23

33K 2.4K 127
                                    



"Jauh termenung Khair." Lutfi menyapa adiknya yang diam dibangku tidak berkelip memandang kedepan sementara menunggu dia menghabiskan larian jogging. Petang itu Khair pula yang beriya memaksanya untuk keluar jogging. Nak tak nak dia ikutan juga lagipun Khair tidak seperti kebiasaanya.

Sudahnya hanya Lutfi yang pergi berjogging, adiknya Khair malah menunggu di bangku memerhati. Dasar.

"Mana ada termenung."

"Habis tu apa? Pergi perhati orang perempuan jogging?" Soalan usikan Lutfi mengundang jelingan Khair.

"Jaga-jaga Khair. Kau tu tunang orang." Mendengar perkataan tunang sahaja sudah cukup buat Khair muak. Wajah lelaki itu jelas menunjuk riaknya. Khair betul-betul tidak pandai menyembunyi riak wajahnya. Bagaimanalah si Erma itu boleh terus menatap wajah tidak ikhlas adiknya itu.

Apa yang menarik pun entahlah.

"Naqib cakap dia nak balik Malaysia lagi beberapa minggu. Sekarang dia dalam proses minta cuti." Puas mengusik Lutfi tiba-tiba menyatakan apa dibualkan dengan abang sulong mereka siang tadi.

"Berapa lama dia balik Malaysia?" Soal Khair pula.

"Entahlah. Mungkin sampai kau kahwin."

"Oh tak lama lah."

"Huh?" Lutfi kerut dahi memandang adiknya.

"Tarikh kahwin aku dengan Erma tak lama lagi. Jadi tak lama lah."

"Tapi tak silap aku beberapa bulan lagi kan. Rasanya lama juga." Sambung Lutfi lagi. Khair angguk sahaja kepalanya, malas mahu berbahas.

"Kau ni sebenarnya nak kahwin ke tak nak Khair? Kalau orang bercinta tu punya lah lama rasa nak tunggu sampai ke tarikh kahwin. Kau boleh pula cakap tarikh kahwin kau tu tak lama lagi. Kenapa? Tak sabar atau kau sekarang ni rasa benda tu membebankan kau?" Panjang lebar Lutfi menyoal adiknya. Lihat dari gaya Khair seperti tidak berminat dengan perkahwinannya. Hanya mama mereka Puan Ida yang bercerita dan mengatur itu ini untuk adiknya.

Tapi nak dikatakan Khair tidak setuju, tidak sedikitpun Khair membantah atau menunjuk apa-apa protes. Dia sebagai abang paling rapat dengan adik bongsunya itu turut rasa pening dengan perangai Khair. Jangan dia buat perkara bukan-bukan sudah. Boleh sakit jantung dia dibuatnya nanti. Bukan dia sahaja, mama dan papa mereka turut akan terkesan sama.

"Kalau aku tak nak, aku tak terima pula." Mendatar suara Khair membalas mengundang tawa kecil Lutfi.

"Tapi dalam fikiran kau penuh dengan Lily kan?"

"Ya." Tak berkelip mata Khair membuang pandang ke depan. Entah apa difikirkan lelaki itu sekarang.

"Aku nak sangat tahu apa yang ada dalam kepala Lily sekarang. Dia nampak kuat dan menyedihkan pada masa yang sama." Lutfi mengeluh turut membuang pandang ke tasik buatan di tengah taman. Angin menyapa buat rambut kedua lelaki itu beralun bergerak.

Sementara itu, seseorang baru keluar dari perut kereta lantas menghempas pintu keretanya. Angin damai petang buat rambut panjangnya beralun kebelakang. Matanya tidak berkelip memandang kehadapan.

"Aku tahu sekarang Lily sedang dikuasai dendam. Apa yang ada dalam fikirannya sekarang cuma mencari kepuasan untuk menuntuk hak balasan bagi kemantian Aunty Nisa.." Sambung Lutfi lagi. Dari mata dan wajah yang tiada lagi senyum ikhlas gadis itu. Dia dapat baca semuanya.

Seseorang sedang melangkah kehadapan bersama kasut tumit tinggi dipakainya. Palang besi tempatnya hampir terbunuh tempoh hari dipegang. Mata jatuh memandang kebawah, sungai deras mengalir.

"Matanya dari kecil hingga hari pertama aku bertemu selepas kita balik dari London. Mata yang sangat bersinar tidak pernah berubah buat aku tetap menganggap Lily si gadis kecil yang comel." Lutfi tergelak kecil mengimbau memori kecil mereka, dia yang selalu mengusik Lily dan Khair yang selalu melindungi gadis kecil itu.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now