50

36.9K 2.2K 107
                                    

Kaki melangkah tenang sambil dia masukkan tangan ke dalam kot putih kerjanya. Stetoskop tergantung pada leher ditarik lalu dimasukkan ke dalam poket kot putih. Senyuman tersungging dibibir melihat susuk seorang lelaki duduk dibangku menggegam jemari sendiri.

"Kenapa tak teman Lily?" Ilham ambil duduk di sebelah Khair. Jelas dia dapat rasa aura ketakutan menyelubungi diri si bakal bapa itu.

Khair tenung jarinya sendiri. Ada getaran. "Aku takut. Aku takut tengok Lily sakit macam tu." Balas Khair lemah.

"Siapa kat dalam?" Soal Ilham lagi.

"Mama aku dengan Aunty Sarah. Lily menangis, dia sakit. Aku tak boleh tengok keadaan dia macam tu."

Ilham tarik nafas panjang. Mahu tergelak pun ada. "Ya, tak ada perempuan nak beranak dia gelak-gelak. Kau sepatutnya ada kat dalam tenangkan dia, kurangkan sakit dia."

"Tapi aku takut." Laju Khair memintas. Ilham kemam bibir menahan diri dari tersenyum. Rasanya antara Lily dan Khair, mungkin Khair lebih manja. Atau pembawaan anak mungkin.

"Apa yang kau nak takut? Lily tu nak beranak anak kau juga."

"Aku tak pernah tengok Lily sakit sebab aku.." Khair teringatkan hari-hari Lily melukakan diri sendiri dahulu. Lily bahkan pernah memijak kaca depan matanya dengan darah luka di tapak kaki. Tapi gadis itu tidak menangis kesakitan.

Tidak seperti tadi..

Lily merintih di bahunya meluah rasa sakit dan dia hanya mampu kaku dan kelu tidak terkata. Dia tak mampu lakukan apapun untuk kurangkan rasa sakit isterinya sekarang. Sudahnya tugas menjaga Lily diserahkan pada mamanya dan Aunty Sarah. Dia cuma takut untuk ada disitu dan mendengar segala luahan kesakitan Lily.

"Kau anak bongsu Khair?" Soalan Ilham buat Khair angkat wajah dan berpaling kesebelah memandang Ilhan.

"Ya, dia anak bongsu." Entah dari mana muncul si abang tak dijemput menjawab persoalan Doktor Ilham.

"Patut pun.." Ilham peluk tubuh bersandar pada bangku.

"Apa yang patut?" Soal Khair tak puas hati. Anak bongsu pun dia cukup-cukup berdikari tau! Malah lebih kuat dari abang dia yang seorang tu.

"Kau tak pernah tengok mama kau sakit beranak sebelum ni."

"Habis kau ingat Lutfi pernah tengok ke?" Khair jeling abangnya.

"Pernahlah. Aku pernah tengok mama sakit nak beranakkan kau dulu."

"Kau jangan nak mendusta, beza umur kita 2 tahun je." Khair membalas buat tawa Lutfi kedengaran.

"Ish dua beradik ni! Khair! Isteri kamu sakit kat dalam kamu bergaduh dengan abang kamu kat luar!" Garang wajah Puan Ida terjenggil di balik pintu.

"Dia tu.." Mata Khair menjenggil memandang Lutfi.

"Lily macam mana mama?" Khair mengubah topik tidak mahu memanjangkan pergaduhan. Keadaan isterinya lebih penting.

"Doktor cakap dah boleh nak masuk labour room. Bukaan dah 8 cm."

"Hah 8 cm?" Dahi Khair berkerut dengan mata membulat terkejut.

"Kamu terkejut kenapa?" Soal Puan Ida garang.

"Khair, bukaan 10cm baby kau boleh keluar." Ilham tayang 5 jari kedua-dua belah tangannya. Dan saat itu juga kepala Khair rasa berputar-putar.

"Mamaa Khair takut.."

"Tak ada takut-takut! Lily tu lagi takut dari kamu! Masuk cepat! Teman dia pergi labour room!" Laju Puan Ida memintas dengan bebelan buat Khair teguk air liur lantas bangun dari duduknya.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now