12

34.2K 2.8K 597
                                    

Talia tak berkutik melihat rakannya teresak-esak dipeluk Dayang disisi. Keadaan Lily begitu terseksa buat dia dirundung serba salah.

"Lily.. Aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak buat kau sakit macam ni.." Talia akhirnya bersuara. Bahu Lily terhinjut-hinjut dalam pelukan Dayang yang dari tadi setia memujuk sahabatnya itu.

Lama Lily dalam keadaan begitu sehingga tubuh gadis itu lemah dan Dayang biarkan Lily baring di sofa.

"Kau tak salah Talia.. Aku sepatutnya tahu benda ni dari awal.. Alang-alang aku sudah sakit begini.. Biarlah aku sakit dahulu." Menitis lagi air mata itu. Talia pandang Dayang yang kelihatan gusar memandang Lily.

Mereka fikir rancangan Lily untuk sakitkan hati pengkhianatnya berjaya tapi malah berbalik Lily yang menangis terseksa. Dunia ini penuh dengan kejutan sebenarnya.

"Terlalu awal untuk aku mengalah... Aku akan pastikan mereka menyesal pernah wujud dalam hidup aku dan Ibu!!" Mata Lily jauh ke depan. Mata penuh dendam dan kebencian. Seperti membayangkan wajah-wajah itu sedang ketawa gembira seperti sebuah keluarga setelah berjaya buat dia dan Ibu menderita.

"Tapi tak perlu sakitkan diri kau macam ni.. Kau perlukan masa untuk bertenang.." Dayang usap lengan Lily.

"Tak Dayang, aku tak akan bertenang dan biarkan mereka bahagia hidup dalam rumah Ibu aku!! Tiap detik aku rasa seksanya!" Tajam mata Lily memandang Dayang.

Dayang tarik nafas panjang. Dia bukan menghalang tapi sebolehnya buat masa ini dia tak mahu Lily dikuasai dendam. Dia takut sesuatu buruk memakan diri gadis itu kelak. Lagipula, dia takut seksa yang gadis itu dapat. Seperti hari ini.

"Jadi apa rancangan kau Lily?" Talia silang kaki, sebelah kening terjungkit memandang Lily yang turut berpaling memandangnya.

...

Khair terhinjut-hinjut memasuki rumah dengan balutan luka dikaki. Erma yang bersungguh-sungguh bawa dia ke klinik walau puas dia tegah. Sudahnya kakinya dijahit di klinik tadi. Dia sendiri tidak tahu bagaimana keadaan lukanya hingga dia dijahit. Tapi pedihnya buat dia rasa seperti orang cacat. Bagaimana Lily memijak kaca tanpa mimik sakit hari itu. Apa gadis itu sudah terputus saraf sakitnya?

"Khair balik pun kamu!" Khair tersentak disapa mengejut mamanya. Dia gigit bibir sebelum menukar arah dan cepat-cepat mendaki tangga.

"Tunggu Khair!"

"Khair penat ma, nanti kita cakap.." Sura Khair mendatar,

"Mama cakap tunggu! Berhenti Khair!!" Bergema rumah dengan pekikan ibunya. Khair tarik nafas sebelum menghentikan langkahnya. Dari riak wajah mamanya, sudah pasti mamanya sudah tahu.

"Sampai sakit macam ni apa kamu dah buat Khair?!" Tegang suara Puan Ida.

"Lily tak sengaja mama."

"Sengaja atau tak, mama tak suka kamu masuk campur dalam urusan keluarga orang lain!!" Puan Ida kelihatan begitu marah sekarang. Khair tarik nafas sebelum dia menganggguk-ngangguk kepalanya.

"Maafkan Khair."

"Apa pun dah jadi pada Liy, mama nak kamu jauhkan diri dari dia. Mama ada firasat buruk tentang Lily."

"Tak baik ma,, Lily cuma perlukan seseorang untuk ada dengan dia setelah apa yang dah jadi ni.."

"Dan seseorang itu bukan kamu! TITIK. Jangan melawan cakap mama!" Tajam mata Puan Ida memberi amaran.

"Cuba kita letak diri kita kat tempa Lily.. Lily banyak terseksa ma!"

"Yes mama tahu Khair! Mama cuma nak kamu jauhkan diri dari Lily sebab mama tahu Lily yang tertekan sekarang akan lakukan apapun untuk kepuasannya. Mama tak mahu kamu terlibat dengan urusan dia! Faham?!!"

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now