CHAPTER 24 : FIRST WAVE

1.2K 112 6
                                    

Imej Fara Darweez pada media di atas


"Kena curi?..." soal Amien dan Ikhwan mengangguk.

"Kau tahu ke siapa yang curi alat tu?" soal Farhan.

"Buat masa ni tak tahu lagi.." jawab Ikhwan.

"Bahaya ke alat tu?" soal Fara pula dan Ikhwan menghela nafas pendek.

"Jika jatuh ke tangan orang yang salah memang bahaya..." ujar Ikhwan memberi penjelasan,kemudian menghadap professor Zahari.

"Prof...sudah dapat kesan?" soal Ikhwan lagi dan professor Zahari sekadar menggelengkan kepala.

"Bagaimana kau pasti orang yang mencuri alat tu bersembunyi di sini?" soal Amien pula.

Ikhwan hanya tersenyum sahaja menoleh sedikit ke belakang ke arah Amien,tanpa menunjukkan reaksi wajahnya dan itu membuatkan Amien kehairanan serta tertanya-tanya. Farhan hanya mendiamkan diri sahaja kerana dia tahu,jika dia tanya soalan yang sama seperti Amien sekalipun sepupunya itu tidak akan memberi jawapan.

"Hey Sixth..rasanya orang ni yang kau cari.." ujar professor Zahari dan Ikhwan memandang ke arah skrin.

Ikhwan memerhatikan rakaman seorang lelaki berjaket serta hud menutupi mukanya,sedang berbincang dengan seseorang kemudian lelaki berhud mengeluarkan satu alat. 

"Stop the play!.." ujar Ikhwan dengan tiba-tiba,Alisa kehairanan.

"Wan?" Farhan mengerutkan dahi,Fara dan Laura berpandangan.

"Kenapa bro?" soal Amien namun Ikhwan tidak menjawab.

"Prof tolong zoom pada alat yang baru dia keluarkan.." arah Ikhwan dan professor Zahari hanya mengangguk sahaja.

Sebaik sahaja dilakukan beberapa kali zum dekat,Ikhwan hanya mengerutkan dahi manakala Farhan dan Amien tekejut. Alisa hanya mendiamkan diri,Fara dan Laura masing-masing hanya menekup mulut.

"Itu alatnya!..." Amien berkata.

"Siapa orang berhud tu?" soal Farhan dan Ikhwan hanya menepuk bahu professr Zahari.

"Alright....please wait..." ujar professor Zahari menaip semula pada papan kekunci dengan pantas.

Professor Zahari melakukan sedikit pengaturan dan melakukan penyesuaian pada imej lelaki berhud itu,Ikhwan menunggu sambil menyilangkan tangannya,Amien dan Farhan memerhatikan skrin dengan fokus. Air muka Ikhwan berubah sebaik penyesuaian hampir siap dilakukan,riak muka bengis mula terpapar pada muka Ikhwan.

"That bastard...what the hell his plan right now?!..." kata Ikhwan mengepalkan penumbuknya.

"Kau kenal orang dalam skrin tu?" soal Amien dan Farhan memandang ke arah Ikhwan.

"Ah...memang kenal sangat...dia adalah pereka senjata perang untuk negara kita,namun dia cuba mengkhianati kita dengan menyerang negara dua tahun lepas..." jelas Ikhwan.

"Apa?!.." Amien terkejut dan Farhan hanya membesarkan matanya.

"Kaser Darwin...salah seorang pengkaji dan pereka senjata negara,namun sayang bakatnya disia-siakan macam tu...saya ada juga menasihati berulang kali..namun dia tidak mahu mendengar..." professor Zahari mencelah.

"Kita kena tahu apa rancangan dia kali ini.." kata Ikhwan.

"Jadi kita kena berpecah kepada beberapa kumpulan..." jelas Farhan pula memberi cadangan,Ikhwan tersenyum dan mengangguk.

Farhan berdiri di atas bangunan yang tinggi memerhatikan setiap manusia yang berada di bandar,Fara hanya sekadar menemaninya sahaja dan turut mengesan jika ada aura yang tidak disenangi muncul.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now