37

28.8K 2.2K 186
                                    

"Erma..."

"Azam kau ni memang tak faham bahasa ke apa?! Aku tak nak tengok muka jijik kau! Kau faham tak?!" Erma merengus menekan punat kunci keretanya. Baru sahaja dia fikir untuk rehat sebaik pulang dari mengajar. Tapi sampai sahaja di garaj ada pula si Azam tak sedar diri menunggu dirinya.

"Erma, saya nak minta maaf. Semua tu rancangan Lily.. Saya cuma terhasut dengan kata-kata dia.."  Laju Azam membontoti langkah Erma.

"Macam ni lah Azam. Kau ada otak? Kau ada akal kan? Kalau si Lily tu suruh kau bunuh aku? Then kau bunuh?"

"Tak! Saya tak akan bunuh orang yang saya sayang!" Laju Azam memintas. Wajah kusutnya jelas menujukkan kekusutan yang dia alami sekarang.

Dia dibenci keluarga kerana Erma telah menceritakan segala berlaku pada mereka pada ahli keluarga Azam untuk langkah berjaga-jaga untuk mereka memantau Azam dari mengacaunya lagi. Nampaknya, amarannya tak berjalan lancar. Makin hari Azam makin kerap mengganggunya.

"Dan kenapa kau boleh ikut, bila Lily suruh kau rogol aku? Hah? Tu bukan apa yang Lily suruh. Tapi tu kehendak kau sendiri. Jangan tunding kesalahan kau kat orang lain bila kau sendiri yang terang-terang terima tawaran dia!" Keras dan dingin kata-kata Erma buat Azam kelu.

"Tapi dia yang buat aku.."

"Tu semua sebab kau! Jangan salahkan orang lain lagi! Kau bernasib baik Azam sebabkan Lily aku tak report kau dekat polis. Kalau tak, mungkin dah lama kau terhumban kat penjara!"

"Lelaki tak sedar diri!" Puas melepas amarah Erma bingkas masuk ke dalam perut kereta lantas menghempas kasar pintu keretanya. Ketukan Azam diluar diabaikan sebelum dia segera meluncur pergi meninggalkan lelaki itu.

Azam ketap gigi memandang Lily lemah terbaring di atas katil dengan kedua belah tangan terikat kemas pada kepala katil.

"Sebabkan kau.. Aku dipandang jijik dengan keluarga aku sendiri! Sebabkan kau Erma hina aku Lily.." Kata-kata Azam penuh dendam.

"Ya! Aku tahu aku salah, aku minta maaf Azam. Apa yang kau nak? Aku akan berikan tapi tolong jangan buat aku macam ni. Tolong kasihankan anak aku.." Dengan air mata Lily merayu. Dia sedar puncanya dari dirinya sendiri, sudah terlambat untuk dia undur masa segala kesilapannya.

"Then bawa Erma! Aku nak Erma?! Aku nak Erma suka aku balik macam dulu! Aku nak keluarga aku tak pandang hina lagi pada aku! Kau boleh buat semua tu? Hah?! Boleh?!!" Tengkingan Azam buat mata Lil terpejam takut.

"A..aku tak janji aku mampu. Tapi kalau kau nak aku betulkan kembali keadaan. Aku cuba.."

"Kau tak mampu Lily! DAH TERLAMBAT!! Kau boleh bahagia lepas gunakan aku sedangkan aky?! Kau memang perempuan jahat!" Pekikan Azam bergema.

"Azam.. Aku akan cubaa pulihkan!"

"Tak mungkin! Aku tak akan percayakan kata-kata dari perempuan macam kau!"

Lily terdiam meneguk air liur. Dia sudah mati kata.

Azam tiba-tiba ketawa lagi menambah gerunnya. Lagi-lagi lelaki itu kian menghampiri buat mata Lily membulat ketakutan.

"Aku nak kau rasa Lily, rasa bagaimana dipandang jijik oleh keluarga sendiri. Rasa macam mana jijiknya suami kau pada kau nanti..." Mata Azam jatuh memandang kain dipakai Lily saat itu.

"Azam aku merayu Azam.. Jangan! Aku sanggup buat apapun tapi jangan buat benda ni pada aku.." Lily mula teresak-esak.

"Kau patut rasa apa yang aku rasa Lily. Dipandang jijik oleh orang yang kau sayang.." Zapp!! Dan serentak itu kain dipakai Lily direntap hingga tertanggal dari tubuh.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now