CHAPTER 3 : GADIS BERAMBUT MERAH

2.2K 163 5
                                    

Farhan akhirnya melepasi kawasan pemeriksaan sempadan Neo Malaysia,kemudian motorsikalnya dipulas lalu meluncur laju di atas lebuhraya. Dia menumpukan kawasan hadapan,tidak lama dia cuba merasai perubahan angin.

Di mana kau,sang empunya kuasa hebat?

Menyedari simpang keluar dari lebuhraya,segera dia mengalihkan landasannya. Farhan memasuki kawasan bandar kota dinamakan Kuala Lumpur Z,bangunan pesat membangun lebih kurang sama dengan negara Mentari.

"Sini ke namanya Neo Malaysia? Tidak kurang beza dengan negara kau..." Wyvern tiba-tiba sahaja menegur,Farhan sekadar mengangguk.

"Baiklah....cari hotel dulu ataupun homestay...hmm" omel Farhan memeriksa data maklumat pada telefon pintar visualnya.

Banyak hotel dari homestay...memang la,sini bandar besar kot...

Motorsikal kuasa tinggi masih berderam,gear ditekan kemudian kluc ditarik pula,motorsikal kuasa tinggi bergerak memasuki landasan jalanraya semula.

"Terpaksa la stay hotel...."

"Ai....biasa bukan kau tidur camping je ke?"

"Lain negara lain cara....kau diam je la..kau tu duk dalam badan diam-diam sudah..."

"Aih? Marah pula?" Malas melayan Wyvern,Farhan segera membisu.

"Hmm?" Farhan seperti merasai sesuatu yang kurang enak,dia segera menghentikan motorsikalnya.

"Apasal kau ni?"

"Hey...Wyvern...kau rasa tak?"

"Rasa....? Sekejap...ini seperti ada gangguan di udara..." sebaik Wyvern menghabiskan kata-katanya,Farhan mendongak ke atas kemudian menyedari jet pejuang berada di udara.

"Pesawat je kot..apa yang peliknya?"

"Err....sekejap,macam hilang kawalan je..kejap ke kiri,kejap ke kanan....err...mau nak terhempas tu!"

Farhan mencari kawasan letak kenderaan,selesai sahaja dia segera melompat bangunan demi bangunan. Jarak ketinggian pesawat itu semakin lama,semakin rendah jika dibiarkan akan merempuh bangunan.

Huff! Huff!

Farhan melompat dan berlari,mengulangi sehingga hampir ke arah pesawat tersebut. Dia hairan kenapa juruterbang pesawat tidak cuba melepaskan dirinya? Dia cuba fokus.

"Juruterbang pengsan!!"

"Apa? Seriously?"

SYNCHRONIZED!!

Selepas asimilasi berjaya dilakukan,seiring pertukaran rambut putih dan mata berubah merah. Farhan melompat deras meluru ke arah pesawat itu,dan mengawal pengaliran udara di sekitar pesawat itu.

"Huh?" Sedang Farhan asyik fokus untuk mendaratkan pesawat itu,pandangan beralih ke arah sepasang mata yang memerhatikannya.

Seorang gadis berusia lebih kurang sebayanya,rambut lurus panjang dan apa yang membuatkan Farhan tertarik,adalah warna rambut gadis itu yang berwarna merah. Anak mata berwarna merah berkilauan memerhatikannya.

"Oi...siapkan kerja kau la!"

"Alamak hampir terlupa..."

Farhan meletakkan pesawat itu di atas bangunan tertinggi,kemudian dia segera beredar. Namun dia sempat menoleh ke arah tempat dia terlihat gadis rambut merah,tetapi gadis itu sudah tiada.

"Ada jodoh kau jumpa la awek tu...." Wyvern mengusik.

"Diamlah....."

=================================

Hotel Indrawasih

"Selamat datang ke indrawasih hotel..." sapa mesra serta lembut si penyambut tetamu,Farhan mengangguk tanda hormat.

Selesai daftar masuk untuk tinggal dalam 5 hari,mengenai kewangan Farhan tidak risau kerana bapa saudaranya bekas raja Mentari,Solleh Darius sentiasa membantunya. Pada mulanya di menolak,namun setelah dipujuk berulang kali Farhan terpaksa akur.

"Kau patut bersyukur ada orang sponsor kau Han..."

"Yea...yea....aku tak suka mengambil kesempatan.."

"Kenapa tidak? Kamu anak saudara dia,apa salahnya?"

"Bising la kau...Wyvern,diam boleh tak?"

Farhan segera melompat ke atas bangunan,dan memerhatikan keadaan kota Kuala Lumpur Z. Dia menggeliat kesedapan,dan berbaring di atas bangunan itu. Wyvern hanya menggelengkan kepalanya,melihat reaksi tuannya.

Ai....tadi macam rasa tekanan kuasa,ni sampai negara ni hilang?

Farhan baring beralas lengannya,disilangkan kemudian diperhatikan awan dan langit membiru. Dia tersenyum sendirian,terasa tenang dan relax.

Hey...

Farhan tiada reaksi dan sekadar membiarkan sahaja.

Hey!...

Tetap sama dia sekadar baring dan memejamkan matanya,dan menikmati tiupan angin yang dingin.

"HEY! SAYA PANGGIL JAWAB LAH!!" Kali ini jeritan betul-betul rapat pada telinga si Farhan.

"Apa hal ni weh?!" Ujar Farhan bangkit dari pembaringannya,menggosok telinga akibat jeritan suara tersebut kemudian dia menoleh ke arah suara itu muncul.

"Hah?"

"Saya panggil elok-elok,awak tak dengar..." seorang gadis berdiri mencekak pinggang merenungnya,Farhan hanya mendiamkan diri.

"Aku ada nama....tak boleh tanya elok-elok? Hey...hey.kau fikir aku ni tunggul?" Farhan membidas semula kata-kata si gadis itu,kemudian dia menyedari rambut gadis tersebut berwarna merah.

"Eh kau! Perempuan tadi!"

"Eh? Awak siapa pula?" Soalan gadis berambut merah itu.

Lupa pula dia nampak aku tadi masa synchronized dengan Wyvern.

"Ouh...maaf,aku salah pandang...minta diri dulu..." Farhan cuba beredar.

"Sekejap...!" Gadis berambut merah itu memanggilnya.

Apa pula kali ni....

"Awak lelaki tadi kan?" Soal gadis itu.

"A-pa maksud kau?"

"Awak yang elakkan pesawat tu dari terhempas,dan selamatkan sekali juruterbang...bukan?" Farhan tersentak dengan soalan gadis tersebut.

Ah...sudah! Nak jawab apa ni?

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now