10

37K 3K 261
                                    

"Lily." Dayang letak telefon bimbitnya dihadapan Lily yang kusyuk menonton televisyen menyiarkan siaran masakan.

"Kenapa?" Balas Lily tanpa mengalih mata memandang skrin televisyen. Dulu dia dan arwah gemarkan siaran program masakan, boleh dikatakan setiap hujung minggu mereka luang masa bersama untuk menonton siaran itu.

"Ada orang text aku tanya pasal kau." Balas Dayang mendatar. Lily pandang sekilas sebelum bibirnya menyungging sinis,

"Papa aku?" Tebaknya.

"Aku tak rasa uncle Fajir, lelaki ni cari kau kat kesemua kawan-kawan rapat kau. Dia siap contact diorang dekat instagram tanya tentang kau kat maba."

"Macam mana kau tahu?" Lily paling wajah dengan kerutan. Lelaki? Kalau bukan papanya siapa lagi?

"Kau dah berapa hari tak buka phone? Kawan kawan kelas dah bising tanya pasal kau dalam group." Balas Dayang sambil mencapai telefon bimbitnya,

"Siapa lelaki tu?"

"Khair?" Dayang menunjuk gambar profil seorang lelaki yang baru menghantar pesanan padanya sebentar tadi.

"Dia bukan sesuapa yang penting. Abaikan." Tenang Lily menolak telefon Dayang dekat dengan mukanya. Melihat Khair sahaja hatinya sudah sakit. Inikan mahu menghadap manusia-manusia dirumah itu.

"Aku tak rasa benda ni kau boleh abaikan Lily." Dayang lepas keluhah berat.

"Dia ugut untuk laporkan pada polis tentang kehilangan kau dan dakwa kau dibawa lari oleh seseorang di hospital tempoh hari."

"What?!" Lily capai telefon dayang dan dengan selamba membuka pesanan dihantar Khair. Lebih menyeramkan Khair menghantar pesanan yang sama pada semua kawan-kawannya. Mereka dedahkan perbualan itu di dalam group kelas! Memalukan!

"Apa masalah jantan ni?"

"Dia siapa Lily?"

"Tak tahu." Malas Lily membalas.

"Okay macam ni lah Lily. Aku tak kisah kau nak duduk rumah aku berapa lama yang kau nak asal dapat tenangkan hati kau. Tapi aku rasa tentang lelaki ni, kau patut buat sesuatu, sama ada kau pergi jumpa dia dan let him know, yang kau tak nak diganggu. Kalau benda dah nak libatkan polis, aku pun malas nak panjangkan kisah walau kita tak salah." Dayang memberi pendapat.

"Dari benda ni jadi makin kecoh.. Kau tahu kan apa akan jadi? Papa kau akan tahu mana kau duduk dan nanti pagar rumah aku akan roboh dengan keluarga-keluarga kau." Kata-kata Dayang ada betulnya.

Lily lepas keluhan berat.

"Aku akan lakukan sesuatu. Kau jangan risau." Lily hulur senyum tipis buat sahabatnya cukup dapat melegakan hati sahabatnya itu.

"Lagi satu, aku tak duduk lama kat sini." Lily pandang wajah sahabatnya dengan senyuman kelat.

"Kau nak balik rumah keluarga kau??"

"Tak juga, aku dah tak ada keluarga. Aku nak duduk sendiri."

"Lily,, kau boleh duduk sini.."

"Aku tak selesa dengan abang kau Dayang. sekarang dia tak ada, nanti dia balik dari outstation and kau pergi kerja. Kau ingat aku nak bermalam dengan abang kau dalam rumah ni??" Kata-kata Lily mengundang tawa Dayang. Dia hampir lupa tentang kewujudan abangnya dalam rumah itu. Dayang tinggal dengan abangnya kerana ibu bapa mereka sudah bercerai. Dayang dan abangnya membesar dengan keluaga sebelah ayahnya sebelum datuk dan neneknya meninggal dan ada perselisihan berlaku antara perebutan harta. Dan akhirnya Dayang dan abangnya memilih untuk angkat kaki dan beredar dari keluarga mereka.

Mungkin sebab kekurangan didikan Dayang selalu dianggap anak tak bermoral di sekolah dan nakal. Ya memang dia nakal.

"Aku lupa Lily.. Tapi kalau kau nak jadi kakak ipar aku pon okay juga! Boleh lah abang aku makan sedap-sedap tiap hari.." Dayang sengih menayang barisan gigi tersusun cantik. Dayang merupakan seorang pramugari. Tak pelik wajah dan penampilan gadis itu cukup sempurna. Disebabkan itu juga buat Lily risau untuk menetap lama di rumah itu.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now