4

37.3K 2.8K 672
                                    

"So macam mana makanan kat sini?" Soal Erma memandang Khair penuh minat. Kekacakan lelaki itu jelas terserlah bila mereka dekat begini walau dalam hiruk piruk kedai, tak sedikit pun mengganggu dia untuk menilik wajah itu.

"Sedap." Balas Khair dengan senyuman tipis.

"Lily memang pandai memasak. Pasti dia yang masakkan untuk awak. Abang kesayangan dia." Erma tergelak kecil tapi disambut hambar oleh Khair. Kekok.

"Saya dengar mama awak cakap awak sekarang ada uruskan sebuah bengkel?" Soal Erma mencari topik untuk berbual.

"Bila mama cakap?" Soal Khair pelik.

"Semalam aunty ada minta nombor telefon saya sebelum balik. Sempat juga lah berborak dengan dia." Teruja rasa hati apabila ibu Khair memujinya cantik.

"Ya saya ada uruskan bengkel. Area kawasan ni juga. Tadi kebetulan Lily ada hantar kereta di bengkel saya. Itu yang saya berminat nak datang sini dengan dia." Balas Khair panjang.

"Lily dah tahu?" Erma agak terkejut.

"Tak. Kebetulan."

Entah kenapa dia dapat melihat Erma melepas keluhan lega. Atau ianya satu perasaannya?

"Bukan ke awak kerja harini? Datang dengan siapa?" Soal Khair pula.

"Oh, saya datang lunch seorang. Saya memang biasa lunch kat sini. Sekolah tempat saya mengajar depan tu je." Erma menunjuk keluar jendela kaca restoran. Khair mengangguk-ngangguk dengan senyuman.

"Lepasni kita boleh lah lunch sama-sama." Kata-kata Erma buat wajah Khair terangkat.

"Boleh juga." Khair senyum tipis, tidak lebih sekadar menyambut perlawaan seorang sahabat.

"Penatnya.." Lily selamba mengambil tempat duduk di sebelah Erma. Melihat wajah Lily berkeringat Khair pantas mencapai tisu ingin menyapu peluh di dahi Lily. Tapi Lily pantas menyambar tanpa sempat tisu itu mendarat di dahinya.

"Thanks."

"Kuatnya bau kari kau ni." Erma menolak tubuh Lily. Lily mencebik menarik bajunya lalu dicium. Memang kuat kerana dia baru habis berperang didapur.

"Kau kan suka bau aku! Nah ambil ambil!" Makin Lily sengaja menyendeng tubuh pada Erma. Khair yang melihat memandang kekok. Apakah mereka memang serapat ini?

"Ee Lily! Habis melekat bau kau kat baju kurung aku. Aku ada kelas lagi tau lepas ni." Rungut Erma, tak pasal-pasal dirinya bau kari di kelas nanti.

"Apa fungsi kau beli perfume mahal-mahal kalau tak boleh sembur kat badan?" Lily cebik bibir lantas menjarakkam tubuh dengan sahabatnya itu. Wajah diangkat memandang si jejaka tampan, si pujaan hati Erma.

"Oh ya, you boleh tumpang balik dengan Erma?" Soal Lily tiba-tiba. Khair kelihatan terkebil-kebil seketika sebelum laju menggeleng kepalanya.

"Tak apa, abang boleh balik dengan Grab or Taxi. Tak nak susahkan Erma." Balas Khair jujur.

"Saya boleh hantarkan. Bengkel awak tak ada lah jauh dari sekolah saya. Tak susahkan pun." Erma pantas menjawab. Khair kelihatan menggaeu kening seketika.

"Betul ke tak susahkam awak?" Soal Khair meminta kepastian. Iyalah dia bekerja tak seperti Erma yang perlu patuh pada jadual. Risau jika mengganggu urusan gadis itu kelak.

"Apa yang susahnya. Boleh saya kenal bengkel awak nanti."

"Okaylah kalau awak dah cakap macam tu." Khair akhirnya mengalah manakala Lily memandang dua susuk itu silih berganti, hanya mata Erma yang kelihatan bersinar teruja menatap Khair manakala lelaki itu kosong tiada sinar seperti Erma. Adakah ini dipanggil cinta bertepuk sebelah tangan?

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now