30

43.9K 2.7K 274
                                    

Riuh kedengaran gelak tawa dari laman rumah. Buat pertama kali rumah itu meriah dengan ahli keluarga sempurna berkumpul setelah mereka pulang dari London. Tapi ianya tidak begitu memberi kesenangan buat Puan Ida.

Resah rasanya melihat Lily terus-terusan ketawa bersama ahli keluarganya. Dia rasa terpinggir dan tersisih oleh keluarga sendiri sejak Lily jejak masuk ke dalam rumah itu. Semua orang melayan Lily dengan baik. Mana semua kesalahan dilakukan gadis itu baru-baru ini? Adakah semua orang sudah maafkan Lily secepat itu?!

Tidak masuk akal!

"Assalamualaikum Erma.." Puan Ida bersandar pada kabinet dapur sambil melekap telefon bimbit ke telinga. Baru hari ini dia dapat menguatkan hati untuk menelefon Erma.

Dia yakin pasti Erma sedang sendirian dan jauh membawa diri untuk menenangkan diri dilukai oleh Lily dan Khair. Sampai hati mereka..

"Izam! Jatuh adik tu!" Keras Naqib melihat Izam yang berusaha memegang adiknya manakala Lutfi dan Khair turut disitu mengawasi. Khair yang siap bersila di atas rumput karpet dan Lutfi yang bangun bersedia untuk menangkap tubuh Tasnim jika anak kecil itu jatuh didukung abangnya yang baru 5 tahun itu.

Mahu dihalang, Izam pula yang buat perangai. Degil nak dukung adik dia.

"Baba! Baba see! Izam boleh dukung adik!" Teruja Izam tunjuk tubuh adiknya Tasnim sedikit terangkat didukungnya.

Encik Rozi ketawa besar melihat keletah Lutfi tiba-tiba berbaring hampir dengan Izam.

"Nah dukung Pak Ngah pulak!" Lutfi sengih kepada Izam buat anak kecil itu menjuih bibir.

"Pak Ngah becar! Mana boleh dukung." Izam berundur beberapa langkah kebelakang dengan tubuh masing memegang Tasnim yang terkebil-kebil.

"Izam jatuh kan!" Safi pula menegur dan tepat teguran seorang ibu.

Izam memang betul-betuk jatuh menelentang kebelakang tapi mujurlah Khair sempat menyambut kedua-duanya sekali sebelum Lutfi laju menarik tubuh Tasnim yang sudah tercebik-cebik mahu menangis.

"Adik corry.." Kendur suara Izam memujuk adiknya. Mujurlah hanya linangan air mata yang Tasnim keluarkan. Lutfi pantas memujuk.

"Itulah, awak kecil lagi mana boleh main dukung je. Nak dukung kena lah besar macam Pak cu dengan Pak Ngah dulu." Khair angkat tubuh Izam di atasnya lantas didudukan di atas rumput.

"Baik Pak Cu.." Izam mencebik.

Keletah mereka disaksi Lily dengan senyuman tak lekang dibibir. Keluarga ini terasa hangat sekali, dia seperti dapat rasakan perasaan yang sama saat dia dan Ayah masih bersama Ibu dahulu.

Keluarga mereka hangat dengan kasih sayang..

Lily berpaling ke dalam rumah. Puan Ida dari tadi mengecil diri dan mengelak untuk berkumpul dengan keluarganya jika dia ada bersama. Wanita itu betul-betul tidak sukakan dia..

Menjengkelkan.

Lily bangun dari duduknya sebelum Khair pantas mendongak memandang.

"Lily nak pergi mana?" Laju Khair menyoal.

"Amboi Khair, pantang tengok bini angkat punggung. Tak pergi mana lah bini kau tu, nanti malam jumpa dalam bilik juga." Usikan Lutfi buat Lily melepas tawa kecil memandang wajah cemberut Khair.

"Lily nak ke toilet kejap." Balas Lily dengan senyuman.

"Abang Khair nak ikut ke?" Naqib pula menambah usikan buat Khair kelihatan segan-segan dan cuba beriak tidak dengar apa disebut abangnya.

Lily geleng kepala sebelum melangkah masuk ke dalam rumah mertuanya itu.

"Aunty faham perasaan Erma.. Jangan menangis sayang.. Aunty rasa serba salah." Sebak suara Puan Ida. Lily mengecil mata dan melangkah menghampiri.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now