38

31.4K 2.4K 268
                                    

Mendengar tapak kaki laju melangkah menghampiri, Lutfi yang menunduk wajah merenung lantai berpaling sebelum anak matanya menangkap susuk sahabat baik Lily masih lengkap dengan seragam kerjanya menghampiri. Ada riak kegusaran terpalit di wajah itu.

"Macam mana dengan Lily?" Tak bersalam Dayang menyapa Talia yang redup wajahnya di samping Erma.

"Ilham cakap Lily tak sedarkan diri lagi. Diorang tengah buat pemeriksaan kat tubuh Lily." Ada getaran dalam nada Talia. Dayang tarik nafas panjang.

"Siapa yang buat semua ni? Lily tak ada musuh! Lily budak baik." Keluh Dayang berat.

"Azam.." Erma menyambung buat Dayang dan Talia serentak berpaling.

Bunyi deringan telefon milik Lutfi mematikan niat Dayang untuk bertanya siapa Azam.

"Ya?" Soal Lutfi sebaik telefon miliknya melekap di telinga.

"Nanti saya kesana." Kening Dayang bercantum melihat rahang Lutfi bergerak-gerak seperti menahan sesuatu.

"Terima kasih.." Lelaki itu kelihatan memejam mata cuba menenangkan diri.

"Ada apa Lutfi?" Soal Puan Ida gusar. Puan Sarah juga turut berpaling dengan persoalan.

"Azam dah ditangkap. Sekarang ada dekat balai polis." Balas Lutfi mendatar.

"Dia yang culik Lily malam tadi?!" Soal Encik Fajir pula. Lutfi diam mengangguk kepalanya.

"Lelaki tak guna.." Erma ketap gigi menahan diri.

•••
"Khair!" Mendengar namanya dipanggil, Khair yang sedang berdiri menunggu di bilik rawatan isterinya berpaling.

"Macam mana isteri aku Ilham?" Soal Khair gusar. Wajah Ilham kelihatan penat untuk mengabarinya.

"Jom ke bilik aku dulu." Balas lelaki itu. Khair tarik nafas panjang mengikut langkah lelaki itu. Ada beberapa kertas ujian makmal dibawa Ilham di tangan.

"Ada apa?" Soal Khair dingin. Dia sudah tidak betah menunggu. Dia mahu temui isterinya sekarang juga.

"Anak kau selamat." Ilham cuba tersenyum, air liur ditelan terasa kesat. Mulutnya rasa kering untuk berbicara.

"Alhamdulillah." Khair raup wajah sendiri.

"Aku cuma nak dapatkan maklumat dari kau." Ilham memandang kertas di tangannya.

"Tentang apa?"

"Bila kali terakhir kau bersama Lily?"

"Ni bukan masa kau nak buat lawak Ilham." Khair merengus.

"Aku tak buat lawa Khair. Aku serius." Wajah Ilham tegang membalas tatapan Khair.

"Minggu lepas," Senada Khair membalas buat Ilham tarik nafas panjang meraup rambutnya.

"Kami dah buat pemeriksaan pada tubuh Lily dan ada temui sperma pada tubuh Lily." Dunia seakan terhenti. Tidak berkelip Khair memandang Ilham dihadapan.

"Lily sah dirogol." Mulut Ilham terbuka mencari nafas, pandangan ditunduk. Matanya rasa hangat, dia sendiri tidak kuat untuk menatap wajah Khair dihadapan.

DERAP LANGKAH longlai menghampiri buat Encik Fajir laju menerpa ke arah menantunya. Wajah Khair pucat, dan ada garis kepenatan di bawah mata lelaki itu menandakan lelaki itu semalaman tidak tidur memikirkan isterinya.

"Macam mana dengan Lily Khair?" Soal Encik Fajir. Melihat wajah bapa mertuanya, mata Khair mula berkaca. Sungguh dia tidak kuat sendiri.

"Lily.."

"Dirogol." Air mata lelakinya laju jatuh mengalir dipipi.

"Ya Allah.." Jantung bagai direntap, Encik Fajir berundur beberapa langkah kebelakang.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now