33

34.6K 2.7K 417
                                    

Derap langkah diatur ke dapur, melihat sekujur tubuh sedang bertungkus lumus menyiapkan juadah untuk makan malam. Senyuman Khair tersungging dibibir sebelum dia melangkah merapati isterinya belum sempat tangannya melingkar di pinggang Lily niatnya terbantut sebaik melihat tapak tangannya masih ada sisa kotoran. Khair Tarik kembali tangannya dan melangkah menjauhi tubuh Lily beberapa langkah. Dia cuma tidak mahu kotorkan isterinya.

"Oh! Abang dah balik?" Lily agak tergamam saat dia berpaling dan melihat Khair tegak merenungnya.

"Ya. Lily Nampak sibuk." Balas Khair dengan senyuman sebelum dia tersentak melihat Lily selamba menggapai tangannya sebelum dahinya berkerut membelek jemari Khair.

"Jom Lily bersihkan tangan abang."

"Lily jangan. Abang boleh buat sen.."

"Lily dah siap masak abang." Laju Lily memintas buat Khair terdiam merelakan tubuhnya diheret ke sinki.

"Abang banyak buat kerja hari ni?" Soal Lily yang sibuk membalas tangan Khair disinki.

"Boleh lah.. Hari ni banyak kereta juga. Budak-Budak bengkel minta nak overtime tapi abang tak kasi sebab diorang dah 3 hari overtime. Abang risau kalau diorang sakit." Kesihatan pekerjanya lagi penting dari kereta-kereta yang tersadai di bengkel dan belum siap dibaiki.

"Abang bos yang baik." Lily senyum mencapai tuala tangan lantas dilap lembut di tapak tangan suaminya.

"Lily pun isteri yang baik. Abang tak sangka Lily sudi jemput family kita untuk dinner malam ni." Balas Khair kembali buat Lily jeda seketika. Satu senyuman diukir buat suaminya.

"Mari tangan kiri abang." Lily Tarik tangan Khair disebelah kiri lalu diulang basuh seperti tadi.

"Lily tak rancang apa-apa kan?" Soal Khair berhati-hati. Bukan dia mencurigakan isterinya tapi tindakan Lily yang tiba-tiba menjemput ahli keluarga mereka untuk makan malam bersama buat dia tidak senang hati.

Walau Lily sudah sah isterinya, sampai sekarang dia sendiri tidak tahu apa yang ada difikiran Lily. Dia sudah sedaya upaya memberi segala kudratnya untuk membahagiakan dan memuaskan hati Lily. Malah 2 minggu yang Lalu mereka sudah berbulan madu ke Bali. Lily kelihatan tersenyum bahagia sepanjang waktu.

Jauh disudut hatinya. Sebagai suami dia cuma ingin Lily melupakan segala dendamnya. Bukan dia menyokong segala yang telah berlaku pada Lily dan Arwah Ibu mertuanya. Tetapi dia cuma mahu Lily berada di tempat yang lebih baik. Lily berhak untuk bahagia lagi tanpa fikirkan orang-orang yang sudah hancurkan kebahagiaanya dahulu. Ia lebih menyakitkan.

"Yang pasti Lily tak letak racun dalam makanan ni." Balasan Lily buat Khair mengendur wajah.

"Abang tak curigakan Lily."

"Lily tahu. Lily kenal abang. Jangan risau Lily bahagia hidup dengan abang sekarang." Tak beriak Lily memintas buat Khair hela nafas berat. Lily tahu apa yang ada difikirannya sekarang.

"Lily.." Siap mengeringkan tangannya. Khair tarik wajah Lily dongak ke atas. Mata Lily ditenung dalam.

"Jangan buat sesuatu yang sakitkan Lily lagi. Ini permintaan abang sebagai suami Lily." Serius Khair berbicara. Lily jeda merenung sepasang mata itu.

"Lily tak akan buat lagi."

"Boleh abang percayakan Lily?" Soal Khair serius. Lily tarik nafas Panjang.

"Lily bukan Budak umur 10 tahun."

"Abang tahu. Tapi Lily sudah banyak kali sakitkan diri Lily di depan abang. Lily tahu tak bertapa sakitnya jiwa abang bila tengok Lily macam tu?" Jujurnya dia trauma dengan semua itu.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now