba terhenti sebaik dia pandang jauh ke dalam mata gadis itu. Seperti flashback buat dia serba salah untuk teruskan ayatnya.

"Nanti abang Khair balik Malaysia kita jumpa lagi ya. InsyaAllah kalau ada jodoh" Khair tunduk sedikit sambil menghulur jari kelingking.

"Jodoh tu apa?" Soal Lily polos. Khair garu kepala sebelum memandang kedua abangnya. Naqib dan Lutfi yang sama menepuk dahi.

"Jodoh tu maksudnya bila ada masa untuk kamu berdua jumpa nanti" Lutfi menjawab bagi pihak Khair. Lily terkebil-kebil seketika.

"Saya nak ada jodoh banyak banyak dengan abang Khair" serentak itu Lily membalas dengan melingkar jari kelinkingnha di hari Khair. Lutfi dan Naqib yang menjadi pendengar menghamburkan tawa dengan kecomelan anak itu.

"Pon boleh.." Khair garu kepala sendiri.

"Kenapa?" Soal Lily apabila Lutfi tidak berkelip merenung wajahnya. Apa difikirkan lelaki itu.

"Abang cuma dah sedar. Lily dihadapan abang sekarang sudah besar.." Lutfi hulur senyum tipis.

"Abang teringatkan saat Lily kecil yang polos tanya abang apa itu jodoh. Sekarang Lily dah besar dan rasanya Lily lebih faham maksud disebaliknya." Kata-kata Lutfi makin buat Lily keliru. Apakah orang korporat ini suka cakap berputar-putar?

"Jadi?" Lily mula merasa jengkel.

"Erma dan Khair dijodohkan mama. Sebab tu abang ada disini." Kata-kata Lutfi buat wajah Lily sedikit kendur. Tetapi gadis itu lebih bijak mengawalnya.

"Mereka dijodohkan bukan berjodoh.." Sekali lagi Lutfi ulang ayatnya.

"Jadi? Apa respon yang patut saya bagi? Menangis?" Lily senyum sinis, sungguhpun dia tidak peduli.

"Tak, abang cuma nak Lily tahu. Itu sahaja."

Lily juling mata ke atas sebelum melangkah meninggalkan Lutfi disitu.

Lutfi senyum tipis, memandang belakang gadis itu. Betul kata mama dan Khair, Lily betul-betul berbeza. Gadis itu kelihatan lebih dewasa dan sukar untuk dijangka

"Lily tak sabar nak berjodoh dengan abang Khair"

"Lily dah balik?" Tak beriak Lily pandang wajah ayahnya yang menyapa. Ruang disitu jadi sunyi seketika sebaik susuk Lily tiba di ruang tamu. Lutfi yang turut membontoti dibelekang menyalami Encik Fajir lantas mengambil tempat di sebelah papanya.

"Kenapa tak jemput Lily bila buat majlis dalam rumah ni? Tak sopan pula kan tuan rumah tak dijemput." Perlian pedas Lily buat Puan Sarah menunduk dan Puan Ida melempar pandang ke arah lain.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now