40

34.2K 2.8K 204
                                    

Khair tarik laci meja kerjanya sebelum satu kotak bewarna kelabu dikeluarkan. Berhelai kertas berada di dalam kotak dipandang sayu.

'Lily pernah impikan menjadi wanita tua disamping lelaki tua yang tetap bersama meniti hari-hari bahagia bersama. Kita tak akan pernah kesunyian bersama. Walau satu hari nanti kita sama-sama nyanyuk dan saling lupa siapa nama dan umur kita. Hahaha. Kita akan bercinta lagi dan lagi abang.. I love you." Sekeping kertas dibaca Khair dengan senyuman tipis.

Setiap hari Lily akan meletak surat cinta dalam kereta Khair sebelum lelaki itu pergi kerja. Dan setiap hari Khair akan bawa dan simpan surat cinta itu ke dalam kotak di pejabat bengkelnya.

'Thank you for always be with me when I need a shoulder to lean on. Your shoulder always be mine abang. >_<'

Sekali lagi Khair tersenyum mengingatkan hari dia mendapat surat itu dan hari itu juga berbekas tanda cinta Lily di bahunya. Cop hak milik mungkin.

Can you guess?
A tiny miracle laying close to my heart?

Memori beberapa minggu lalu kembali terimbau. Hari dimana Lily tidak memberi surat cinta seperti selalu malah memberi teka teki buatnya.

You can't get the answer don't you?
Open your wallet now and go find another blue paper!
Sambungan buat Khair tersenyum. Khair capai sekeping kertas biru yang ditampal potongan gambar ultrasound anak mereka.

'It's our precious little baby!! We miss you baba!"

"Baba miss you too." Khair usap gambar ultrasound diberi Lily buatnya. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia sangat-sangat rindu.

•••

Bunyi daun pintu dibuka dari luar buat Lily yang sedang duduk melunjur di atas katil menoleh.

"Kakak.." Suara halus Lisa kedengaran.

"Ya Lisa." Lily hulur senyum tipis.

"Lisa ada bawakan buku cerita, Lisa nak baca untuk baby boleh?" Soal Lisa berhati-hati. Lily tarik nafas panjang seraya mengangguk kepalanya.

"Datang sini." Katil ditepuk buat Lisa dimuka pintu tersenyum lebar seraya mengatup kembali pintu bilik Lily dan berlari anak naik ke atas katil Lily.

"Ini buku apa?" Anak mata Lilu jatuh memandang buku dipegang Lisa.

"Ini buku tokoh-tokoh Islam. Lisa pinjam dekat library sekolah." Balas Lisa.

"Lisa nak baca cerita ni untuk baby?" Soal Lily lagi. Lisa angguk kepalanya.

"Kat kelas agama, ustazah suruh setiap seorang cari satu tokoh agama dan cerita apa sumbangan yang dia bagi pada agama." Terang Lisa.

Melihat Lily diam tidak membalas, Lisa membetulkan kedudukannya sebelum dia menepuk-nepuk bantal.

"Kakak baring."

Tak membantah, Lily senyum seraya menurut sahaja berbaring di atas bantal ditepuk Lisa.

"Lisa akan ceritakan kisah Ummu Umara, nama panggilan bagi seorang wanita bernama Nusaybah binti Ka'ab." Sambil bercakap sambil Lisa membelek helaian bukunya. Lily sekadar diam merenung bibir kecil itu berbicara.

"Akak tahu siapa Nusaybah?" Soal Lisa. Lily hanya menggeleng kepala.

"Nusaybah, antara wanita terawal yang peluk Islam di Madinah. Suami dia bernama Zaid sahabat Rasulullah. Nusaybah dan suami dia Zaid ni banyak tolong Nabi kita berdakwah di sekitar Madinah." Terang Lisa. Lily angguk kepala.

"Jadi apa Nusaybah buat sampai Lisa berminat nak cerita pasal dia?" Tangan Lily naik menyelit rambut Lisa ke belakang telinga.

"Dalam perang Uhud, Walaupun seorang wanita, Nusaybah ikut serta dalam perang. Paling hebat dia guna perisai dan pedang untuk menentang tentera Mekah!" Cerita Lisa teruja.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now