14

32.2K 2.5K 396
                                    

3 minggu sejak kejadian itu, Lily kembali menghilangkan diri dan menyendiri. Dia tahu Encik Fajir sudah tahu keberadaannya. Dia ada melihat lelaki itu kerap datang menjenguknya setiap malam di luar pagar rumah. Kadangkala Encik Fajir ada meletak bungkusan makanan untuknya tidak kira siang atau malam. Semua itu bukan mampu membuatnya senang malah menambah sebak dihatinya.

Untuk apa lagi lelaki itu lakukan semua itu setelah mengkhianati dia dan Ibu?

Bagi Encik Fajir pula, dia memberi masa untuk Lily menyendiri, dan tidak mahu memaksa anak itu untuk menerima semua yang sudah berlaku. Siapa sahaja boleh menerima seorang ayah dianggap hero pertama di dalam hidup sudah membunuh hati seorang puteri dan ratu keluarga.

Perbuatannya tak akan dimaafkan Lily.

Celik mata, Lily mendengar deruman enjin baru berlalu dari perkarangan rumahnya. Dia perlahan-lahan bangun dari katil lantas menyelak langsir bilik. Seperti yang ditebak ada bungkusan makanan terletak elok di hadapan pagar rumahnya. Lily bangun sebelum bergerak membuka pintu rumahnya. Tepat itu juga ada sebuh kereta memakir tepat dihadapan pintu pagar rumahnya.

Tak perlu ditanya siapa gerangannya melihat kereta sahaja di sudah tahu tuannya.

"Morning!" Talia terlebih dahulu keluar dari perut kereta diikuti Dayang disebelah tempat pemandu.

Lily pandang keduannya dari atas kebawah. Keduanya sudah cantik bersiap. Mahu membawa dia keluarkah?

"Aku tak nak keluar." Lily peluk tubuh memandang dua makhluk itu. Dia betul-betul tiada mood mahu keluar kemana-mana.

"Ayoo Lily. Aku baru dapat rehat kot. Baik kau ikut kitorang keluar sebelum next flight aku." Dayang merungut didepan pintu pagar.

"No! Aku nak tidur."

"Hey! Kau tu dah jadi Cinderella. Takkan nak jadi Sleeping Beauty pula!" Talia bercekak pinggang dengan omelan.

"Ish Talia!" Dayang menyiku sahabatnya. Mulut Talia ni bukan boleh kira. Cakap main lepas je."

"Betul lah apa aku cakap! Kalau kau berkurung dalam rumah macam ni. Lagi lah bersorak sakan musuh kau kat luar tu. Mak tiri, kakak tiri kau tu ha! Macam apa dah aku tengok. Pergi, Balik Restoran Mak kau macam Restoran tu diorang yang punya." Adu Talia bersungguh-sungguh buat riak wajah Lily berubah.

"Buka pintu pagar ni Lily." Dayang pegang pintu pagar.

"Tch!" Talia merengus sebelum tangannya mencelup selamba ke dalam bag tangan Dayang. Kunci pendua diberi Lily dahulu dikeluarkan sebelum dengan selamba dia membuka pintu pagar rumah Lily.

Dayang terkebil-kebil. Dia hampir lupa yang dia mempunyai kunci rumah Lily.

"Kau ni telan awan banyak sangat sampai nyanyuk?" Talia libas rambut dihadapan Dayang sebelum melangkah masuk merapati Lily.

"What?" Ternganga mulut Dayang mendengarnya sebelum matanya menangkap bungkusan makanan dihadapan pagar.

"Lily..."

"Buang."

"Ha?" Dayang pandang nota terselit di bungkusan makanan.

'Cepat sembuh anak ayah. Ayah rindukan Lily ayah yang dahulu.."

"Ini dari ayah kau?" Dayang tunjuk nota kertas di tangan. Lily pandang tak berminat sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya. Talia juih bibir lantas berlalu mengekor Lily dari belakang.

Dayang hela nafas berat memandang nota ditangannya.

"KENAPA KAU BAWA aku kesini Talia?" Soal Lily apabila Talia memandu ke arah restoran keluarganya bukan ke shopping mall seperti kebiasaan dibawa perempuan itu.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now