48

32.6K 2.5K 339
                                    

Lily pandang kubur milik wanita kesayangan, cinta pertamanya dahulu. Wajah Puan Anisah seperti muncul di ruang mata memberi senyuman manis buatnya.

Perut bulatnya diusap lembut. Senyuman manis terukir di bibir munggil buat pipi sedikit tembam miliknya turut ternaik.

"Ibu,, Kenalkan anak Lily. Nanti Lily akan beranak dan rasa kesakitan yang sama macam ibu rasa masa lahirkan Lily dulu."

"Lily akan lahirkan anak perempuan dan besarkan anak Lily sama macam ibu besarkan Lily.."

"Salurkan cinta yang melimpah, sama macam Ayah dan Ibu beri pada Lily.." Lily tunduk memandang perutnya. Nafas ditarik panjang.

"Lily akan mulakan sesuatu yang baru, Lily akan belajar memaafkan, macam ibu selalu ajarkan pada Lily. Lily tahu,, kalau Ibu masih ada pun Ibu akan buat perkara yang sama walau sesakit mana pun hati Ibu.."

"Ibu Lily hebat.." Mata Lily terasa hangat.

"Rindu Lily tak pernah padam. Ibu wanita terhebat di hati Lily." Baru sahaja Lily mahu membongkok mencapai bekas jug air, ada satu tangan membantu buat dia kembali menegak memandang raut wajah itu. Senyuman dihadiahkan.

"Khair janji, Khair akan jaga anak Ibu, sama macam Ibu dan Ayah besarkan dia. Terima kasih lahirkan Lily, Ibu.." Tangan Khair naik memeluk bahu isterinya. Satu kucupan dihadiahkan di sisi dahi Lily.

"Abang! Kita kat kubur ni!" Lily tampar perut Khair.

"Ya, ya. Jom balik." Khair tergelak kecil membantu Lily melangkah. Lily turut tersenyum. Hatinya rasa tenang, mungkin lama dia tak berborak dengan ibunya walau hanya dapat bercakap di hadapan kubur.

Cukup untuk dia lepaskan rindu.
•••

"APA yang sedap kat sini?" Fatnim menyoal tanpa peduli ruang dingin berlaku di sekitarnya. Dia betul-betul tidak peduli, perutnya sudah panas menggelegak kelaparan.

Kalau mereka mahu berperang sekali pun, makanlah dahulu.

"Nasi ayam." Spontan Dayang menjawab soalan Fatnim. Mana dia tak tahu apa yang sedap di Restoran Ibu Lily itu. Itu restoran sahabat baiknya!

"Nasi ayam satu! Air laici susu." Fatnim angkat kepala memandang seorang wanita berdiri menunggu order. Satu senyuman manis dihadiahkan.

"Abang nak makan apa?" Dayang menyoal sambil tangan membelek menu dihadapan wajah.

"Nasi ayam."

"Meatball je."

Serentak dua orang menjawab soalan buat Dayang terangkat bahu dan mengangkat kepalanya.

Mata Dzul dingin membalas tatapan Lutfi yang tenang tak bersalah.

"Err, satu Meatball untuk abang Lutfi, satu Nasi Ayam untuk Abang Dzu." Dayang teguk air liur sendiri.

"Okay tu je?" Kak Pijah menyoal lagi.

"Rasanya tu je." Dayang semoat berdehem sebelum mengalih pandangan memandang Kak Pijah yang mengemas buku menu lantas berlalu meninggalkn mereka berempat.

Fatnim sudah tenggelam dalam dunia sendiri malas mahu mengambil bahagian sambil dia lempar pandangan keluar tingkap kaca restoran. Melihat pasangan bahagia tertawa sesama sendiri. Si wanita yang sarat mengandung dan si lelaki yang kelihatan gusar memandang langkah isterinya.

Dia cemburu..

"Korang dah habis discussion? Meeting tadi macam mana?" Lutfi akhirnya membuka bicara.

Fatnim mengeluh, dia nak makan bukan nak bekerja lagi. Majikan dia pun!

"Tak sempat. Nanti aku check balik and refer pada kau."

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now