41

32.2K 2.4K 191
                                    

"Malam ni Lisa bawa cerita apa untuk baby?" Lily meletak buku dibacanya ke tepi sebaik melihat kelinat Lisa bersama bantal di muka pintu. Senyuman tipis dihadiahkan buat anak itu. Sudah lima malam Lisa menemaninya tidur dan sepanjang itu juga dia terbiasa mendengar segala celoteh dan cerita-cerita si kecil Lisa.

Lisa buat dia lupa apa yang sudah terjadi padanya.

"Lisa tak bawa cerita apa-apa." Lisa senyum tipis seraya melangkah masuh menghampiri Lily di atas katil.

"Lisa nampak sedih?" Soal Lily.

"Lisa tak sedih. Lisa dah besar!" Sungguh-sungguh Lisa menjawab buat Lily kerut dahi.

"Abang Khair ada kat bawah?" Soal Lily sambil mengusap kepala anak kecil itu.

"Tak, mama cakap malam ni abang Khair tidur rumah family dia." Jawab Lisa. Lily angguk dengan senyuman tipis. Tipu kalau dia tidak merindui Khair tapi dia masih belum kuat untuk menatap wajah Khair.

Dia tak sanggup melihat kesedihan Khair setelah semua yang berlaku padanya. Dia tahu Khair ikhlas dengan semuanya tapi jauh disudut hatinya sebagai isteri. Dia rasa gagal.

5 hari dia di rumah itu, dan 5 hari dia tidak keluar daripada bilik itu. Ada satu perasaan buat dia tidak berani dan takut melangkah keluar dari pintu bilik itu. Dia masih trauma.

"Akak," Lisa usap perut Lily. Ikutkan kandungan itu sudah mencecah 5 bulan. Sungguh sekejap masa berlalu dan dalam tempoh itu pelbagai perkara yang berlaku pada dirinya.

"Ya?"

"Malam ni malam terakhir Lisa tidur dengan akak.." Suara Lisa berubah buat Lily kerut dahi tidak mengerti.

"Kenapa? Lisa dah tak nak teman akak?"

Laju Lisa menggeleng kepala, tubir mata kecilnya terasa panas. Lagi-lagi melihat wajah Lily dihadapannya. Dia pasti akan merindui kakak Lilynya.

"Esok Ayah dan Mama akan bercerai. Lisa kena ikut mama.."

"Oh.." Lily hilang kata-kata.

"Lisa tak sedih! Lisa happy! Sebab lepasni... lepasni..." Mata Lisa berkaca memandang Lily.

"Lepasni akak dah tak sakit. Lisa tak nak kak Lily sakit lagi. Lisa nak semua orang bahagia."

"Lisa boleh datang jumpa akak lagi kan?" Pandangan polos Lisa buat Lily tak betah selain menarik anak itu dalam pelukan. Tiada kata terungkap dari mulutnya.

"Lisa nak selalu jaga akak, lepasni Lisa nak minta ayah selalu ambil lisa dengan mama bila cuti sekolah. Boleh lah Lisa jaga akak." Lisa menggumam dengan getaran.

"Boleh.."

•••

Pagi yang hening, keletah Lisa tidak kedengaran buat Lily tertunggu-tunggu seseorang datang ke biliknya menkhabarkan apa yang sedang berlaku. Pagi tadi dia bangun, Lisa sudah tiada disebelahnya.

Rasa sesak berlama dihurung persoalan. Lily seret sliding door sebelum membolos tubuh ke balkoni bilik.

"Lily," Baru sahaja dia ingin mengambil angin, panggilan Puan Sarah buat dia berpaling.

"Aunty.."

"Sorry lambat. Ini breakfast kamu dan susu Aunty letak atas meja ya." Puan Sarah hulur senyum manis. Tiada kekesalan atau kesedihan di riak wajah itu.

"Lisa cakap aunty dan Ayah bercerai harini?" Soal Lily.

"Ya, pukul 10 pagi kami bergerak ke mahkamah." Balas wanita itu. Lily diam sambil dia melangkah ke arah wanita itu. Punggung dilabuh di atas katil.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now