21

32.3K 2.7K 205
                                    

"Dah boleh kemas barang. Dah lewat ni." Khair pandang jam di dinding bengkel. Sudah menunjuk ke angka 10.30 malam tapi mereka masih disitu bekerja. Membaiki kereta-kereta dihantar pelanggan yang tak ada habisnya.

Tiada seorang pun dipaksa Khair untuk kerja lebih waktu, mereka sendiri yang meminta memandangkan kereta sejak dua menjak ini banyak dihantar pelanggan. Khair pula akur menuruti dan sudi membayar gaji overtime untuk para pekerjannya.

"Bang! Kereta ni sikit lagi nak siap. Kita siapkan kereta ni dulu lah, esok tak banyak sangat kereta." Daus seorang pekerja disitu tiba-tiba muncul dari bawah kereta dengan tubuh terlentang di atas mechanic's creeper.

"Okay semua tolong kereta yang Daus baiki. Kasi siap, lepastu kemas bengkel. Balik." Khair memandang ke arah yang lain sudah berura-ura untuk mengemas. Sebaik mendengar cadangan Khair yang lain akur setuju sebelum bergerak ke arah Daus.

Khair pula mengambil alih mengemas pekakasan diguna pekerja-pekerjanya. Walaupun ia hanya sebuah bengkel, Khair boleh tahan cerewet. Dia tak sukakan kekotoran. Mujurlah setiap pekerjanya sekarang sudah dapat membiasakan diri dengan sikap majikannya yang satu itu.

•••
"Lily.." Seseorang semakin tenggelam dengan tangan keatas cuba menggapai sesuatu.

"Lily.. Ibu sayangkan Lily.." Suara itu bergema dengan pemandangan seorang wanita ditenggelami air.

"Ibu!!" Lily geleng kepala dalam tidurnya. Dahi berkerut dengan keringat peluh.

"Lily anak ibu.. anak ayah." Tubuh itu makin lama makin tenggelam di dasar air.

"Ibu jangan!! Ibu!!"

"Jadi anak yang baik anak ibu.."

"IBU!!" Turun naik nafas Lily dengan mata terbuntang luas memandang sekeliling. Bunyi guruh dan hujan diuar buat Lily meramas rambutnya sendiri lantas bangun memeluk lututnya.

Terketar-ketar tangan itu terbayang kembali peristiwa dimana jasad ibunya dibawa keluar dari sungai. Lily ketap gigi sebelum dia bangun melangkah keluar dari biliknya. Rumahnya sudah sunyi dan gelap. Lily melangkah laju menuruni tangga dengan baju tidur dipakainya.

Pintu rumah dibuka sebelum telinga menangkap bunyi guruh kuat kedengaran. Lily diam seketika dengan nafas masih tidak teratur. Masih terngiang-ngiang panggilan itu dalam kepalanya buat Lily tidak berfikir panjang meredah hujan dilarut malam dengan berkaki ayam.

Pintu pagar rumahnya dibuka sebelum dia melangkah mengikut arah lampu jalan menuju ke satu tempat. Dia takut tapi satu perasaan buat dia terus-terusan melangkah tanpa fikirkan hujan makin lebat. Langkah yang tadinya perlahan kini makin laju dan akhirnya berlari untuk ke tempat yang dituju. Air mata kini sudah bergilir dibawa air hujan.

"Ayah! Tengok Lily ni! Tak nak buat kerja sekolah! Pukul dia cepat!" Terngiang-ngiang suara Ibunya saat dia berdegil tidak mahu mengerjakan tugasan sekolah.

"Lily duduk sini dulu ya? Jangan kacau pelanggan ibu. Baca buku Ibu beli ni." Puan Anisa mengusap kepala anaknya yang duduk di salah satu meja makan di restorannya.

Lily ketap gigi dengan esakan.

"Hm dah nak masuk universiti anak ibu. Nanti duduk jauh tu jangan lupa Ibu pula! Ibu ajak ayah merajuk sama!" Suara manja ibunya penuh mengisi kepala.

"Terima kasih banggakan Ibu dan ayah Lily. Tahniah anak Ibu.." Puan Anisa menitis air mata melihat anaknya lengkap berjubah graduasi dihadapannya dengan sebelah tangan memegang sijil Anugerah Dekan. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan bangganya.

"Tak apa Lily nak kerja kat mana pun. Ibu dengan ayah tak halang.."

"Lily dah besar dan cantik.."

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now