26

34.2K 3K 1.1K
                                    

MINTA KORANG BANYAKKAN BERSELAWAT DAN BERISTIGHFAR MEMBACA BAB-BAB DARI CERITA NI. THANK YOU😘

"Apa cerita ni Talia? Boleh kena serangan jantung aku macam ni, balik-balik dari kerja dah macam-macam aku dengar." Dayang lekap telefon ke telinga sambil heret luggagenya.

"Aku tak sangka Lily boleh fikir sejauh ni Dayang. Mungkin silap kita tak cegah dia dari awal.." Suara Talia mengendur di talian buat Dayang tarik nafas panjang.

"Kau kat mana?"

"Kat rumah."

"Kau biar Lily sorang-sorang. Perempuan tu dah macam hilang akal aku tengok!" Bebel Dayang, dia cuma risaukan Lily keseorangan lepas ada yang dibuat gadis itu.

"Lily yang tak nak aku kacau dia." Balas Talia mudah. Dayang geleng kepala denga rengusan.

"Nanti sampai rumah, aku call kau." Sebaik itu Dayang matikan talian. Dia berhenti melangkah seketika mencari nafas.

"SAYA HARAP PERJELASAN saya hari ni tak buat hubungan kamu suami isteri memburuk. Saya pun akan bawa benda ni ke pihak berkuasa untuk diambil tindakan." Ujar Encik Rozi buat Encik Fajir angkat wajah memandang sahabatnya sudah bergerak ke kereta.

"Maruah dan nama seseorang bukan boleh dibuat main. Zaman-zaman sekarang cepat sahaja berita tersebar tanpa siasat dulu." Bebel Encik Rozi lagi. Puan Ida yang duduk disebelahnya turut mengangguk dengan senyuman tipis.

"Ida.. Saya harap apa salah faham yang dah jadi ni tak buat kita renggang. Saya betul-betul minta maaf sebab jadi punca berita ni tersebar." Puan Sarah mendekati sahabatnya.

"Tak apa Ida, benda dah nak jadi. Lepasni kita kena berjaga-jaga lah. Mungkin ramai lagi manusia dengki dengan kita kat luar sana. Biarlah Rozi laporkan pada pihak berkuasa sampai kita tahu siapa dalangnya." Balas Puan Ida menyedapkan hati sahabatnya.

Puan sarah tersenyum tipis lantas berpaling memandang wajah suaminya. Riak Fajir kendur memikirkan sesuatu.

"Kalau macam tu kami balik dulu." Encik Rozi menepuk bahu Fajir seperti membawa lelaki itu ke alam nyata.

"Uh, ya ha, hati-hati. Maaf sebab aku dah banyak salah faham." Encik Fajir menghulur senyum kelat buat pasangan suami isteri itu serentak mengangguk kepalanya.

Belum sempat Encik Rozi membuka pintu kereta, mereka berempat serentak berpaling memandang kereta milik Khair yag baru memasuki perkarangan rumah. Dahi ketiga-tiga mereka berkerut.

"Khair kenapa ni?" Soal Puan Ida tapi Khair tidak membalas selain membuka pintu bahagian penumpang dan mengeluarkan tubuh Erma yang tidak sedarkan diri.

"Ya Allah. Erma!!" Puan Sarah tekup mulut memandang anak gadisnya.

"Ya Allah! Apa dah jadi ni Khair?!" Soal Puan Ida pula.

"Bagi Khair bawa Erma masuk bilik dia dulu." Pinta Khair.

"Ya ya! Masuk!" Encik Fajir terlebih dahulu masuk ke dalam membantu Khair dengan membuka pintu bilik buat Erma.

Sebaik tubuh Erma selamat dibaringkan diatas katil Khair tarik nafas panjang sebelum meraup rambutnya.

"Apa dah jadi ni Khair? Kenapa Erma dengan kamu? Kenapa dia tak sedarkan diri ni?" Soal Puan Sarah bertalu-talu sambil dia menerpa menilik wajah anaknya.

Khair tunduk tidak menjawab.

"Jawab Khair! Apa dah jadi dekat Erma." Tegas suara Encik Rozi buat Khair ketap gigi.

"Erma.. hampir dirogol. Tapi Khair sempat.."

"Ya Allah! Anak aku.." Meraung Puan Sarah mendakap tubuh anaknya. Erma kelihatan masih belum sedarkan diri.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now