47

31K 2.4K 145
                                    

"Pergi hantar file ni ke office Dzul." Tercengang Fatnim dengan arahan tiba-tiba majikannya.

"Hantar file? Office Dzul?" Fatnim teguk air liur sebelum dia capai file dihulur Lutfi buatnya. Perlahan-lahan tangannya membuka dan mengeluarkan isi didalamnya.

"Bukannya dokumen ni Encik Lutfi boleh email terus pada Encik Dzul?" Fatnim mencari alasan. Dia sanggup mengemop satu pejabat daripada pergi ke pejabat bekas tunangnya. Ini satu penderaan!

"Kalau saya boleh email macam tu dah lama saya buat. Ini dokumen penting dan perlukan discussion antara pihak kita dengan dia." Lutfi buka butang lengan baju sebelum dia lipat lengan kemeja biru gelapnya hingga ke siku.

"And bukannya Encik Lutfi yang kena pergi.." Suara Fatnim mengendur. Kenapa dia? Kenapa tak suruh orang lain?!

"Saya ada urusan harini. Lagipun semalam awak ingat saya discuss pasal projek tu dengan awak untuk apa? Mestilah lah untuk hantar awak wakilkan saya ke office Dzul." Tak bersalah Lutfi membalas buat rahang Fatnim hampir jatuh.

"Encik Lutfi nak kemana?" Soal Fatnim cuak melihat Lutfi bangun mengemas meja kerjanya.

"Oh, beritahu Dzul yang saya tak dapat datang harini sebab saya ke airport." Senyuman Lutfi terbentuk.

"Good luck Fatnim." Selamba betul perangai majikannya seorang itu sampai tak terfikir hati pekerja yang tersakiti. Fatnim hela nafas berat.

LUTFI pandang jam dipergelangan tangan lantas kepala diangkat memandang sekeliling. Sepatutnya waktu begini Dayang dah balik. Seorang demi seorang pramugari yang berseragam melintasinya dipandang. Boleh mata juling dibuatnya, semua muka hampir serupa!

"Abang Lutfi." Lutfi sedikit tersentak disapa seseorang sambil dia tilik wajah pramugari melintasinya.

"Oh sampai pun!" Senyuman Lutfi terbentuk, manakala wajah Dayang cemberut.

"Kenapa?" Lutfi jungkit sebelah kening.

"Abang datang sini nak ambik kesempatan cuci mata ke?" Soal Dayang sarkastik.

"Ehh bukan.. Kesitu pulak. Abang cuma scan mana satu Dayang tadi. kenapa muka pramugari serupa-serupa?"

"Ye lah tu." Dayang heret bagasi kerjanya lantas berlalu mendahului Lutfi.

"Sumpah tak tipu." Laju langkah Lutfi diatur mengejar langkah Dayang.

"Ada yang abang nak cakap? Kita dah jumpa." Dayang tiba-tiba menghentikan langkah memandang Lutfi sedikit berbeza. Pandangan dingin dan serius. 4 hari dia bekerja, dan 4 hari dia tak mampu fokus memikirkan apa yang ingin diberitahu Lutfi padanya.

Lutfi pandang jam dipergelangan tangan, ada senyuman terbentuk di bibirnya.

"Kita makan dulu?" Lutfi tunjuk restoran berhampiran mereka. Malas mahu berbasa basi, Dayang mengangguk sahaja kepalanya lantas mengatur langkah kesitu.

SEMENTARA ITU, Fatnim senyum pahit melihat pandangan terkejut seorang pekerja perempuan Dzul memandang kearahnya. Siapa je tak terkejut, bekas tunang datang melawat bos mereka. Dengan alasan urusan kerja.

Yang pasti kerja! Bukan nak goda balik bos korang pun!

"Encik Dzul ada?"

"Err rasanya Encik Dzul ada appointment dengan Encik.."

"Saya lah tu. Saya wakil Encik Lutfi." Laju Fatnik memintas buat gadis untuk terkebil-kebil.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now