13

31.9K 2.7K 265
                                    

Bunyi deruman enjin yang baru memasuki perkarangan rumah buat si kecil Lisa yang berumur 9 tahun segera mengangkat wajah. Kucing perliharan di rumah itu ditinggalkan sebelum dia tersenyum lebar berlari menerpa ke arah kereta ayahnya.

"Mama!! Ayah dah balik!! yeayy!!" Sorakan Lisa kuat kedengaran mengisi ruang rumah. Dialah yang akan selalu teruja jika melihat kereta milik Encik Fajir. Menemui ayahnya antara momen momen yang selalu dia tunggu setiap hari.

Dan sekarang dia gembira bertemu ayahnya setiap hari.

"Lisa jangan berlari!" Puan Sarah dimuka pintu melaung melarang anaknya berlari sakan ingin menerpa ke arah Encik Fajir.

"Ayah!!!" Lisa melompat sebelum memaut leher ayahnya dan Encik Fajir tersenyum lebar mendukung anak kecilnya itu.

"Beratnya anak ayah sekarang ya?" Encik Fajir mengusap rambut Lisa kebelakang. Senyuman Lisa tak ubah seperti Lily kakaknya. Senyuman lebar menutup segala duka. Senyuman yang mampu buat orang lain turut tersenyum melihatnya.

"Macam mana Fajir? Lily duduk disana ke?" Belum sempat apa-apa Puan Sarah sudah menyerang suaminya dengan soalan. Senyuman Fajir tadinya lebar mula mengendur. Dia menjatuhkan Lisa dari dukungan sebelum menghulur senyum buat anak itu.

"Lisa tolong ayah bagi Farrari makan ya. Nanti Kak Lily marah kalau Ferrari lapar." Ujae Encik Fajir pada anaknya. Mendengar nama Kak Lily mata Lisa membulat teruja.

"Baik Ayah!!" Lily senyum lebar sebelum berlari mendapatkan kucing kesayangan Lily.

Melihat anaknya menjauh Encik Fajir hela nafas berat. Perlahan-lahan dia mengangguk kepalanya.

Sarah tarik nafas lega.
"Sekurang-kurangnya kita tahu dia tinggal dimana."

"Saya tak tahu bagaimana nak baiki semua ni Sarah. Segalanya sudah jadi serumit ini. Saya sudah mula rindukan Lily yang dahulu dan Anisa.." Suara Encik Fajir bergetar. Sarah menunduk pandangan. Sekuat mana Fajir berdiri sekarang, dia tahu Fajir masih menangis di tiap malamnya kerana merindui keluarganya bersama Anisa.

"Saya minta maaf Fajir.. Kalau kita tak terlalu ikutkan perasaan dahulu. Semua ini tak mungkin jadi begini.."

"Benda dah jadi Sarah. Sekarang saya kena fokus pada apa yang ada. Dan tebus kesilapan saya pada Anisa." Fajir usap baru Sarah dengan senyuman tipis. Sarah turut membalas kelat. Dia tahu dibalik senyuman lelaki itu terselit beribu kekesalan.

"Kakak!!!" Bergema suara Lisa kedengaran sebaik kereta Erma memasuki perkarangan rumah. Fajir dan Sarah serentak menoleh.

"Kamu ni tiap kali kakak balik ada je membuas itu ini kan! Jangan usik rumah orang!" Bebel Erma sebaik keluar dari perut kereta. Lisa muka memuncung bibir sambil mengusap kucing di didukungnya.

"Ini rumah ayah!"

"Ini rumah ayan tapi bukan rumah kita!!" Mata Erma terjenggil memandang adiknya.

"Sudah Erma.." Mendatar suara Encik Fajir menegur buat Erma berpaling.

"Ayah! Kak Erma marah Lisa! Dia cakap ni bukan rumah kita." Lisa muka tercebik-cebik mengadu pada ayahnya. Encik Fajir melutut sebelum mendakap anaknya.

"Ini rumah kita sayang.. Rumah Papa, rumah mama. Dan rumah kakak-kakak Lisa." Pujuk Encik Fajir buat Erma mengerut dahi tidak puas hati.

"Kak Lily akan tinggal sini ke ayah?" Mata Lisa membulat teruja. Encik Fajir senyum sebelum mengangguk kepalanya.

"Yeay!! Lisa nak main dengan kak Lily!!" Lisa bersorak sebelum memeluk leher ayahnya. Erma merengus sebelum menjeling mamanya.

Tak jauh dari situ seseorang di luar pagar rumah, sedang duduk di dalam kereta memandang penuh rasa sakit. Hatinya rasa berdarah melihat momen sebuah keluarga bergembira di laman rumah. Rumah dimana dia dahulu dia mencipta momen bahagia bersama keluarga kecilnya. Bersama Ibu dan Ayah.

Dan sekarang segalanya rasa seperti dirampas. Diri rasa bagai ditusuk berkali-kali. Sakitnya seperti membunuh dirinya sendiri. Tidak pelik kenapa sakit itu membawa kepada kematian Ibunya. Ikutkan hati dia ingin pergi mengikut ibunya. Tetapi,, dia tak akan biarkan mereka gembira atas segala penderitaan yang dia alami.
Mereka sepatutnya rasa perkara yang sama.

"Ibu. Nanti kalau Lily kahwin. Lily nak minta izin suami Lily nak tinggal dengan Ibu dan Ayah." Ujar Lily sambil memotong sayur di meja dapur. Puan Anisa yang mendengar mengerut kening.

"Mana boleh macam tu! Lily isteri kena lah ikut suami." Bantah Puan Anisah.

"Ye Lily tahu Ibu. Tapi Ibu dengan Ayah ni berdua je. Sudahlah Lily satu-satunya anak ibu. Ibu dan Ayah pun satu, bukan nak tambah adik untuk Lily." Lily menjuih bibir buat Puan Anisa yang sedang mengacau lauk di dapur melepaskan tawa besar.

"Tak ada rezeki Lily! Ibu nak buat macam mana lagi? Ini dapat kamu seketul ni pun dah cukup buat Ibu dan Ayah gembira tau!" Kata-kata Puan Anisa buat Lily menyimpul senyum sendiri. Rasa bangga kerana telah lahir dan jadi cahaya bermakna buat Ibu dan Ayahnya.

"Sebabtu lah nanti Lily kahwin, Lily akan cari suami yang akan fahami keadaan Lily dan Ibu Ayah." Sambung Lily dengan senyuman lebar berangan-angan mempunyai seorang suami bertimbang rasa yang bakal memahami tanggungjawabnya sebagai seorang anak tunggal.

"Abang Khair kamu ke?" Soalan Puan Anisa buat senyuman Lily mati. Puan Anisa pula berpaling dengan senyuman nakal.

"Apa ibu ni jauh fikir lelaki kat luar negara sana. Apa lelaki kat Malaysia ni dah pupus ke?" Omel Lily.

"Lah Khair tu akan balik Malaysia juga nanti Lily oi. Nanti akan jadi orang Malaysia juga."

"Lily dah lupa dia siapa. Lagipun Abang Khair untuk Erma tu haa. Tak kan Lily nak rampas." Pintas Lily laju, muka dipasang tidak beriak.

"Kalau macam tu Abang Lutfi kamu pun okay juga."

"Berkenan betul Ibu dekat anak-anak Aunty Ida tu ya?" Wajah tegang Lily buat Puan Anisa makin menghamburkan tawanya.

Tawa dan senyuman yang hanya menjadi bayang-bayang hidupnya. Tiada lagi gelak tawa, tiada lagi usikan, tiada lagi perbulan panjang. Dia seperti mati arah.

Terkulai layu sekujur tubuh dilantai dengan bekas air mata masih basah dipipi dan memandang biji-biji pil tidur terburai dihadapan mata. Dia rindu, sangat rindu pada kehidupan lalunya. Segalanya berubah dalam sekelip mata. Dia hilang ibunya, dia hilang sebuah keluarga yang menjadi asbab untuk dia tersenyum setiap hari selama ini.

Puas diraung, puas dia merintih dan menangis dengan apa yang dia lalui. Sepertinya keadaan tak akan berubah, ada pihak sedang bergembira di atas penderitaan yang dia alami. Ada pihak sedang tersenyum girang duduk di atas tempat yang dia diami bersama Ibunya dahulu.

Dan mereka perampas.

Lily. Dia seorang diri sekarang, dia tiada lagi pendukung untuk membantunya bangkit. Dan sudah saatnya dia bangkit sendiri, lupakan tangisan, lupakan penderitaan.

Jika derita itu sudah sebahagian dari hidupnya. Maka inilah jalan cerita hidupnya..

Dia Bukan Cinderella.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now