46

32.2K 2.3K 98
                                    

Lily bangun dari bangku sebaik anak matanya menangkap kereta milik si suami masuk ke perkarangan rumah. Dari tadi dia duduk dibangku menemani Encik Fajir berkebun sambil menjadi teman berborak ayahnya itu.

"Kak Lily!!" Mata Lily dan Encik Fajir sedikit membesar melihat Lisa berlari keluar dari perut kereta. Teruja betul budak tu nak jumpa kakak dia.

"Abang Khair ambil Lisa kat rumah?" Soal Lily sambil dia usap kepala Lisa yang rapat memeluk dirinya.

"Ya, Lisa rindu Kak Lily dengan baby."

"Aih. Rindu akak je? Tak rindu ayah?" Sapa Emcik Fajir kedengaran merajuk.

"Lisa rindu ayah juga." Lisa berpaling dengan sengihan melihat ayahnya comot berkebun.

"Abang." Lily laju mencapai tangan Khair lantas dikucup mesra.

"Dah makan?"

"Dah makan. Harini Lily teringin nak makan mee hun sup. Mujurlah ayah ada tolong carikan." Balas Lily lembut, lembut rasa pelukan Khair di bahunya.

"Mujurlah." Khair senyum tipis sebelum memandang ayah mentuanya masih kusyuk dengan pasu-pasu yang baru dibasuh.

"Mari Khair tolong ayah." Khair lepas rangkulan di bahu Lily dan laju mendekati Encik Fajir.

"Alaa sikit je ni."

"Tak apa."

"Lisa nak main pokok juga Ayah!" Lisa pula menerpa ke arah ayahnya.

"Comot nanti Lisa. Tak payah!" Larang Encik Fajir. Lisa muncung mulut.

"Lisa dah biasa tolong mama kat rumah sana. Lisa tahu lah ayah." Balas Lisa tak puas hati. Tawa Khair dan Lily terhambur bersama, geram dengan kecomelan Lisa.

"Haa yelah, yelah. Tolong Ayah cabut rumput ni. Lepastu ambil berus ni pergi basuh pasu kecil tu."

"Baik bos!!" Laju sahaja tangan kecil Lisa bergerak ke arah pasu ditunjuk ayahnya.

Senyuman Lily terbentuk lega sambil dia kembali melabuhkan punggung di atas bangku memandang keluarganya. Kadang ada tawa yang kedengaran, ditambah celoteh Lisa yang tak pernah habis.

•••

Halus kedengaran dengkuran Lisa, wajah anak itu kelihatan penat, tidurnya begitu nyenyak seperti seseorang yang tiada apa yang pelu difikirkan.

Tangan Lily lembut mengusap kepala itu, entah sejak bila dia jatuh kasih pada anak kecil itu. Yang pasti kali pertama dia melihat Lisa, dia tidak pernah bencikan anak itu. Cuma rasa dendamnya buat dia nafikan kewujudan Lisa. Dan hari demi hari dia sedar, Lisa cuma anak kecil yang tak bersalah. Lisa perlukan Ayahnya dan Lisa perlukan mamanya.

Sama seperti dia.

Tapi entah bagaimana gadis sekecil Lisa boleh memahami situasi yang tak mampu difikir orang dewasa seperti mereka.

"Lily.."

"Abang tak tidur lagi?" Terkial-kial Lily bangun dari baringan dan Khair yang spontan membantu isterinya.

"Macam mana abang nak terlelap kalau Lily tak ada kat sebelah." Suara Khair kedengaran begitu mengada buat Lily melepas tawa kecil.

"Shh!!" Khair bawa jari telunjuk ke mulut. Anak mata hitamnya memberi isyarat kearah Lisa yang sudah terlelap.

Lily tekup mulut. "Sorry.."

"Nanti kalau Lisa kejut. Dia curi Lily dari abang lagi. Susahlah abang nak tidur."

"Ish abang ni! mengada kalahkan Lisa!" Lily cubit kecil perut Khair.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now