6

34.5K 2.8K 121
                                    

Usai upacara pengebumian, Lily dibawa pulang Encik Fajir. Anak gadisnya tidak banyak bercakap selain air matanya sahaja tak mampu dihentikan. Tapi sekarang, Lily diam termenung meliar pandangan keluar tingkap.

Mungkin memikirkan waktu-waktu kelak yang dia jalani tanpa Anisa ibunya.

"Lily.. Kita dah sampai." Encik Fajir memberhentikan kereta di garaj rumahnya. Sekarang rumahnya diuruskan Puan Ida dan Puan Sarah serta saudara mara lain datang menghulur bantuan untuk melayan para tetamu dari tadi. Malam ini mereka akan melakukan tahlil dirumah itu.

"Ayah,," Lemah suara Lily menyeru memanggil ayahnya. Wajah anaknya tak tercalit apapun nampak begitu pucat lebih dari biasa. Mata anaknya sembab, bibirnya merah kadang bergetar.

"Ya sayang," Sebak suara Encik Fajir menyahut panggilan, tangan naik menyelit rambut Lily kebelakang telinga. Dari kecil sehingga besar dia tidak pernah kurangkan rasa sayangnya pada Lily. Lily tetap dilayan seperti anak kecil walaupun anak gadisnya tumbuh dewasa.

"Lily ralat.. Lily terlambat beritahu Ibu.. Kalau Lily.."

"Lily... Ajal maut itu rancangan ALLAH. Ikutkan, ayah lagi ralat.." Encik Fajir tak mampu menyambut bicaranya, esakan terbit dari ulas bibir lelaki itu.

Lily berpaling sebelum menarik tubuh ayahnya. Dia tahu, ayahnya lagi sakit berbanding dirinya. Ibu adalah wanita yang paling dicintai ayah selain dirinya.

"Maafkan ayah..." Bergetar suara Encik Fajir dalam pelukan anaknya.

"Ayah,, suami terbaik untuk ibu dan ayah terbaik buat Lily.. Ayah tak salah.." Lily meleraikan pelukan sebelum tangannya bergerak mengusap air mata ayahnya. Encik Fajir menggangguk dengan getaran.

Didikan Anisa pada Lily buat anaknya sematang ini. Melihat Lily sekarang sudah cukup buat dia kembali merindui isterinya. Baru beberapa jam mereka terpisah. Rindunya pada Anisa tak mampu diungkap.

Khair yang baru tiba bersama Erma dan Lutfi dari tanah kubur melepas keluhan berat melihat babak sayu anak dan ayah itu. Melihat Lily mengusap air mata ayahnya cukup buat hati lelakinya turut sebak. Dalam kesakitan dirasainya, Lily tetap berusaha memujuk ayahnya.

Sebaik keluar dari perut kereta dan menutup daun pintu, mata Lily menangkap mata Khair tak berkelip memandangnya, dia beralih memandang Erma dan Lutfi yang turut memandang sayu padanya.

"Malam ni tidur sini ni ya?" Sapa Lily bernada sebak. Entah kenapa melihat Khair air matanya kembali bertakung di tubir mata. Mungkin Khair orang yang ada saat kejadian itu buat dia dirundung sebak mengingat saat itu.

"Saya tak nak rumah ni sunyi." Anak mata Lily bergerak memandang sekeliling menghalau rasa sebak.

"Kau jangan risau.." Erma melangkah mencapai tangan Lily menghulur kekuatan. Lily mengangguk dengan senyuman tipis. Tudung tersangkut dikepala dibetulkan sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Langit sudah gelap, tak lama lagi akan ada ahli jemaah untuk datang tahlil dirumahnya. Mujurlah ramai menghulur tangan memberi bantuan, termasuk pekerja di Restoran keluarga mereka. Disebab berita duka itu, Restoran mereka akan ditutup buat sementara waktu.

Usai melakukan solat maghrib berjemaah, Lily duduk ditangga rumahnya memerhati para lelaki bertahlil di ruang tamu rumahnya. Dari atas dia dapat melihat Ayahnya bersama Encik Fajir kemas berbaju melayu. Juga Khair dan Abang Lutfi. Wajah-wajah mereka disitu sangat bersih buat ruang tamunua sepeti bercahaya dengan tahlil-tahlil memuji Yang Esa.

"Lily lapar?" Lily berpaling memandang Puan Sarah melabuhkan punggung disebelahnya.

Lily geleng kepala dengan senyuman tipis.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now